Tuesday, July 31, 2007

PAsiNo akan terus bersambung ...



Berakhir sudah PAsiNo (1) dan (2).

Satu program untuk mengiktiraf dan menghargai sumbangan dan hasil karya novelis, yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21.

PAsiNo - adalah nama ringkas kepada - Program Appresiasi Novelis. InsyaAllah, akan menjadi simbol atau tanda (trademark). Dimana dimasa akan datang, program ini akan diteruskan dengan menjemput novelis - novelis yang lain pula.

PAsiNo, bukan sekadar menjadi program baca naskhah sahaja, tetapi meliputi keseluruhan program untuk menghargai jasa, sumbangan dan hasil karya novelis ALAF 21.
# Gambar foto. Persiapan terakhir menjelang PAsiNo. Bertempat di RUMAH PENA.

Monday, July 23, 2007

PROGRAM BERSAMA RAMLEE AWANG MURSHID



Kepada semua peminat novelis thriller tersohor -

RAMLEE AWANG MURSHID.

Dengan segala hormatnya, Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF21FC. Dengan berbesar hati menjemput anda, untuk menghadiri program bersama Ramlee Awang Murshid.

Ramlee Awang Murshid juga akan meluangkan masa untuk beramah mesra, menandatangani autograf dan bergambar kenangan. Jamuan makan tengahari juga disediakan.

Program pada hari itu juga akan diserikan dengan alunan muzik dari sebuah kumpulan yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Nantikan kemunculan mereka.

"Door gift" yang menarik akan diberikan kepada pengunjung yang menghadiri program ini.

Datanglah bersama rakan, kenalan, sahabat handai dan saudara - mara.

Program ziarah novelis akan diteruskan, sebaik sahaja PAsiNo selesai. Dimana bagi mereka yang berhasrat untuk menemui novelis - Sharifah Abu Saleem. Kelab menganjurkan program konvoi kerumah beliau.

Bagi anda yang berminat atau mempunyai sebarang persoalan atau kemusykilan, sila tinggalkan jejak anda diruangan komen.

Atau boleh sahaja menghubungi - Saudara Zaiful: 012 - 2488664 atau Saudara Roslan: 013 - 3019380. Untuk maklumat lanjut.

TERIMA KASIH

Tuesday, July 17, 2007

Tentang ~ PAsiNo ???

Apa itu PAsiNo ?

PAsiNo adalah singkatan kepada - (P)rogram (A)ppresia(si) (No)velis.

Program ini adalah program pertama dan terbesar, yang dianjurkan oleh Kelab Peminat Novel ALAF 21 (ALAF 21 FC). Dengan mendapat kerjasama dari - ALAF 21 Sdn. Bhd, Sekretariat Penulis Blog dan PENA.

InsyaAllah, program - PAsiNo - ini akan diteruskan dimasa hadapan dengan menjemput novelis yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21 Sdn. Bhd.

PAsiNo juga adalah sebagai program atau agenda untuk menghargai hasil karya novelis ALAF 21. Selain dari itu, ianya juga sebagai program untuk mendekatkan pembaca, peminat novel ALAF 21 dengan novelis yang bernaung dibawah bumbung ALAF 21 Sdn. Bhd.

Buat permulaannya, PAsiNo (1) adalah program bersama novelis thriller tersohor negara, iaitu - Saudara Ramlee Awang Murshid. Dan diikuti dengan PAsiNo (2), iaitu program ziarah novelis - Puan Sharifah Abu Saleem.

Untuk program PAsiNo ini, pihak Kelab Peminat Novel ALAF 21, masih membuka peluang kepada sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menjadi PESERTA. Dimana acara membaca naskhah - Ramlee Awang Murshid akan diadakan. Anda yang berminat adalah dipersilakan. Dimana setiap pembaca akan diberikan cenderahati.

Program ini dibuka untuk semua, dan masuk adalah PERCUMA. Anda hanya perlu mendaftar dengan memberikan nama dan nombor telefon bimbit.


Bagaimana caranya ? Mudah sahaja.

Jika anda berminat untuk menghadiri - PAsiNo (1).
Maka emelkan ke - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - JOIN PAsiNo.

Jika anda berminat untuk menghadiri - PAsiNo (2). - Program Ziarah.
Maka emelkan ke - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - KONVOI.

Jika anda berminat untuk menyertai kedua - dua program, iaitu - PAsiNo (1) & PAsiNo (2).
Maka emelkan ke - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - JOIN 2.

Dan sekiranya anda berhasrat untuk menjadi peserta membaca naskhah Ramlee Awang Murshid.
Maka emelkan ke - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - BACA PAsiNo. Dan jangan lupa untuk memberikan tajuk novel yang anda berminat untuk dibacakan.


Diruangan entri pada kali ini juga, sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau kemusykilan, maka tinggalkan soalan anda diruangan komen pada entri ini. Setiap soalan dan jawapan dari Kelab akan disiarkan secara terbuka.
.
.
Anda juga adalah dialu - alukan untuk bersama - sama, mewar - warkan program ini.
.
.
Segala kerjasama dari anda, amat dihargai, dan diucapkan TERIMA KASIH.


Foto dibawah dipetik dari Laman Web ALAF 21




Friday, July 13, 2007

JOM KE PAsiNo

Jom, Jom, Jom kita ke PAsiNo.





Datanglah beramai - ramai, bawalah sesiapa sahaja yang berminat dengan novel. Khususnya sesiapa yang berminat dengan novelis RAMLEE AWANG MURSHID. Novelis tersohor yang hebat dengan hasil karya, yang berbentuk thriller !


Saksikan juga peserta - peserta yang mengambil bahagian, dalam segmen membaca naskhah RAM. Peserta yang akan mempersembahkan cara dan gaya tersendiri, sewaktu membaca atau mengekspresi penghormatan mereka untuk karya yang disukai.


Peluang masih dibuka, bagi anda yang berhasrat untuk membaca naskhah. Sila hantarkan permohonan anda ke alamat dibawah, berikan nama dan nombor telefon bimbit, dan taipkan tajuk - BACA NASKHAH. Ada cenderahati untuk pembaca. Bukan untuk seorang, tetapi untuk sesiapa sahaja yang membaca naskhah.



Bertempat di Rumah PENA.
JKR 961-7, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.

Tarikh: 28hb Julai 2007.
Masa: 9.30 pagi.


Tunjuk Lokasi ~ Bersebelahan dengan Rumah GAPENA, berhadapan dengan bangunan MAA, tidak jauh dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Dekat dengan restoran - Tupai - Tupai.





Selesai PAsiNo (1) - RAM. Majlis diteruskan dengan PAsiNo (2), program konvoi ke rumah Novelis - Sharifah Abu Saleem. Tempat tidak terhad, namun sila daftar dahulu, dengan menghantar emel ke - attokz@gmail.com atau alaf21fc@yahoo.com.


Sila hantarkan emel ke alamat diatas, dengan memberikan nama dan nombor telefon bimbit. Jika anda berminat untuk menyertai:


PAsiNo (1) - taipkan tajuk - JOIN PAsiNo
PAsiNo (2) - taipkan tajuk - KONVOI
Sekiranya anda berminat untuk menyertai kedua - dua program PAsiNo, maka sila taipkan tajuk - JOIN 2.

Jumpa anda disana ~ TERIMA KASIH

Monday, July 09, 2007

PAsiNo & Ziarah Novelis



Program 1 - PAsiNo.

Program Appresiasi Novel - RAMLEE AWANG MURSHID

Tarikh: 28hb Julai 2007.
Tempat: Rumah PENA (JKR 961-7, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur).
Berhampiran Dewan Bahasa dan Pustaka.
Waktu: 09:30 pagi - 1.00 tengahari.



Program 2 - Ziarah Novelis.

Program Ziarah Novelis Sharifah Abu Salem. Selesai sahaja program PAsiNo, peserta yang berminat akan menuju ke rumah Puan Sharifah Abu Salem, secara berkonvoi.

Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai - PAsiNo
Sila emelkan permohonan anda ke - attokz@gmail.com / alaf21fc@yahoo.com.
Sertakan nama dan nombor telefon bimbit, dan emelkan ke alamat diatas dengan tajuk - "Join PAsiNo".


Bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai - Program Ziarah Novelis.
Sila emelkan permohonan anda ke - alaf21fc@yahoo.com.
Sertakan nama dan nombor telefon bimbit, dan emelkan ke alamat diatas dengan tajuk -"Join Ziarah".


Dan bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai kedua - dua program tersebut, sila emelkan permohonan, beserta nama dan telefon bimbit, ke alamat - alaf21fc@yahoo.com dengan tajuk - "Join 2".


Pihak Kelab mengalu - alukan kehadiran anda. Bawalah kawan, teman, saudara - mara dan sesiapa sahaja yang berminat.

# Sila hebahkan program ini kepada sesiapa sahaja.

# Bagi mereka yang berhasrat untuk datang dengan teman, sila berikan nama mereka yang akan turut serta.

# Pihak Kelab masih membuka peluang untuk seisapa yang berminat untuk membaca fregmen novel - Ramlee Awang Murshid. Jika anda berhasrat untuk melakukannya, kerjasama anda amat dihargai, dan sila hantarkan hasrat anda ke - alaf21fc@yahoo.com. Berikan nama dan nombor telefon bimbit dan hantarkan ke alamat diatas dengan tajuk - "Baca PAsiNo". Ada cenderahati menanti anda yang berminat.

# Unuk mendapat keterangan lanjut, sila hubungi - Saudara Roslan: 013 3019 380 atau Saudara Zaiful - 012 2488 664.

Friday, July 06, 2007

bukan kerja main - main ...


Akibat cuasa yang terlalu buruk.

Cuba perhatikan, "tanda bulat" yang berwarna kuning.

Ini bermaksud, "ikatan" atau "twist lock" telah diikat dengan betul dan rapi. Menyebabkan kontena itu "diikat" antara satu sama lain.

Dan apabila berlaku sesuatu musibah, umpamanya ribut taufan atau lautan bergelora ditengah lautan. Maka kontena ini akan tetap kekal, tanpa berganjak, kedudukannya diatas kapal.

hantu durian

Macam - macam ...









Wednesday, July 04, 2007

Tag untuk Kebajikan

Ini adalah kesinambungan kepada proses "tag", yang aku terima dari Puan Nurazzah8. Sebagai menghormati dan berhasrat untuk bersama - sama menyumbang kepada sesuatu yang baik dan mulia. Maka aku teruskan proses ini.

Bagi sesiapa yang mengunjungi Blog Abang Long, maka diharap anda juga menyambung proses dan talian tag ini. Usai sahaja anda menyiarkan didalam blog peribadi anda, maka sila tingglkan pesanan di Blog Idham

Maka disini, aku turunkan kata - kata buat meme yang berkenaan:


1. A person is only as good ~
(seseorang itu dikatakan baik) > apabila dapat membuat atau memberikan kebaikan kepada orang lain.

2. Friendship is always ~
(persahabatan akan selalu) > mekar dan dihidupkan didalam jiwa.

3. To love is to ~
(menyayangi adalah) > menerima seseorang seadanya.

4. Money make me ~
(wang membuatkan saya) > gembira, hiba, tenang, lapang, dan ada ketikanya menyesakkan.

5. I miss ~
(saya rindu) … kehidupan sewaktu kecil.

6. My way of saying I care is by ~
(cara untuk menyatakan saya mengambil berat) > lakukan sesuatu yang menggambarkan saya memang prihatin.

7. I try to spread love and happiness by ~
(saya meluahkan kasih sayang dan kegembiraan dengan cara) > ucapan dan tindakan.

8. Pick the flowers when ~
(petik bunga apabila) > sedang mekar mewangi, tapi jangan dipetik bunga ditaman larangan.

9. To love someone is to ~
(menyayangi dan mengasihi seseorang bermakna) > tunjukkan yang kita masih sayang, dan yang pasti, masih ada yang sayang.

10. Beauty is ~
(kecantikan adalah) > lahir dari dalam jiwa yang disertai dengan peribadi yang unggul.

11. When I was thirteen, what I remember the most was ~
(perkara yang paling saya ingati ketika berusia tiga belas tahun) > mula belajar untuk bercinta.

12. When I was twenty one, I remember ~
(ketika berusia dua puluh satu tahun, seingat saya, saya) > sedang bertunang dan waktu itu sungguh indah.

13. I am most happy when ~
(saya sangat gembira apabila) > orang menghargai apa yang saya lakukan.

14. Nothing makes me happier than ~
(tiada perkara yang menggembirakan saya selain) > membuat orang lain merasa bangga dengan apa yang saya sumbangkan.

15. If I can change one thing, I will change ~
(jika saya mampu mengubah sesuatu, saya akan mengubah) > penduduk dunia ini supaya beriman dan tunduk patuh kepada Allah.

16. If smiles were ~
(jika senyuman adalah) > penyelesai segala masalah,
Then I ~
(maka saya akan) > dapati semua orang akan sentiasa tersenyum.

17. Wouldn’t it be nice if we could ~
(alangkah baiknya jika) > kemana sahaja kita pergi, tidak ada perasaan takut kepada sebarang ancaman.

18. If you want to ~
(jika anda mahu) > berjaya dalam hidup,
Then you have to ~
(maka anda perlu) > tempuhi segala rintangan dan sentiasa mengingati Allah.

19. Money is not everything but ~
(wang bukan segalanya, tetapi) > ia perlu ada untuk kita meneruskan kehidupan.

20. The most touching moments I have experienced is ~
(pengalaman yang paling menyentuh jiwa saya, ialah) > Ayah mengucapkan TERIMA KASIH, kerana membantunya berdiri.

21. I smile when ~
(saya tersenyum apabila) > saya mendapat apa yang saya idamkan.

22. When I am happy ~
(apabila gembira, saya) > bersyukur kehadrat Illahi, dan cuba untuk menggembirakan orang lain pula.

23. If I don’t have to ~
(jika saya tidak perlu) > mengubah kerjaya,
then ~
(maka) > saya akan terus bertugas didalam keretapi.

24. The best thing I did yesterday was ~
(perkara terbaik yang saya lakukan semalam, ialah) > diam dan merenung kedalam mata anak, apabila anak saya sedang memperkatakan sesuatu.

25. If I ever write a book, I will give it this title ~
(jika saya menulis sebuah buku, saya akan berikan tajuknya) > Buat, jangan sekadar Mencuba !


26. One thing I must do before I die is ~
(satu perkara yang saya mesti buat sebelum kembali kepangkuan Allah) > melaksanakan amalan sebanyak mungkin, sebagai bekalan.

27. Doing this meme, I feel ~
(menyempurnakan meme ini, membuatkan saya merasa seolah – olah) > bersama – sama melaksanakan sesuatu yang baik.

Aku tidak dapat meletakkan tag untuk sesiapa, kerana hampir kebanyakan blog kenalanku, telahpun disambung ke talian tag. Jadi kepada sesiapa yang berhasrat untuk menyambung tag ini, aku ucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga.

Monday, July 02, 2007

Gambar yang menggamit kenangan ...

Tempat jatuh lagikan dikenang ...


Sesiapa yang pergi ke daerah Taiping, Perak. Salah satu dari tempat yang mesti dilawati adalah Jam Besar. Terletak dipusat bandar. Arah timur, terletak Pasar Besar Taiping. Manakala arah barat, terletak sebuah restoran yang terkenal di Taiping - Restoran Bismillah.


Sebuah warung menjual cendol, berada dilokasi yang sama, "menumpang" disebelah restoran Bismillah. Itulah tempat aku melepak, sewaktu berada di sekolah menengah hampir 20 tahun yang lalu. Ya, belajar "mengorat " pun disitu ... tapi malangnya, sebab wajah memang tak hensem, jadi tiada seorang pun gadis yang terpikat.



Tidak berhasrat untuk cerita panjang, cukuplah kepada tetamu Blog ini untuk klik disini.

Sunday, July 01, 2007

Belajar J.A.W.I


" Cik Ramlee, huruf apakah huruf ini ? Dia atas tanah, ada ekor, dan ada satu mata di tengah tengah "
-
" Matanya ada satu saja ya cikgu ? Ada ekor ? Atas tanah ? Huruf mambang tanah ! "
-
" Mambang tanah !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Yang ini bukan mambang tanah Cik Ramlee, ini huruf Jim ! "

" Jin ? Eh .. jin dengan mambang kan tak jauh "

" Jin dengan mambang !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Dah ! Aaa .. Cik Ajis, huruf apakah huruf ini, huruf ini sama dengan huruf jim, tapi tak ada matanya saja. "

" Oooo .. dia tak ada mata ? Sama sama jin ? Ooo .. jin mata buta la cikgu. "

" Mata buta !? Hahhahhahhahahha ..... "

" Yang ini bukan jin mata buta Cik Ajis ... Yang ini huruf Ha ! Aa.. sekarang Cik Sudin pulak .. "

" Saya, cikgu "
-
" Aa.. kenal tak dengan huruf ini ? "

" Saya kenal cikgu "

" Huruf ini sama dengan huruf Jim, huruf Jim matanya di tengah-tengah tetapi huruf ini matanya di atas. "

" Aa.. Jim ini matanya di tengah-tengah, Jim ini mata di atas cikgu... Jin pakai tonceng ! "

" Tonceng?! Hahhahhahhahahha ..... "

" Pak Abu tu ketawa terlalu banyak sangat "

" Cikgu ... "

" Aa.. cepat, sekarang Pak Abu pulak. "

" Yang mana ? "

" Yang ini ... "

" Oh, ni saya kenal, saya tahu ni.. huruf ini kan huruf - M "

" Itulah jangan suka ketawakan orang. Yang ini bukan huruf M, yang ini huruf Kha ! "

" Huruf Khaaa ? "

" Hahhahhahhahahha .... Hahahahhahahaha .....




itu bunyinya HUALAN bukan Jualan ...

Saturday, June 30, 2007

bertemu dengan Penasihat Kehormat Kelab.

Aku tiba di Premis ALAF 21, tepat jam 8.45 pagi. Terus sahaja melangkah masuk kedalam premis dan berbual sebentar dengan petugas dibahagian penjualan buku dan novel.

Setelah mengambil beberapa buah novel. Aku duduk berehat diruang tamu. Tidak berapa lama kemudian, Encik Norden (Pengurus Besar ALAF 21) keluar. Setelah memberi salam dan bertanya khabar. Kami terus berbual santai, sambil menceritakan perkembangan Kelab Peminat Novel ALAF 21.

Perbincangan kami menjurus kearah program terbesar yang akan dilaksanakan oleh ALAF 21 FC, tidak berapa lama lagi. Sambil bertukar idea, pelbagai maklumat yang diberikan antara kami.


Aku berada hingga jam 10.30 pagi. Selesai berbincang, aku terus meminta diri. Kerana perlu menghadiri jemputan kahwin dibeberapa tempat. InsyaAllah, program yang telah dirancangkan itu akan mendapat kerjasama dari beberapa pihak.

terus berbincang ...

Sebagaimana yang sudah dijanjikan. Maka, pada 29hb Jun yang lalu. Sebaik sahaja habis waktu kerja, aku terus bergegas ke stesen komuter. Untuk menemui beberapa orang sahabat bloggers di Subang Jaya. Pertemuan yang telah diatur sejak beberapa minggu lalu.

Aku tiba di Stesen Subang Jaya pada pukul 6.45, ini bermakna aku masih punya masa selama 15 minit lagi untuk mengadakan pertemuan bersejarah yang akan dilangsungkan di Carrefour, yang terletak bersebelahan dengan stesen komuter Subang Jaya.


Sambil berjalan ke Carrefour, yang begitu sesak dengan kenderaan bertali arus, aku mendapat sms dan panggilan telefon dari teman - teman bloggers. Ada yang sudah tiba, dan ada yang masih dalam perjalanan.


Tiba sahaja dikawasan food court, Puan Salmah (datang dari Singapura), telahpun menunggu dengan anak dan pembantu rumahnya. Kami terus bertegur sapa, dan memesan air untuk menghilangkan dahaga. Tidak lama kemudian Saudara Budi dan Kak Ros tiba, diikuti dengan kehadiran saudara mersik. Kemudian Puan Zarina tiba diikuti dengan Cik Violet.


Kami terus sahaja berbual mesra, sambil menceritakan agenda yang akan kami lakukan tidak lama lagi. Akhirnya saudara Zaifulnizam tiba, agak lewat sedikit, kerana menyediakan kertas kerja untuk dibincangkan bersama.


Perbincangan yang diadakan begitu menampakkan kematangan. Dimana kali ini, aku dapat melihat adanya usaha yang bersungguh - sungguh untuk melaksanakan agenda yang telah dipersetujui bersama.


Setiap orang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang jitu. Pelbagai perkara dibincangkan dengan begitu teliti. Setiap aspek dibincangkan dan diambil kira, untuk menjayakan program tersebut. Dan Alhamdulillah, setiap orang telah mengetahui skop tugasan masing - masing.


Sambil berbincang, walaupun dalam suasana yang ada ketikanya kelihatan begitu serius, namun setiap orang masih mampu untuk bergembira dan melontarkan segala idea yang baik. Dan satu perkara yang agak menarik, dimana, idea yang aku telah perkenalkan setahun yang lalu, kini menjadi "tradisi" pula. Dimana, setiap orang yang hadir, adalah digalakkan membawa "kudap - kudapan, gula - gula atau apa sahaja manisan" untuk diagih - agihkan dalam setiap pertemuan. Tidak perlu makanan atau manisan yang mahal, memadai dengan sesuatu yang murah, tapi biarlah tidak menyusahkan dan biarlah boleh membawa "kemanisan" dalam pertemuan.


Pertemuan kami berakhir pada jam 10 malam, dengan masing - masing berasa gembira dan teruja. Untuk sama - sama menjayakan program yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi. InsyaAllah.

Friday, June 29, 2007

TERIMA KASIH BUAT PAK LATIP

Syukur Alhamdulillah, setelah agak lama novel ini berada dipasaran, akhirnya aku berjaya juga mendapatkannya.

Sewaktu Pesta Buku tempohari, aku tidak dapat membelinya. Maklumlah wang yang aku kumpul selama setahun (untuk memborong buku dengan harga diskaun), telahpun habis. Diwaktu itu aku hanya berjalan – jalan diruang niaga (booth) PTS. Hajat dihati hanya untuk bertemu dengan Puan Zalisa (yang aku kenali di alam blogger).

Namun kuasa tuhan, aku diperkenalkan pula dengan Puan Ez, Puan Saridah dan Pak Latip Talib. Diwaktu itulah aku ditunjukkan dengan buku atau novel pejuang Islam, hasil karya Pak Latip. Namun diwaktu itu, aku tidak mampu memilikinya atau membelinya, kerana poket aku telah kempis (yang betulnya kosong). Wang yang ada hanyalah cukup untuk tambang aku dan keluarga untuk pulang ke rumah.

Aku begitu tertarik dengan novel tersebut, tapi apakan daya, hanya tuhan yang maha mengetahui. Namun aku tetap menyimpan hasrat untuk mendapatkannya. Aku pula bukanlah terdiri dari golongan orang yang berada, pendapatan aku sememangnya “cukup – cukup makan” . Namun, aku tetap berusaha untuk memberikan ilmu dan segala yang termampu untuk keluargaku, khususnya buat anak –anak.

Walaupun gaji aku tidak banyak, dan hanya cukup – cukup makan, namun aku tetap, membelanjakan sebanyak RM 30, sebulan untuk membeli buku, khususnya untuk anak – anak, kerana aku yakin itulah pelaburan jangka panjang yang menguntungkan. Namun dalam masa yang sama aku terpaksa berdikit – dikit dalam berbelanja.

Yang pasti, sering sahaja aku perlu berpuasa, demi untuk mencukupkan keperluan anak – anak.

Usai pertemuan di Pesta Buku, aku sering mengirimkan emel kepada novelis yang aku kenali, dan tidak lupa juga bertanya khabar kepada Pak Latip. Dari sehari – ke sehari perhubungan kami semakin akrab, hinggalah kami membahasakan diri dengan panggilan – Adinda dan Kekanda.


Hinggalah satu hari, anak ku yang sulung – Muhammad Fakhrurrazi, yang belajar di sekolah menengah, bertanyakan “abah dah dapat gaji ke belum ?” (ini adalah soalan lumrah, apabila mereka mahu membeli sesuatu, kerana mereka faham ayah mereka bukan orang kaya dan sentiasa berduit), lalu aku bertanya “kenapa ?”.


Lalu dia menjawab “kawan abang (dia membahasakan dirinya begitu), dah baca novel, Khalid – Pejuang Islam, diaorang kata best, abang pun dah baca sikit, abang ingat nak suruh abah belikan”, Aku terkesima sebentar, maklumlah soalan itu diajukan dihujung bulan.

“Nanti bila abah dapat gaji, abah belikan ya ?” aku memujuk anak ku, dan dia hanya mengangguk sahaja.


Lalu, dalam beberapa kali aku ke Kuala Lumpur atas urusan kerja, aku telah pergi ke Kinokuniya, MPH dan beberapa lagi kedai buku, namun aku hampa. Semuanya kata “tiada dalam stok” ataupun “sudah habis”. Apa lagi cara dan upaya aku, untuk memenuhi permintaan anak ku itu.

Akhirnya, aku mendapat ilham. Dimana aku mengirimkan emel kepada Kekanda Abdul Latip, bertanyakan sama ada, beliau ada menyimpan novel tersebut. Seandainya ada, maka aku akan membeli terus darinya. Itupun kalau ada stok yang berbaki.

Akhirnya aku mendapat jawapan dari Kekanda Abdul Latip, menyatakan bahawa beliau masih ada menyimpan novel tersebut. Setelah berutus emel, akhirnya, atas daya usaha Kekanda Abdul Latip, aku berjaya juga mendapatkannya.

Sewaktu aku memesan novel tersebut. Perkara ini tidak dimaklumkan kepada sesiapapun, hatta kepada isteriku sendiri (sengaja nak buat kejutan). Selepas aku makan tengahari, dipejabat, aku mendapat panggilan dari isteriku. “Abang ada beli novel ke?” soal isteriku, Dalam nada kegembiraan. “Ya”, jawabku ringkas.

Terdengar keriuhan didalam telefon bimbit, rupa – rupanya, anak – anakku begitu gembira dan teruja dengan novel yang baru diterima melalui pos. Dan paling menggembirakan, apabila setiap novel ada tandatangan dari penulis novel itu dan titipan kata – kata buat isteri dan anak – anakku, dan setiap novel ada nama mereka.

Buat Kekanda Abdul Latip.

Adinda, isteri dan anak – anak mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga, atas segala – galanya. HANYA ALLAH SAHAJA yang mengetahuinya.


Disertai do'a kehadrat Illahi "Ya Allah, yang Maha Memperkenankan Do'a, aku memohon kepada MU ya Allah, supaya, DIKAU pajangkan usia, murahkan rezeki, sihatkan lah tubuh badan, jauhkan dari sebarang musibah, kukuhkanlahiman, buat insan yang amat kami hormati dan sayangi, seorang insan yang telah memberikan ilmunya dan yang telah mencurahkan baktinya kepada kami sekeluarga, sesungguhnya ya Allah, kami tidak akan mampu membalas jasa baik yang telah beliau berikan kepada kami sekeluarga, dan hanya kepada MU, ya Allah yang kami sembah, kami bermohon supaya hanya ENGKAU sahaja yang mampu membalasnya, AMIN".


# Maaf, kerana tidak dapat memaparkan gambar foto, aksi anak – anak yang terlalu gembira dan teruja apabila memiliki novel – novel Pahlawan Islam, disebabkan aku sendiri tidak mampu memiliki kamera digital.

Wednesday, June 27, 2007

Tawaran Percuma


Beberapa hari yang lalu, seorang dari saudaraku bertanyakan samada aku mahu untuk berlanggan ASTRO. Aku katakan, tidak perlu. Cukuplah dengan saluran tv 1,2,3, tv 9 dan ntv7. Atau dengan kata mudahnya, cukuplah dengan saluran percuma yang sedia ada.


Bukan sekali aku ditawarkan dengan saluran Astro percuma, setakat ini, sudah 8 kali aku mendapat peluang itu dari beberapa orang saudara mahupun rakan - rakan.

Bukan kerana aku tidak mampu untuk membayar sewa bulanan. Tetapi apabila aku mengenangkan tentang pelbagai faktor, yang bagi segelintir masyarakat, itu adalah alasan remeh - temeh.


Sedangkan, dengan saluran tv yang sedia ada inipun. Aku dan isteri hampir - hampir tidak dapat mengawal anak - anak dalam menghadapi karenah yang pelbagai. Bayangkan jika dirumah aku ada kemudahan menonton tanpa sebarang had dan kawalan.

Dan, aku sendiri, secara peribadi telah dapat melihat dan mendengar segala kerosakan, yang berlaku disekeliling akibat dari siaran yang keterlaluan dari saluran tv yang tidak terkira jumlahnya itu.

Secara peribadi, aku sendiri sering tidak berkesempatan untuk menghadap kaca tv. Aku hanya melihat Berita Perdana ataupun Buletin Utama. Dan sesekali melihat Berita Dunia Jam 10 ataupun Nightline. Dan aku selesa dengan apa yang aku perolehi.

Perkara yang menjadi keutamaan, dimana aku terpaksa menolak dari memperolehi saluran tv tersebut adalah, selain dari kesukaran untuk memantau apa yang boleh dan tidak boleh ditonton oleh anak - anakku yang semuanya masih dibangku sekolah adalah. Pengalaman aku sendiri, dimana ramai rakan dan saudara yang mengadu dan mengeluh tentang sikap anak - anak mereka yang tidak berdisiplin dan sukar dikawal.

Alangkah baik dan jauh lebih bermanfaat, andainya masa ibu bapa lebih diberikan untuk menghadap anak - anak sewaktu menelaah pelajaran, berdamping dengan anak - anak sewaktu program membaca sekeluarga, mengajar anak - anak membaca Al - Qur'an, berbual mesra dan santai dengan anak - anak sambil menceritakan tentang sejarah Islam dan perjuangan sahabat - sahabat, dan seribu satu perkara yang boleh membina minda dan sakhsiah anak - anak.

Namun, terpulang kepada kebijaksanaan ibu bapa dalam menghadapi situasi dunia semasa yang penuh pancaroba ini. Sebagai ibu bapa muslim, sewajarnya kita tahu apa yang terbaik untuk anak - anak dan diri kita untuk menjalani kehidupan berpandukan kepada syariatnya.

Tuesday, June 26, 2007

TAKKAN MALAYSIA HILANG DIDUNIA

Apa nak jadi ?, apa dah jadi ?

Masalah soSIAL sudah semakin parah ditambah pula yang ini ?

Sunday, June 24, 2007

PEMANTAUAN



Dalam seminggu, sekali atau dua, pasti aku akan "mengarahkan" anak - anak ku supaya "mengeluarkan" segala barang dan segala "harta benda" didalam beg sekolah mereka. Ala - ala "spot check" begitu.

Aku akan meneliti setiap barang ada yang ada didalam beg mereka. Dari buku, hinggalah alatan menulis dan sebagainya. Ada ketikanya, aku akan terjumpa sesuatu yang menyebabkan mereka sendiri kelihatan seperti "terperanjat", apabila aku bertanyakan apakah barang itu kepunyaan atau hak mereka.

"Uzair, ini pen siapa ?" soal aku kepada anak kedua, sebab setahu aku, pelajar sekolah rendah tidak menggunakan pen dalam tugasan atau kerja rumah mereka. "Err ... itu pen abah ..." jawab anak aku dengan tergagap - gagap. Dan kerana takut dengan kesalahan yang dibuatnya.


Bukan tujuan aku untuk menakut - nakutkan mereka, tapi itu adalah cara, diperingkat awal. Sebagai "petunjuk" kepada anak - anak supaya tahu menjaga barang atau harta benda mereka sendiri. Kerana bukan sahaja aku tidak mahu, mereka mengambil atau "terambil" barang rakan - rakan disekolah, malah aku juga tidak mahu barang - barang atau alatan persekolahan mereka hilang.

# Bukan sekadar mengajar mereka dengan ilmu dari buku, tapi juga ilmu menjaga harta perlu disemai sejak dari kecil.

Friday, June 22, 2007

KENDURI ARWAH

Hari ini aku menerima emel dari isteri arwah rakanku. Menjemput semua staff yang beragama Islam untuk datang kerumahnya. Dimana kenduri arwah akan diadakan. Lalu aku memajukan emel itu kepada semua staff yang beragama Islam.


Usai solat asar, tiba - tiba sahaja aku agak berat hati untuk memenuhi undangan tersebut. Setelah memikirkan atas beberapa sebab, dimana aku percaya keputusan yang aku buat adalah betul dan tepat. Namun, aku tetap perlu bertanya kepada yang arif dalam hal ini.

Setelah menghubungi seorang rakan, yang menjalankan tugas sebagai pendakwah bebas. Lalu aku menceritakan segala - galanya, dan setelah aku mendapat jawapan dan penjelasan yang memuaskan hati, maka aku berpuashati dengan keputusan yang aku buat.


Sebenarnya, isteri arwah rakanku itu, baru mendapat kerja, setelah arwah meninggal dunia. Dan pekerjaannya pula setakat mampu untuk menyara kehidupan sekeluarga. Beliau mempunyai 3 orang anak yang masih kecil. Isterinya adalah seorang anak yatim piatu. Arwah tidak meninggalkan harta selain dari sebuah kereta, dimana rumah yang diduduki adalah rumah sewa. Jadi, apabila aku mengenangkan semua perkara yang tersebut. Maka aku terkenangkan tentang satu hal yang begitu besar.


Dimana Nabi Muhammad sendiri pernah bersabda "janganlah kamu memakan harta, atau mengambil harta anak yatim, neraka adalah tempat untuk mu".


Lebih kurang begitulah hadith yang aku pelajari. Jadi, memikirkan situasi itulah yang menyebabkan aku terpaksa mengambil keputusan yang agak tidak popular.

Thursday, June 21, 2007

MURTAD ~ TALKSHOW NISA'

Barang siapa yang ada kesempatan, anda adalah dipersilakan.

Wednesday, June 20, 2007

BOS aku baca NOVEL


"Apa faedah yang kamu dapat, bila membaca novel ?"

Itulah soalan yang telah lama aku tunggu, dari ketua jabatan aku sendiri. Tetapi, cara dan masa dimana soalan itu diberikan agak kurang tepat. Dimana, bos aku bertanya sewaktu mesyuarat baru sahaja selesai. Waktu itu masing - masing sedang mengemaskan fail yang menimbun diatas meja.

Sambil tersenyum dan menghela nafas, sebelum memberikan jawapan, aku telah bertanya sesuatu yang aku perlu dapatkan jawapan terlebih dahulu.

"Maaf, sebelum saya memberikan jawapan, izinkan saya untuk bertanya terlebih dahulu".

"Ok, apa dia ?" bos aku memberikan peluang untuk aku bertanya.

"Apa pandangan encik tentang budaya membaca ?" soalku.

"Erm... satu budaya yang baik, yang perlu dipupuk, dan untuk memajukan diri, bangsa dan negara", bos aku memberikan pendapatnya.

"Kalau begitu, itulah sebabnya saya membaca novel, dimana mereka yang tidak pernah atau sesekali sahaja membaca novel tidak akan mendapat faedah, atau tidak memahami apa faedah yang akan diperolehi hasil dari membaca novel" ... aku meluahkan hujah yang selama ini tersimpan.

Aku terus menyambung hujjah, "bilamana seseorang itu membaca novel, selain dari mengetahui tentang kisah masyarakat, kita juga, sekurang - kurangnya mengetahui cara untuk menyelesaikan masalah, samada masalah antara sesama manusia mahupun masalah kita dengan tuhan". Aku memerhatikan keadaan sekeliling dimana, rakan - rakan sepejabat mendengar jawapan yang aku berikan, dengan begitu tekun.

Usai sahaja aku memberikan jawapan, yang ku kira ringkas tapi padat. Akhirnya ketua pejabat aku dengan tersenyum berkata "saya berpuashati dengan jawapan yang kamu berikan !"

Dan menyambung lagi, "sebenarnya, setelah begitu lama saya memerhatikan kamu baca novel, saya rasa berminat pulak ..... hehehehehe" ulas ketua pejabat aku. Diwaktu itu rakan - rakan sepejabat aku sama - sama tertawa.

Lalu seorang rakan aku bertanya penuh minat "apa novel yang encik dah baca ?"

"Ha ... itu rahsia, tapi novel tu memang menarik, dan saya sendiri tak sangka novel berbahasa melayu dah mencapai standard yang begitu tinggi" ulas bos lagi.

Akhirnya, rakan novel aku telah bertambah dipejabat. Dan paling menggembirakan, sebab Ketua Pejabat aku sendiri menjadi - PENCINTA NOVEL.


# Impian Terindah adalah novel yang sekarang sedang ditatap oleh Ketua Pejabat aku (hanya aku yang tahu rahsia ini) itupun setelah aku mendesaknya berkali - kali.

Tuesday, June 19, 2007

BLOG ILMU DALAM SANTAI

Entri aku pada kali ini, aku akan memberikan jawapan kepada beberapa emel yang aku terima. Dimana ada yang memberikan komen pedas dan pedih, dan tidak kurang juga yang mempertikai apa yang telah aku lakukan selama ini.


Semuanya berpunca dari beberapa entri aku tentang budaya membaca novel. Dimana, aku pasti mereka ini, tidak membaca setiap entri yang aku masukkan didalam Blog Abang Long ini.


Satu perkara yang perlu difahami adalah - Blog Abang Long, adalah Blog peribadi, jadi terpulang kepada pemiliknya untuk menyiarkan apa sahaja yang disukai. Atau menyiarkan sesuatu yang baik untuk dikongsi oleh sesiapa sahaja.


Kebanyakan entri didalam Blog ini adalah kisah peribadi dan pengalaman aku dalam menghadapi satu - satu perkara atau peristiwa. Yang mana perkara atau peristiwa itu dari satu segi agak menarik untuk diperkatakan atau untuk dijadikan bahan renungan oleh pengunjung blog.


Adakah disebabkan beberapa entri tentang novel, maka blog ini disifatkan sebagai mempelopori budaya membaca novel yang mempunyai budaya dan akhlak yang rendah ?.


Terus - terang, ada diantara entri didalam blog ini sendiri, aku telah menceritakan tentang budaya ilmu, budaya membaca bahan ilmiah dan budaya mengamalkan apa yang diperolehi dari bahan - bahan ilmiah.


Jadi kepada mereka yang cuba menghentam secara melulu, tentang blog ini, silakan mengunjungi blog ini hari - hari, supaya jelas tentang sikap aku sebagai pemilik blog ini dalam MEMBUDAYAKAN ILMU.