Tuesday, June 26, 2012

Urusan Anda Dipermudahkan.

Kesukaran untuk mendapatkan buku Agama ? Motivasi ? Atau Novel ?
 

DOA anak - anak Madrasah.

Alhamdulillah. Seorang penderma telah bermurah hati menyumbangkan juadah DADIH untuk pelajar - pelajar tahfiz.  Ini adalah sebahagian dari usaha yang dijalankan oleh - Ar Razi Network. Kami berusaha untuk mempermudahkan urusan umat Islam untuk beramal dan bersedekah.

Dengan kaedah ini umat Islam akan lebih mudah untuk menentukan arah kebajikan supaya lebih ramai saudara mara kita dapat limpahan rezeki dari program yang kami jalankan.

Caranya sungguh mudah. Umat Islam yang berhajat untuk menghulurkan sedekah kepada - Madrasah Tahfiz hanya perlu memaklumkan jumlah sumbangan dan produk. Urusan seterusnya akan kami proses sehingga selesai.

Disiarkan gambar foto yang sempat dirakamkan disebuah madrasah. Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid mengandungi jumlah pelajar seramai 60 orang.

Bagi umat Islam dan penderma yang berhasrat untuk menderma,  sila klik - Ar Razi Network.

Thursday, June 14, 2012

MUDAHKAN URUSAN UMAT.


Memang rasa bahagia apabila kita berupaya membahagiakan insan lain. Memang rasa satu kepuasan apabila kita dapat menghulurkan bantuan kepada yang berhajat. Beberapa hari lepas,  seorang ayah kepada 5 orang anak telah menghubungi aku.  Katanya,  kerja sebagai pengawal keselamatan memang selalunya tidak ada masa dirumah. Isterinya pula bekerja sebagai pembantu rumah. Yang pasti,  mereka tidak ada masa untuk pergi ke mana – mana majlis atau pesta buku.  Tetapi, suami isteri itu amat mementingkan ilmu dan mahukan anak anak mereka sukakan buku.

Lalu aku mengesyorkan beberapa buku motivasi dan agama. Apabila persetujuan dicapai,  aku terus mendapatkan buku motivasi dan beberapa buku agama.  Aku serahkan buku dalam tempoh yang singkat. Mereka amat gembira.  “Kalau akak tahu mudahnya cara hendak membeli buku dari kamu,  sudah lama akak terus order sahaja.” 


Bukan setakat buku sahaja,  malahan ramai yang telah menempah novel kesukaan mereka.

InsyaAllah,  sesiapa sahaja akan merasa mudah membuat pesanan buku dengan cara ini.  Tidak perlu buka internet lama – lama. Tidak perlu isi borang. Tidak perlu ke kedai buku. Tidak perlu berpenat lelah memandu ke luar. Tidak perlu bayar tol. Dan banyak lagi perkara yang TIDAK PERLU anda lakukan.

Cuma hubungi nombor tertera. Atau sms. Atau emel.

Itu sahaja. Mudah bukan ?

Bagaimana caranya ?  Sila ikut panduan dibawah …



abang long

Wednesday, June 13, 2012

Sentuhan Peribadi / Pencarian Buku / Pemudah Cara.












Assalamu'alaikum dan salam hormat serta salam sayang buat semua pengunjung yang amat dihormati sekalian.


Kenapa ada 3 ayat ? Sebenarnya hanya ada satu sahaja TAG LINE yang kami gunakan iaitu - SENTUHAN PERIBADI.


Konsep ini sungguh mudah. Kami usahakan untuk mencari dan mendapatkan buku atau novel atau apa sahaja bahan bacaan yang dikehendaki oleh pembeli. Dan kami akan uruskan penghantarannya.


Ada terlalu banyak sebab atau faktor dimana pembeli tidak menggunakan sistem dalam talian atau 'on line.' Maka dengan konsep yang kami tawarkan ini, pembeli hanya mengirimkan 1 sms atau emel menyatakan hajat atau hasrat untuk memiliki buku. Dan urusan seterusnya akan kami usahakan hinggalah pembeli mendapat buku yang diingini.


Contohnya begini, mudah sahaja. Katakan pembeli berkeinginan untuk mendapatkan sebuah buku terbitan KKSB. Maka caranya sungguh mudah untuk diikuti :


1 - Kirimkan sms atau emel seperti berikut:

Nama Penuh, Alamat Lengkap beserta Poskod, Tajuk Buku atau Novel dan Kuantiti.

Contoh: Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini. No. 16, Lot 552, Lorong Sungai Udang, Teluk Gadung Kecil, 41250 Klang, Selangor. Shamsiah Fakeh - 1.


Apabila anda telah mendapat pengesahan dari kami. Samada melalui sms atau emel -



'Maklumat diterima. RM26. Maybank - 112045101747 - Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini'.


1 - Maklumat diterima (segala maklumat telah kami terima dengan LENGKAP).
2 - RM26 (Harga buku + caj dan kos penghantaran.)
3 - Maybank (Amaun dimasukkan kedalam nombor akaun yang tertera).


Bukti pembayaran ?


Kirimkan sms atau emel. TARIKH, WAKTU & AMAUN yang dimasukkan dengan tepat. Jika ada yang dapat menyertakan sekali resit 'transfer bank' (melalui emel) adalah lebih bagus.


Itu sahaja ! Sungguh mudah !


Setelah kami mendapat jawapan tentang TARIKH, WAKTU & AMAUN. Maka kami akan melakukan semakan melalui sistem 'on line'. Dan setelah mendapat kepastian. Bermulalah usaha kami untuk mendapatkan buku dan membuat penghantaran kepada pembeli.

Untuk makluman anda. Kami hanya mengusahakan pencarian dan penghantaran buku untuk terbitan KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD sahaja :


1 - Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Grup Buku Karangkraf -
(ALAF 21, Buku Prima, Karya Bestari & Oasis).



Namun, dalam keadaan tertentu, jika ada permintaan untuk mendapatkan buku selain dari terbitan syarikat yang disenaraikan diatas, maka kami akan usahakan.


Dua cara yang mudah. Pilihan ditangan ANDA !



SMS - 019 2254 910.
EMEL - mohamad.feroz@gmail.com.


Bukan sms sahaja akan dilayan, malahan SENTUHAN PERIBADI kami juga meliputi panggilan telefon.

Kemudian melakukan pembayaran terlebih dahulu ke akaun bank berikut:

           Maybank               112045101747 
           CIMB  BANK       1214-0103882-528  
           BSN                       10104-41-00002047-2    
           BANK ISLAM      12-038-02-555836-7 

 
Semua akaun bank di atas nama MOHAMAD FEROZ BIN MOHAMMAD ZAINI & No telefon 0192254910 .






# Kami mempunyai pengalaman dimana beberapa orang warga emas hendak mendapatkan buku agama. Mereka menghubungi nombor yang diberikan. Dan permintaan mereka kami usahakan hinggalah buku selamat tiba ketangan mereka. Selamat dan Cepat. Alhamdulillah !


TERIMA KASIH atas segala sokongan yang ANDA berikan.


abang long