Monday, February 09, 2009

MEMORI INDAH di TAIPING (6)

Changkat Jering.


Inilah tempatnya yang sekarang ini seluruh negara, bahkan didunia, masyarakat membicarakan tentang wakil rakyat melompat. Tetapi aku tidak mahu menyentuh tentang perkara lompatan itu. Apa yang hendak diceritakan adalah memori indah disitu.


Changkat Jering mempunyai pelbagai keistimewaan. Antaranya ialah, Changkat Jering merupakan pintu masuk utama untuk ke Taiping, jika melalui lebuhraya. Disitu juga terdapat sebuah rumah ala minangkabau milik Datuk Dr Jins Shamsuddin. Dan disitu jugalah terdapat sebuah pasar minggu yang terkenal dengan Pasar Minggu Changkat Jering.


Orang ramai yang ingin membeli makanan seperti pekasam, dodol, laksa utara, kuih muih khususnya kuih dangai yang begitu terkenal. Boleh sahaja membelinya dipasar Changkat Jering. Malahan, dipasar itu juga terdapat pelbagai barangan dapur seperti parang, pisau, cangkul dan pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan, dan boleh ditawar jika kita bijak menawar harga.


Kali ini, aku pergi ke pasar Changkat Jering dengan meminjam kereta adik aku. Takkan aku hendak pergi ke pasar itu dengan mengayuh basikal dan ibu aku membonceng dibelakang. Jaraknya sahaja sudah tidak masuk akal untuk berkayuh, iaitu hampir 8 km. Kalau aku membawa ibuku menaiki basikal, rasanya ada yang akan ketawa tanpa henti.


Tetapi jangan dihina. Kerana sewaktu aku bersekolah rendah, ibu aku yang bersusah payah dan dengan tulang empat kerat itulah mengayuh basikal menghantar aku ke sekolah.


Tetapi aku tidak tahu apa pandangan masyarakat, andainya aku menghantar anak aku kesekolah dengan menaiki basikal. Tapi, jika keadaan terdesak, rasanya itu bukan perkara yang ganjil. Aku sedang berkira - kira ke arah itu.


Sewaktu aku tiba di Pasar Changkat Jering, orang sudah pun ramai di pasar itu, dengan pelbagai tujuan. Alhamdulillah, pasar itu tidak menjadi masalah untuk parkir kereta, bukan setakat ruang parkirnya yang begitu banyak, malah kenderaan boleh diparkir dikawasan berhampiran. Dan tidak menjadi masalah lalulintas kerana kawasan jalan yang lebar.


Namun, sebaik melangkah kedalam pasar. Aku menjadi 'rambang mata.' Maklumlah pilihan untuk membeli barangan terbentang luas. Sudahlah barangannya banyak, harganya pula murah.


Tetapi, seperti kebiasaannya, aku akan serahkan tugas untuk membeli pekasam kepada ibuku. Kerana ibu memang pakar dalam urusan membeli pekasam yang terbaik. Begitu juga sewaktu membeli pelbagai kuih yang dijual. Ibuku memang sudah tahu, digerai mana yang dia akan beli.


Aku hanya 'serah duit' sahaja kepada pekedai. Dan tugas kedua adalah menjijjit bungkusan barang yang dibeli.


Alhamdulillah, kuih dangai yang menjadi impian aku telah dibeli, dan kuih itu masih panas. Sewaktu kecil, aku memanggil kuih dangai dengan nama - KUIH KERANDA. Bagi sesiapa yang pernah memakan kuih dangai pasti tahu, kenapa aku memanggil kuih itu - KUIH KERANDA.


Bagi anda yang belum pernah mencuba. Sila dapatkan kuih dangai dan dimakan diwaktu hujan turun waktu petang sambil menghirup kopi panas. Memang terasa nikmatnya.


Aku agak kehairanan bila ibu membeli kuih dalam kuantiti yang agak banyak, lalu aku bertanya "mak, awat beli kuih banyak sangat?" Lalu ibu aku menjawab "lepaih ni, ingat nak pi singgah ghumah pak long hang kat Matang sat, dah lama tak pi sana."


Aku hanya mengangguk. Ok, jom pi MATANG. Tempat pentadbiran dan kubu NGAH IBRAHIM ... JOM !

13 comments:

Neeza Shahril said...

tak clear lah gambar kuih dangai ni abang long.. nak jugak tengok.. macam sedap aje bunyinya abang long cerita :)

Tie said...

Kuih dangai tu kuih orang dulu2...sekarang ni susah nak jumpa laa..

echah_syed said...

kuih dangai kat paso mlm parit buntar pun ade dijual..moga ada kesinambungan walopun org dulu2 yg pandai buat kuih dangai dah takde dimuka bumi ni.

combi selalu salah sebut.. 'darai' tu dah lain maksudnyer :p

kenangan abg long betol2 mengimbau kenangan combi..mungkin ada persamaan sbb kita dizaman yg sama :)

ILA said...

Kuih 'Dangai' abg Long???
rupa dia mcm kuih karas jerkkk??

arsaili said...

salam...ehehehe...nanti nak gak tag..ahahaha

Nek Cun said...

Adinda Long, nekcun kalo pi sana suka beli kuih cucuq meniram!... (anak nekcun kata, kuih telinga India!...) memang sedap, susah nak dapat sedap camtu kalo kat tempat lain...Eeemmm... esok-esok kalo nekcun dah berbesan ngan orang Tepeng, nampak gayanya memang puas ler makan macam2 kat Tepeng tuh!...hehehe...

Unknown said...

aku selalu beli pekasam kat pasar tu.... pekasam ikan loma.... kalau aku lalu highway, aku sanggup keluar jap... semata2 nak beli pekasam... lepas tu masuk balik... kebetulan kan dekat dgn tol.... hehehe

HABIHA69 said...

sedapnyer kuih dangai abang long ittew...tapi saye tak pernah rase..tentu sedap kan..kan...

Abang Long said...

Neeza Shahril - nanti akan disiarkan lagi gambar tu, tapi kuih tu memang sedap.




Tie - senang sahaja, pergi TAIPING, ADA BERLAMBAK ...hehehe




echah_syed - rasanya sekitar Taiping hingga Parit Buntar memang ada yang sedap

Abang Long said...

ILA - berbeza sangat antara kuih dangai dengan kuih karas...




arsaili - nak kena lekup ya ? hehehehe





Nek Cun - alahai ... dah macam sedara pulak kita ye ? hhehehehee

Abang Long said...

Shifu67 - YA BETUL, memang dengan sangat dengan laluan tol.




HABIHA69 - nak rasa yang paling best, jom pergi Taiping.

izman said...

kuih dangai? nak kena cari ni.

nadinezuharra said...

sedapnye..kalau g chowkit tak lupa juga beli kuih ni..
*Bangga dengan M'sia,macam2 kuih ada..hehe