Umat Islam telah memasuki fasa
kedua bulan puasa Ramadhan Al Mubarak. Alhamdulillah.
Ini adalah entri yang amat
genting. Setelah 5 tahun Abang Long
bersabar. Ramai yang berkata jangan
mengeluh dan merintih kepada manusia,
mengadulah terus kepada Allah Yang Maha Mencipta – YA, Abang Long amat
bersetuju. Dan itulah yang dilakukan
selama ini.
Sejak 5 tahun hilang pekerjaan
dan hilang sumber pendapatan. Ya, kami
sekeluarga memang bersabar dengan penuh kepayahan. Walaupun getir kehidupan
ini, namun kami terus bertahan.
Sejak 5 tahun menghadapi
kesakitan yang tidak dikenalpasti oleh pakar perubatan moden. Ya,
kami terus bersabar menahan derita.
Walaupun sukar namun diharungi juga,
dan kami terus bertahan.
Sejak 5 tahun ini, anak Abang Long yang paling kecil tidak
pernah melihat ayahnya pergi kerja tetap.
Sering berada dirumah.
Sejak 5 tahun menganggur. Setiap kali anak – anak memerlukan
sesuatu, ayat yang paling popular
ialah “Kalau abah ada duit, tolong belikan roti, tiap malam abang lapar …” itulah ayat yang sering diluahkan oleh anak
sulung yang sedang belajar di madrasah tahfiz.
Dan sejak 5 tahun inilah. Abang Long tidak pernah terlepas dari bangun
malam untuk merayu, mengadu, merintih
dan memohon, meminta dan penuh mengharap kepada Allah Yang Maha Esa.
Abang Long berusaha. Berdoa.
Bertawakal. Berikhtiar. Berselawat. Dan aku lakukan apa sahaja amalan ‘pembuka
pintu rezeki’ dan ‘doa elak bala’.
Tetapi … yang paling Abang long
tidak mampu menghadapi ialah. Setiap
kali pergi berubat. Dari puluhan insan
yang berupaya merawat. Jawapan yang
diperolehi adalah sama. “Ada HALANGAN
pada diri saudara … perbanyakkan amalan dan bersabarlah.”
Buat para sahabat yang mengenali
diri Abang Long. Sesungguhnya inilah kali pertama dalam sejarah, Abang long terpaksa membuka pekung diri
sendiri. Ya, Abang long mencatatkan kisah dengan linangan
air mata yang mengalir tanpa henti. Ya,
sengaja Abang Long biarkan air mata itu mengalir deras. Biarkan ….
Setelah 5 tahun memikirkan
semasak – masaknya. Kini, Abang Long nekad bercerita. Sudah hilang rasa malu. Jika Abang Long tidak bercerita dan
merayu. Maka, orang tidak akan tahu kisah sebenar. Sedangkan Abang Long sudah tidak mampu
menghadapinya lagi.
Bagaimana sahabat yang budiman
hendak membantu, jika mereka tidak tahu
kisah sebenar ?
Ramadhan kali ini. Sama seperti Ramadhan 5 tahun ini. Abang Long berusaha lebih gigih. Mempromosikan produk sendiri – DADIH AR
RAZI.
Sehingga hari ke 12. Hanya ada 2 tempahan yang tiba.
Begitu juga dengan lain lain
produk. Langsung tiada permintaan.
Abang Long mendapat tempat untuk
berniaga ehsan seorang sahabat. Hanya 10
bekas dadih yang terjual.
Dari sudut bisnes. Langsung tiada keuntungan. Malahan rugi.
Ya, HALANGAN itu terlalu kuat !
Kini, Abang Long sedang terkial – kial untuk
mencari sedikit wang bagi membayar zakat fitrah untuk seramai 7 orang
tanggungan.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk menghabiskan
ayat ini, sedangkan air mata lelaki
terus mengalir ….
Temuduga ? Usah dikira dan usah ditanya. Memang Abang Long tidak akan menghadiri
sebarang temuduga lagi. Sudah beratus
tempat ditemuduga. Yang pasti, Abang Long sudah tidak mampu untuk membayar
duit gambar foto. Dan setiap kali,
jawapannya hanyalah satu – GAGAL !
Kini, terpulang kepada para sahabat. Tidak perlu melihat jauh penderitaan ke
Palestin. Somalia. Afghanistan. Abang Long hanya tinggal di - Klang, Selangor, Malaysia.
Disaat umat Islam sedang hebat
beramal. Dan insyaAllah, sedang menghitung hari untuk menyambut HARI
LEBARAN. Yang pasti, Abang Long sekeluarga hanya mampu berdoa
semoga wang kami cukup untuk menghadapi -
Hari Pertama Persekolahan 2013 anak – anak.
# Ada kawan yang berkata sinis – “Eh, bini abang long kan kerja guru KAFA … takkan
dia tak boleh bantu?”