ISTERI PEMALAS. BERSABARLAH wahai para SUAMI.
Tajuk yang dibawa kali ini ialah - ISTERI PEMALAS.
Rancangan dakwah yang berkonsepkan santai dan romantik ini. Pelbagai isu diutarakan. Namun, semalam, tiba – tiba sahaja kami tidak dapat menahan ketawa yang teramat sangat. Hingga isteriku mengesat air mata dek kerana ketawa yang keterlaluan.
Aku kata pada ahli keluarga aku, "kalau sudah takut mandi waktu pagi, ini memang masalah besar".
Pemanggil kedua menceritakan tentang bau pada tubuh isterinya - BAU KETIAK.
Bila Ustaz Wan Akashah bertanya berapa lama usia perkahwinan saudara, si pemanggil kedua menjawab “sudah 20 tahun.” Lalu si pemanggil kedua berkata lagi “memang keturunan isteri saya, badan berbau.”
Kelihatan tetamu undangan juga seakan terpaksa menahan ketawa.Apapun, yang terbaik ialah, masing – masing perlu bijak untuk menangani masalah ini. Tips dan panduan telahpun diberikan oleh kedua - dua perantara yang terkenal itu.