Allah masih terus dan akan terus memberikan ruang dan peluang kepada hamba NYA. Tidak kira orang Islam mahupun bukan Islam.
Beberapa hari ini, sewaktu menadah ilmu di beberapa buah surau. Aku dapati ada satu persamaan yang dibincangkan oleh para ustaz ini. Mereka banyak membicarakan tentang peluang didunia dan akhirat.
Apabila difikirkan dengan lebih jauh dan mendalam. Hakikat kehidupan manusia ini sebenarnya dipenuhi dengan peluang. Ada yang hanya melihat peluang. Ada yang meminta peluang. Ada yang mengejar peluang. Ada yang langsung tidak berpeluang. Dan paling mendukacitakan ialah apabila seseorang itu hanya melihat peluang didepan mata dengan berpeluk tubuh !
"Ustaz, ada ketikanya saya merasa seperti tidak cukup masa dalam sehari macam - macam yang mesti dibuat. Bagaimana untuk mendapatkan kelapangan masa?" Soal seorang pemuda.
"Mudah sahaja. Yang paling utama, kita mesti berikan MASA EMAS kita kepada Allah. Berikan masa untuk solat, berikan masa untuk baca Al Quran, berikan masa malam kita untuk mengabdikan diri kepada Allah, InsyaAllah, Allah akan berikan KELAPANGAN MASA yang berharga dan tidak ternilai kepada kita."
Sungguh hati ini seperti besi yang dibakar panas dan disepuh untuk dijadikan seperti KERIS yang berharga !
Jangan lepaskan peluang ini ! Boleh dapatkan naskah yang tersiar segera.
No comments:
Post a Comment