Macam muka mangkuk tandas. Itulah antara kalimah yang wujud dinegara kita, Malaysia. Menggambarkan betapa kotornya tandas yang terdapat dinegara kita.
Maaf ya. Aku tidak mahu komen atau memberikan komen membandingkan antara Malaysia dengan negara lain. Sebab aku tidak pernah keluar negara. Cuma, aku hanya boleh membandingkan antara TANDAS Malaysia dan TANDAS SINGAPURA. Yang pasti keadaan tandas kedua - dua buah negara terlalu jauh berbeza !
Laporan aku mudah sahaja. Aku telah menjelajah ke seluruh Selangor dan beberapa negeri lain. Kebanyakan atau majoriti tandas didalam surau atau masjid masih -KOTOR.
Nisbah. Ini mengikut perkiraan atau congakan sendiri. Tandas didalam surau atau masjid ialah: 1:10.
Daripada 10 buah tandas dalam surau atau masjid. Hanya 1 sahaja yang boleh dikira sebagai bersih.
Dan daripada 30 buah surau atau masjid. Hanya 1 sahaja yang boleh diberikan taraf 5 bintang.
Adakah kiraan aku terlalu ekstrim ? Aku tidak kisah. Kalau tidak percaya. Pergilah selidik sendiri atau pantau sendiri.
Aku pernah menyuarakan hal ini dalam blog ini beberapa ketika dulu. Ada yang marah sangat dengan aku. Dan ada yang hingga menggunakan perkataan kesat. Aku tidak marah. Malahan bagi aku, sesiapa yang marah itu sebenarnya tidak langsung ada rasa kebertanggungjawaban untuk memperbetulkan keadaan.
Cuma sekali aku tertawa. Apabila sebuah masjid dicuci, dibersihkan, dicat baru, hinggakan tandas lama diruntuhkan dan dibuat baru, semata - mata kerana DYMM Paduka Sultan hendak berangkat ke masjid itu.
Rupanya beginilah sikap orang kita. Bila Sultan atau PM atau TPM atau Menteri Besar hendak datang ke Masjid, barulah seluruh jawatankuasa masjid hendak membersihkan segalanya termasuklah membersihkan dan MENCANTIKKAN tandas.
Maaf ya. Ada ketikanya aku rasa seperti hendak berbisik kepada PEMBESAR NEGARA. Supaya PEMBESAR NEGARA membuat tindakan spontan. Datang ke mana - mana surau atau masjid dan melihat keadaan surau dan masjid.
Itu baru surau dan masjid. Kenapa aku fokus kepada surau dan masjid ?
Kerana umat Islam amat mengetahui, amat memahami dan amat arif tentang HUKUM BERSUCI / Thaharah dalam Islam. Tetapi keadaan tandas, amat dhaif dan amat memalukan !
Ada satu ketika, seorang sahabat hendak menyumbangkan tenaga. Apabila selesai melepaskan hajat. Dia lalu tercari - cari getah panjang. Getah panjang tiada, gayung besar tiada, batang paip hanya ada satu, sabun pencuci tandas tidak kelihatan, tisu langsung tiada bayang, mop tidak ada, berus lantai tiada, baldi besar pun tiada.
Tandas ada 3 buah. 1 tandas pintu terkopak. 1 tandas tiada kunci, hanyalah tali mengikat disebatang paku.
Lalu sahabat aku terlihat papan kenyataan. Sumbangan orang ramai pada setiap bulan mencecah RM2,000. Ini bermakna dalam setahun, lebih dari RM24,000 dapat dikumpulkan. ANEH sunguh ANEH. Kutipan banyak, tetapi Tandas tidak dapat dibaiki ???
Aku tidak tahu samada tulisan aku dibaca oleh PEMBESAR NEGARA. Tetapi aku rasa seperti hendak berbisik. Yang Berhormat, tolonglah buat tindakan spontan. Tanpa majlis rasmi, sekadar singgah ke surau dan masjid yang terasa hendak singgah. Dan buat tinjauan.
Aku dapat merasakan betapa berdebarnya orang yang jaga masjid. Bila mendapat tahu PEMBESAR NEGARA singgah surau dan 'masjid kita.'
Bagaimana TANDAS AWAM ?
Marilah kita bersama - sama memikirkannya.
Bagaimana TANDAS AWAM di Singapura ? Aduhai Saliha ... boleh tertidur didalamnya.