Thursday, June 14, 2012

MUDAHKAN URUSAN UMAT.


Memang rasa bahagia apabila kita berupaya membahagiakan insan lain. Memang rasa satu kepuasan apabila kita dapat menghulurkan bantuan kepada yang berhajat. Beberapa hari lepas,  seorang ayah kepada 5 orang anak telah menghubungi aku.  Katanya,  kerja sebagai pengawal keselamatan memang selalunya tidak ada masa dirumah. Isterinya pula bekerja sebagai pembantu rumah. Yang pasti,  mereka tidak ada masa untuk pergi ke mana – mana majlis atau pesta buku.  Tetapi, suami isteri itu amat mementingkan ilmu dan mahukan anak anak mereka sukakan buku.

Lalu aku mengesyorkan beberapa buku motivasi dan agama. Apabila persetujuan dicapai,  aku terus mendapatkan buku motivasi dan beberapa buku agama.  Aku serahkan buku dalam tempoh yang singkat. Mereka amat gembira.  “Kalau akak tahu mudahnya cara hendak membeli buku dari kamu,  sudah lama akak terus order sahaja.” 


Bukan setakat buku sahaja,  malahan ramai yang telah menempah novel kesukaan mereka.

InsyaAllah,  sesiapa sahaja akan merasa mudah membuat pesanan buku dengan cara ini.  Tidak perlu buka internet lama – lama. Tidak perlu isi borang. Tidak perlu ke kedai buku. Tidak perlu berpenat lelah memandu ke luar. Tidak perlu bayar tol. Dan banyak lagi perkara yang TIDAK PERLU anda lakukan.

Cuma hubungi nombor tertera. Atau sms. Atau emel.

Itu sahaja. Mudah bukan ?

Bagaimana caranya ?  Sila ikut panduan dibawah …



abang long

No comments: