Dahulu Al Arqam.
Sekarang Aku.
Aku pasti ramai yang masih ingat, satu ketika dahulu, ahli - ahli jemaah Al Arqam, khususnya kalangan remaja. Mereka membawa kitab - kitab dan majalah karangan dan terbitan kumpulan Al Arqam. Mereka mendekati orang ramai dengan senyuman dan penuh hikmah. Terlihat wajah - wajah suci mereka, yang berusaha tanpa mengenal penat lelah.
Walau dicaci, walau dibenci, walau dihina, walau diherdik. Namun mereka tetap ISTIQAMAH.
Kini, perkara yang sama aku lakukan. Demi untuk menyara keluarga. Aku menjual kitab Terjemahan Muqaddam JUZ AMMA. Pelbagai cara aku lakukan. Pelbagai teknik aku jalankan. Pelbagai gaya aku corakkan.
Satu ketika, sewaktu aku sedang menyantuni seorang lelaki. Didalam sebuah restoran. Lelaki itu buat tidak endah. Dengan senyuman lelaki itu menggelengkan kepala. Dan aku ucapkan terima kasih dan terus beredar dari situ. Tidak manis untuk mengganggu pelanggan yang sedang menjamu selera.
Aku langsung keluar dari restoran itu. Menuju kearah yang aku sendiri tidak tahu. Hanya berjalan mengikut 'kata kaki.' Tiba - tiba seorang menepuk bahuku dari belakang. Rupanya lelaki yang aku tegur tadi.
Terus sahaja ditanya oleh lelaki itu. "Saudara sudah makan?" Aku hanya menggelengkan kepala. Lalu diajak oleh lelaki itu untuk makan bersamanya. Tetapi aku mengucapkan terima kasih sahaja. Aku katakan bahawa aku perlu menjual kitab ini terlebih dahulu. Supaya aku dapat membeli makanan untuk keluarga aku dirumah.
Lelaki itu hanya menganggukkan kepala. Lalu dia bertanya lagi "Saudara sudah solat Dhuha?" Dengan senyuman aku berkata "Alhamdulillah".
"Saya hendak minta tolong boleh?" Soal lelaki itu. "InsyaAllah, saya akan membantu dengan izin dari NYA" Aku menjawab dengan nada yang begitu lemah.
Lantas si lelaki ini menghulurkan wang kertas sebanyak RM100. Dan meninggalkan pesan. "Saudara tinggalkan kitab itu didalam Masjid, dan bakinya saudara ambil.' Si lelaki itu terus sahaja berlalu pergi. Dan menghilangkan diri.
Aku tidak sempat untuk berkata apa - apa lagi. Bila aku melihat sekeliling. Tidak kelihatan kelibat lelaki itu.
13 comments:
masyaallah ..
syukur ...
reseki Allah datang dalam pelbagai bentuk dan cara ....
Bila nak turun kampung dan cuba tanyakan kerja spt yg dimaklumkan baru2 ini?
Al-Arqam..saya juga membesar dengan karya terbitan mereka
Allahuakbar...
Semoga allah permudahkan urusan rezeki abang long sekeluarga. Amin.
Tersentuh hatiku mmbacanya...
Rezeki dari Allah datang dalam pelbagai rupa..
Masa saya di UM dulu, sesekali masuk juga 'kem' di Sg Penchala tu...abang saya bawa. Sekarang abang saya masih di Global Ikhwan...
Baru2 ni saya ke Rawang Country Homes
semasa adik ipar saya (Khairiel Anuar Ujang) meinggal dunia...
Semasa 'sakit' juga saya pernah menjalani rawatan di Pusat Rawatan Ikhwan tu..
Saya faham amat akan kehidupan mereka....walaupun saya tidak bersama jemaah mereka!
syukur ada rejeki abg long.. tp siapalah agaknya org tu eh.. hmm...
tiba2 rasa insaf pulak..
sblm2 ni org dtg jual masa makan..selalu sy rasa mengganggu...huhuhuu
sedihnya ..,
me insaf dgn kekurangan n kelemahan diri me yg inih.. salamm abang long ittewww
Alhamdulillah......
perkhh..
memang best entry ni lah abg long..huhuh
tu lah kan, rezeki yg dikatakan yg sengaja, yg nampak dan rezeki yg tidak sengaja,dan yg tidak nampak!
pendek kata, segala2nya milik Allah SWT.
huhuh
apa yg berlaku disekeliling kita sebenarnya adalah ilmu hidup yang kita sendiri tak jangkakan ... syukur kerana kita terpilih mempelajarinya..
Post a Comment