Friday, April 16, 2010

Melayu Professional.


"Makan apa tadi?"


Rasanya tidak perlu diceritakan lagi, bentuk soalan diatas. Memang tidak professional langsung. Tidak kelihatan ada tanda perubahan.


Hatta sikap itulah yang memalukan bangsa Melayu.


Cuba kita pergi warung atau restoran mamak. Cuba kita pergi warung atau restoran China Islam. Sewaktu pelayan mengambil pesanan makanan atau minuman, dan resit dengan harga bayaran telahpun tersedia. Dan usai sahaja menjamu selera. Sewaktu kita pergi ke kaunter. Kita hanya dimaklumkan berapakah harga yang perlu kita bayar.


Tetapi, berlainan dengan warung atau kedai makan atau restoran Melayu. Kita bebas untuk membuat pesanan, bebas untuk mengambil makanan, malah bebas untuk membawa lari makanan.


Usai sahaja menjamu selera. Maka, kita akan melalui satu lagi sessi . Iaitu sessi 'soal jawab' dengan pelayan. Kita akan ditanya apakah makanan atau minuman yang kita pesan tadi.


Aku pernah beberapa kali membawa pelancong asing pergi menjamu selera direstoran milik orang Melayu. Dan, pelancong asing ini kehairanan dengan SISTEM yang diamalkan. Mereka lalu bertanya pelbagai soalan tentang perkara ini. Namun, yang pasti aku tidak betah untuk menjawab.


Ini tidak termasuk lagi kesilapan sewaktu mengambil pesanan. Lain yang dipesan, lain yang tiba diatas meja.


Satu perkara lagi yang paling mengaibkan. Aku pernah beberapa kali melihat bagaimana pelanggan naik berang. Bila pelanggan yang awal datang memesan makanan, tetapi pelanggan yang kemudian tiba mendapat makanan terlebih dahulu.


Aku berharap sangat kepada seluruh peniaga makanan Melayu. Ubahlah SIKAP. Ubahlah CARA BERNIAGA. Ubahlah FORMULA. Kalau tidak, sampai KIAMAT pun orang Melayu tidak akan berjaya dalam perniagaan makanan.

5 comments:

NzA said...

mcm mana Melayu nk maju jika masih brsikap sebegini...cuba tiru banggsa C yg pandai melayan pelanggan n bijak mengurus masa.....

Neeza Shahril said...

memang geram kengkadang tu... kita pulak nak kena bagitahu kat dia. PAdahal, dia yang ambik order. Kalau kita terlupa sebut, tak pasal makan benda haram kan... tapi terlupa takpe kot.. :D

Masy said...

tang org lmbt sampai dpt makanan dulu drpd yg sampai awal, mmg slalu la sy tgk. heh. ntah bila la nk berubah tu. huuhuuh

Mak Su said...

lemau :( kenapa mentaliti lemau ? :(

tunbegia said...

salamm abang long,