Tuesday, September 29, 2009

asal jumpa BATANG BURUK ...


Namanya BATANG BURUK.


Setelah lemang, ketupat pulut, rendang, lodeh, dan segala makanan berlemak terpaksa diketepikan dek faktor yang tidak dapat dielakkan. Tiba - tiba sahaja, entah angin puting beliung mana yang melanda, entah hujan ribut taufan mana yang menimpa. Tiba - tiba aku 'terjatuh cinta' dengan kuih BATANG BURUK.


Sebelum proses 'jatuh cinta' ini berlaku. Aku hampir - hampir terpaksa dan memaksa diriku untuk berkurung dalam bilik. Akibat tidak mampu untuk melihat aksi menggoda dan menggiurkan, rakan sahabat dan sanak saudara yang dengan ghairahnya menjamah segala kuih muih yang dihidangkan.


Akhirnya mata aku tertancap kearah BATANG BURUK. Setelah aku selidik segala asal keturunan dan isi tubuh badannya. Aku dapati itulah makanan yang InsyaAllah, boleh, mampu dan berupaya untuk melunturkan nafsu dan keinginanku kepada kuih raya.


Akhirnya, BATANG BURUK menjadi sasaran aku yang tidak ada kompromi. Biarlah apa orang lain nak kata.


Kali ini aku akan terjah ke seberapa banyak blog rakan, sahabat dan saudara. Untuk bertanya cuma satu sahaja soalan, dan ini bukannya TAG RAYA. Tetapi sekadar sebuah soalan untuk memeriahkan dunia blog bersempena LEBARAN 09.


Soalannya berbunyi: APAKAH KUIH ATAU JUADAH YANG PALING DISUKAI SETIAP LEBARAN ?


Dan setiap jawapan yang aku perolehi akan disiarkan didalam blog ini.


Nantikan kehadiran Abang Long ke blog ANDA ... :)


Jawapan dari teman penulis blog: (akan bertambah dari semasa ke semasa):-


Tie - TART NENAS.
Achik - nasi impit dgn lodeh & sambal udang.
yginsaf4 - rendang daging.
Farah Aminuddin - sate ayam dengan kuah kacang
Mak Su - cornflakes bersalut madu.
Masy - lemang.
Zara Aluwi - ketupat dan rendang Negeri Sembilan bersama air nescafe pekat.
nza - satey dgn kuah kacang
Neeza Shahril - tart nenas
xiinam - Nasi lontong, ayam kampong,
kuah lodeh dan kuah kacang
rudy bluehikari -
nasi impit dan satay (ayam) goreng emak
aNIe - ketupat rendang dengan sambal bilis
fusarium solani - ketupat dan kuah kacang
Kak Zue - daging goreng satay
ILA - Popia berinti udang

kuIna LadyInRed - bahulu
Kakna - sultana.
kirana - batang buruk
AiNeRzA - ketupat palas dan rendang
atie - rendang maman



Saturday, September 26, 2009

Wajah Abang Long & Famili.

Wajah Riang Ria Aidil Fitri.

Tepat pada 20hb September 2009. Maka bersamaan dengan ulangtahun perkahwinan Abang Long dan isteri - 18 tahun usia perkahwinan. 20-09-2009. 18 tahun yang lalu, inilah saat yang mendebarkan kami.

Nikmatilah gambar - gambar foto yang disiarkan dibawah.
Entri ini adalah EDISI KHAS RAYA.

Kepada pengunjung Blog Abang Long yang sering tertanya - tanya bagaimana rupa dan wajah Abang Long dan famili, maka dikeluaran ini, segala - galanya disiarkan buat tatapan anda.



# Gambar foto akan bertambah dan bertukar ganti dari semasa ke semasa, seumpama menyelak helaian album. Khas buat hari raya.


# Gambar foto HANYA disiarkan pada - 26hb September. Dari jam 8 malam - 12 tengahmalam.


TAHNIAH kepada pengunjung yang telah berkunjung ke Blog ini bersempena dengan entri EDISI KHAS RAYA.

FOTO LEBARAN


Siaran Tergendala.


Akibat dari beberapa masalah teknikal, maka gambar foto riang ria Abang Long bersama famili telah tidak dapat disiarkan tepat pada waktunya.


InsyaAllah. Gambar foto akan disiarkan untuk tatapan umum bermula jam 8 malam ini dan berakhir jam 12 malam.


Tunggu ...

Ucapan Sempena Lebaran.


SMS dari yang tersayang ...


Bersempena dengan kedatangan Hari Lebaran ini. Abang long telah menerima beberapa sms. Namun tidak berupaya untuk menjawabnya. Maka, diruangan ini, Abang long mencatatkan mesej yang Abang long terima.


TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada pengirim sms berikut:


"Ya Allah, dipenghujung Ramadhan yang penuh barakah ini & menjelang Syawal yang mulia, ku mohon Kau berkati & muliakanlah saudaraku ini, anugerahkan kebahagiaan untuk dirinya & keluarganya, kurniakan ia segala kekuatan & keteguhan iman, limpahi & berkatilah rezekinya, tinggikan darjatnya, makbulkan hajat, doa & taubatnya. Amin Ya Rabbal 'alamin". Salam Syawal Minal 'Aidil Wal Faa Izin.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin. Dengan ucapan tulus ikhlas semoga berbahagia di hari yang mulia ini ...


Apa yang kita fikir, yang kita tahu atau yang kita percaya sebenarnya tidak penting kerana yang penting ialah apa yang kita lakukan. Selamat Hari Raya dari Fadzil.


BiLa Rya, LiNe Busy giLer .. Mse 2 nyesl pn x gne ... Mxis, CLCM, DiGi sumenya Sma saje ... Tp kLu Org Bjak x yah tggu Rye Ucp skang pn bley ...SLMT HR RYA Aidil fITRI!, Maaf zahir & batin.


salam aidilfitri ... maaf zahir & batin ..
Daripada: Rania Firdaus & keluarga di Terengganu.


Aslkm. Ya Rabbi, ketika diakhir Ramadhan yang penuh barokah ini& insyaallah akan muncul Idul Fitri yang mulia, Engkau muliakan & sayangi penerima ucapan ini, berkati keluarganya, sihatkan tubuhnya badannya, limpakan rezeki yang halal untuknya, jauhkan daripada fitnah, penganiayaan & penghinaan. Suburkan benih keimanan. Makbulkan doa - doa serta cita - citanya. Amin Ya Rabbal Alamin. Salam Idul Fitri "MAAF ZAHIR & BATIN" Ikhlas dari, Azmi Wahid & keluarga.


Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidil Wal Faizin. Maaf Zahir dan Batin. Drpd Rashid dan Keluarga.


WaLaU LaNgKaH TaK BeRtEmU, TaNgAn TaK BeRjAbAt,UcAp TaK TrDeNgAr, MaTa TaK BeRtAtAp, TaPi IzInKaN HaTi MeMoHoN MaAf, ZaHiR & BaTiN. SALAM AIDILFITRI... ARSAILI n FAMILY.


Salam. Tak selamanya mata memandang dgn ramah, hati menilai dgn jernih dan mulut bicara dgn santun. Mohon maaf atas segala kekhilafan, baik yang bersifat lahir ataupun batin. Salam Idulfitri dari saya Suhaimi n Laily, Kedah DA.


Slmt hari raya aidil fitri. Maaf zahir batin andai ada slh silap. Semoga lebaran kali ini lbh bermakna n ceria selalu. Salam tulus ikhlas drpd, ila.


Selamat hari raya aidil fitri. Maaf zahir batin. Ikhlas dari izman sekeluarga.


Sempena hari dan bulan yang mulia ini, saya susun sepuluh jari pohon ampun dan maaf, andainya ada kesalahan dan kesilapan disepanjang urusan dan pergaulan antara kita. Selamat hari raya, maaf zahir batin. ust sapidin amran dan keluarga.


"Selamat Hari Raya Aidilfitri" 2 you n ur family.
Daripada Mr. Selvaraj.

Thursday, September 17, 2009

UCAPAN SALAM LEBARAN


Ucapan setulus ikhlas.


Dikesempatan ini Abang Long dan famili mengucapkan:
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada seluruh umat Islam dimana sahaja mereka berada.


Jua diruangan ini Abang Long menyusun sepuluh jari
MEMOHON AMPUN & MAAF
atas segala salah dan silap yang dilakukan selama ini.


InsyaAllah, pada 25hb Syawal. Abang long akan menyiarkan gambar foto bersama keluarga berhari raya. Dan entri itu akan bersiaran selama 3 jam sahaja. Bermula pada jam 8 malam.


Tuesday, September 15, 2009

SEMANGAT RAYA


Patah kaki. Tapi kuat semangat.


Walaupun patah kaki. Walau apa halangan sekalipun. Dua orang pesakit tetap hendak keluar dari wad, untuk pulang berhari raya.


Mereka memujuk rayu Doktor yang bertugas. Mereka merayu dan menggoda jururawat agar memberikan persetujuan untuk melepaskan mereka pulang untuk berhari raya.


"Kamu berdua masih belum pulih sepenuhnya, andainya saya membenarkan kamu keluar, saya bimbang kamu tidak akan berupaya untuk bergerak ..." Doktor keberatan untuk melepaskan dua orang pesakitnya.


Dua orang pesakit itu tetap berusaha untuk meyakinkan Doktor yang mereka berupaya untuk bergerak walau dalam kepayahan.


Ramai pesakit lain memerhatikan kedua - dua orang pesakit yang patah kaki itu berbincang dengan Doktor yang bertugas. Semuanya tersenyum melihat keletah dan gaya kedua - dua pesakit itu merayu si Doktor.


Akhirnya, Doktor terpaksa mengalah "Ok, ok, ok ... tapi boleh saya tahu ... awak berdua tinggal dimana?"


Kedua - dua pesakit itu tersenyum lebar dan menjawab spontan "Depan tu sahaja ... di Taman Sri Andalas".


Alahai .... beberapa orang pesakit tertawa dengan jawapan dari pesakit patah kaki itu.


# Kedua - dua orang pesakit yang patah kaki itu tinggal di kawasan Taman Sri Andalas. Dimana, Hospital Tunku Ampuan Rahimah adalah berada didalam kawasan Taman yang sama.

Monday, September 14, 2009

DIRAWAT.

Doakanlah ...


Abang long memohon dan merayu kepada semua pengunjung blog ini supaya mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Abang long.


Hari ini Abang long berada didalam Hospital Tunku Ampuan Rahimah.

Friday, September 11, 2009

SYAITAN dalam kopitiam.


Orang tua KURANG AJAR !


Semalam, hari ke 20 umat Islam berpuasa. Akhirnya aku tidak dapat menahan sabar. Sungguh, bukan main - main. Memang aku terasa amat marah, terasa darah aku naik, kalau ikut hati muda aku (cuma tubuh sahaja kelihatan tua), memang aku terasa hendak lempang sahaja !


Waktu itu aku sedang membawa anak - anak aku berjalan dideretan gerai untuk bertemu dengan seorang sahabat lama. Aku lalu berdiri dihadapan sebuah bank. Disebelah bank itu pula terdapat sebuah restoran China.


Disebuah meja diluar restoran itu. Ada beberapa buah meja yang diletakkan dibahagian kaki lima restoran. Seorang LELAKI MELAYU sedang enak mengirup segelas nescafe ais dan menghisap rokok, berkepul - kepul asapnya.


Aku memandang dengan perasaan yang berbaur, terasa malu, segan, marah, geram dan pelbagai lagi. Tiba - tiba sahaja, anak aku bertanya dengan nada suara yang agak tinggi, maklumlah, anak - anak ... manalah mereka tahu apa - apa, yang mereka tahu ialah bertanya jika mereka tidak faham.


"Abah ... kenapa orang itu minum di kedai China ... dia tidak berpuasa ... tak malu ek?"


Aku menyentap tangan anak aku, sambil menunjukkan isyarat supaya diam sahaja. Tiba - tiba LELAKI MELAYU itu datang menghampiri aku dan terus bersuara dengan agak tinggi "Hoi ... kalau aku tak puasa, aku nak buat maksiat pun ... apa masalah engkau ? Tak payah tunjuk alim ... konon nak ajar anak, yang aku ni tak puasa ... hei ... mati mampus esok kubur masing - masinglah !"


Aku terus membawa anak - anak aku berlalu dari situ tanpa mempedulikan LELAKI MELAYU itu terus menjerit - jerit.


Aku berhenti di sebuah gerai lain, yang agak jauh dari restoran kopitiam itu. Lalu, dua orang wanita, tersenyum dan terus bertanya kepada aku apa yang berlaku sebentar tadi. Aku lalu menceritakan apa yang berlaku.


"Entahlah ... apa nak jadi dengan orang Islam sekarang ... sudah hilang rasa malu. Sudahlah tidak ikut perintah tuhan, hendak tunjuk samseng lagi ... saudara tahu tak ... kalau tadi lelaki itu menyerang saudara ... ada beberapa orang lelaki diluar bank kata, mereka akan bantu saudara ... biar kita ajar sikit orang yang kurang ajar pada ugama!" Luah kata - kata oleh wanita itu kepada aku.


Sambil tersenyum aku mengucapkan terima kasih atas keprihatinan mereka. Dan aku terus menyambung "saya terkenangkan anak - anak saya, takut mereka jadi mangsa ... kalau saya seorang sahaja tadi di situ ... memang saya sudah LEMPANG dan bergasak dengan SYAITAN lelaki itu!"


Kedua - dua wanita itu terus sahaja tertawa. Dan terus berlalu sambil mengucapkan salam.

Wednesday, September 09, 2009

Sekadar Untuk Dipandang SAHAJA


Dipandang SAHAJA.


7 hb. September bersamaan 17 Ramadan yang baru lalu, diisytiharkan sebagai hari turunnya Al Quran atau Nuzul Al Quran.


Bagaimana caranya Al Quran diturunkan boleh sahaja dipelajari dari pelbagai sumber. Tetapi ianya adalah satu daripada peristiwa besar yang perlu diagungkan.


Bayangan atau gambaran mudah ialah. Ada dua perkara besar yang melibatkan 'hubungan' anatara manusia dan langit. Iaitu, peristiwa Nuzul Al Quran dan Israk dan Mikraj.


Nuzul Al Quran melibatkan arahan dan titah perintah dari Allah untuk amalan setiap manusia. Manakala Israk dan Mikraj adalah perintah khusus dari Allah untuk solat. Satu amalan yang menjadi tiang atau tonggak dalam agama.


SOLAT dan Al Quran. Dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Andainya kita bersolat, maknanya kita WAJIB membaca Al Quran. Ini membawa maksud, jika seorang muslim itu TIDAK BERSOLAT, dengan sendirinya ia TIDAK MEMBACA Al Quran.


Dan yang lebih mengaibkan ialah. Andainya seorang yang mengaku muslim itu tidak bersolat, bermakna ia tidak mengulangi atau memperbaharui SYAHADAHnya. Kerana, didalam solat itu sendiri kita WAJIB melafazkan DUA KALIMAH SYAHADAH.


Dan jika kita tidak mengucap dua kalimah syahadah. Bagaimana mungkin kita boleh menyatakan bahawa kita adalah seorang muslim yang beramal, tunduk dan patuh kepada suruhan Allah ?


Tiada TUHAN yang aku SEMBAH melainkan Allah.
Aku naik SAKSI bahawa NABI MUHAMMAD adalah PESURUH ALLAH.


Jika kita tidak bersolat atau meringankan solat. Bermakna ucapan diatas hanyalah sekadar ucapan.


Yang penting, rajin - rajinkanlah diri kita untuk melangkahkan kaki ke majlis ilmu, samada ke surau, ke masjid, atau ke mana - mana tempat yang ada pengisian ilmu.


Jangan dipandang sahaja Al Quran. Bukalah helaian didalamnya. Bacalah. Hayatilah. Fahamilah maksudnya.


Sesungguhnya Al Quran adalah sebagai TEMAN SETIA dan pelindung kita sewaktu di ALAM KUBUR. Dan Al Quran juga adalah juga menjadi SYAFAAT kepada kita, di saat kita amat memerlukan SYAFAAT di alam akhirat.


Jangan dipandang sahaja Al Quran yang berada di atas almari ... biarlah kita menangis sewaktu membaca Al Quran, daripada kita menangis menyesal sesesal sesalnya kerana 'ditinggalkan' oleh Al Quran sewaktu di padang MAHSYAR kelak.

Saturday, September 05, 2009

Filem BLACK di bulan Ramadan


B.L.A.C.K bukan A.B.C.D.E


Aku sengaja hendak membawa satu perkara yang lari tajuk. Tapi tetap ada hubungkait dengan Ramadan.


Entah kenapa, tiba - tiba aku terasa letih sangat tengahari ini. Lalu aku dengan tidak sengaja terus terpaku didepan tv. Aku menonton cerita hindustan bertajuk - B.L.A.C.K. Bukan untuk mempromosi filem ini. Tetapi, kisah yang dibawa benar - benar meruntun jiwa.


Kisah bagaimana seorang anak yang dilahirkan - BISU, BUTA & PEKAK. Dan hero filem ini membawa watak sebagai seorang Guru, tidak lain tidak bukan, aktor Amitabh Bachan.


Guru yang mengajar dengan 'jiwa.' Seorang guru yang 'membawa' anak muridnya menuju ke puncak kejayaan. Namun, sewaktu anak murid menggapai segulung ijazah. Gurunya pula berada didalam wad psikiatri. Akibat dari sakit jiwa dan menghidap Alzheimer.


Sejujurnya. Sudah lama. Ya, sudah lama aku tidak menitiskan air mata kerana menonton filem. Lagipun terasa membazir air mata dek kerana sebuah filem. Tetapi tidak untuk kali ini. Aku tidak dapat menahan perasaan gembira, terharu dan pilu yang teramat sangat.


Aku tertawa apabila dalam salah satu babak. Si gadis yang OKU ini disoal oleh jawatankuasa Universiti sebelum diterima sebagai pelajar. Soalannya berbunyi "Tahukah kamu dimana letaknya negara Amerika?"


Dan si gadis ini memang tidak tahu jawapannya. Tetapi kebijaksanaanya menjawab secara universal itulah yang menyebabkan semua orang tertawa. Si gadis hanya menjawab "Di sebabkan dunia ini luas, dan sentiasa berpusing, maka kedudukan negara Amerika juga tidak tetap dan turut berpusing."


Terlalu banyak ilmu, pengajaran dan pelajaran yang aku dapat dari menonton filem ini.


Kata - kata akhir dari gadis ini ialah - "Kita akan berasa puas bukan kerana kita mendapat apa yang kita hajati, tetapi kita akan puas kerana dapat memenuhi impian dan hajat manusia lain."


Alhamdulillah, filem yang diberikan judul B.L.A.C.K ini langsung tidak ada lagu ataupun penari yang memakai baju dalam. Tetapi cukup berkesan.

Wednesday, September 02, 2009

Sekotak Kurma. Sebuah Komuter.


PAHALA melimpah ...


Hampir masuk waktu Isyak. Barulah sepupu isteri aku tiba dirumah kami. Dengan kepenatan membawa beg dan dua orang anak, mereka datang dari Pasir Gudang.


Sambil melepaskan penat, sambil kami menjamu selera. Sebelum aku melangkah keluar untuk ke masjid berhampiran. Isteri aku bertanya, atas komuter berbuka dengan apa ? Lalu dijawab oleh sepupunya "ada orang sedekah kurma buat penumpang berbuka."


"Uihhh ... tentu orang itu kaya, kan ? Balas isteri aku.


"Entahlah kak ... orang itu cuma membuka sekotak kurma, dan dihulurkan kepada penumpang komuter untuk tujuan berbuka." Sepupu isteri menjawab.


Syukur Alhamdulillah. Aku sendiri tidak pernah terfikir atau melihat kejadian seperti itu didalam mana - mana pengangkutan awam. Mana - mana orang perseorangan atau kumpulan atau organisasi yang hendak melakukan amal jariah dengan menyediakan kurma atau apa sahaja juadah yang ringkas dan mudah untuk penumpang yang berugama Islam untuk berbuka puasa.

Tuesday, September 01, 2009

Lajunya PUASA !


Cepat, laju, deras, pantas, pecut ...


Terasa baru semalam kita mula berpuasa. Hari ini sudah masuk hari ke 10 kita menjalani ibadah puasa. Terasa seperti tidak terasa yang kita sudah berpuasa selama 10 hari. Ada ketikanya terasa seperti bermimpi.


Telah 10 hari kita menahan LAPAR dan DAHAGA di siang hari sepanjang bulan Ramadan.


Yang pasti kita sudahpun berada didalam apa yang disebut oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W, "Umat akhir zaman."


Berjaga - jagalah. Bersiap siagalah. Berwaspadalah.


Tingkatkan amalan. Perbanyakkan menimba ilmu. Lakukan dengan ikhlas. Sentiasa beristighfar. Upayakan diri untuk terus menerus berselawat ke atas Nabi Muhammad dan Ahlul Baitnya.


Pandang keliling, adakah kita telah melaksanakan - Hablum minaAllah DAN Hablum minannas.


Apakah kita sudah melaksanakan tugas, amanah dan tanggungjawab kepada 40 buah rumah, sekeliling kediaman kita ? Kerana ini adalah suruhan dan sunnah Nabi.


Setakat ini, aku memohon dan merayu kepada pengunjung blog ini. Selain dari melakukan segala amalan yang mulia di bulan Ramadan ini. Ada satu perbuatan paling tercela dan terkutuk yang sering dilakukan dan kita seolah - olah terlupa untuk menghentikannya iaitu perbuatan - MENGUMPAT, MENCACI MAKI, MENGATA DAN MEMFITNAH.


TOLONGLAH HENTIKAN PERBUATAN SEDEMIKIAN !


Hasil dari pembacaan buku, menadah kitab dihadapan para guru yang mursyid. Aku dapati bahawa perbuatan itu adalah paling keji disisi agama. Balasannya amat perit dan maha dahsyat di akhirat kelak.


Bak kata Rasulullah, jalan terbaik ialah - "DIAM."

Sunday, August 30, 2009

Tahan lapar dan dahaga SAHAJA.


Rebut, rebut, rebut !!!


Jangan tunggu. Kita kena proaktif. Kita kena agressif. Kita jangan tunggu. Kita kena rebut !


Bulan Ramadan adalah bulan untuk mengumpul pahala sebanyak mungkin. Biar kita 'tamak!' Biar kita rasa tidak cukup. Yang penting, kita rebut sebanyak mungkin.


Jangan bersikap sambil lewa. Ambil mudah. Jangan kita fikir 'pahala sudah cukup.'


Terlalu banyak, terlalu besar, terlalu luas peluang untuk mendapatkan pahala berkali ganda. Ini adalah BULAN BONUS buat umat Nabi Muhammad.


Kita hidup tidak lama. Umat Nabi Muhammad jarak hidupnya hanyalah dalam lingkungan 60-70-60 tahun sahaja.


Cuba ingat tentang Arwah Yasmin Ahmad, cuba fikir tentang Ustaz Asri Rabbani. Mereka telahpun 'meninggalkan' kita buat selama - lamanya. Kita tidak tahu bilakah kita akan mati ?


Jangan berlengah untuk melakukan sebanyak mungkin amalan buat bekalan di alam akhirat kelak.


Bila kita mati. Segala HARTA, ANAK - ANAK dan SEGALANYA - PASTI, PASTI, PASTI akan ditinggalkan. Yang dibawa - H.A.N.Y.A.L.A.H <=> A - M - A - L - A - N !!!


Adakah cukup dengan AMALAN kita sepanjang bulan Ramadan ini ?


1 - Puasa.
2 - Solat.
3 - Tadarus.
4 - Zakat Fitrah.
5 -
6 -
6 -
8 -
9 - .........


Cukupkah ?


Andainya amalan Sunat diberikan ganjaran PAHALA WAJIB ...

Thursday, August 27, 2009

3 biji kurma + 1 gelas susu.


Ringkas tapi kuat ...


Memang kelam kabut, memang tergesa - gesa, rasa macam tidak cukup langkah. Pagi itu, kami sekeluarga terlewat bangun untuk bersahur. Cuma tinggal 3 minit sahaja lagi untuk masuk waktu imsak.


Sudah tidak terfikir bagaimana untuk memasak dan sebagainya. Apa yang boleh dibuat ialah mencapai apa sahaja makanan yang boleh dimakan.


Maka, makanan yang paling mudah sekali ialah kurma dan segelas susu. Masing - masing mengunyah 3 biji kurma dan meminum segelas susu dan milo.


Cuba bayangkan, setiap kali bersahur, kami sering memakan makanan yang agak berat seperti nasi ataupun roti. Tiba - tiba kali ini, kami terpaksa memakan makanan yang paling ringkas sekali.


Kuasa tuhan. Tanpa kami sedari, sepanjang hari berpuasa, kami langsung tidak merasa keletihan yang melampau. Malahan, tidak ada seorangpun ahli keluarga yang menghadapi masalah perut meragam.


Syukur Alhamdulillah. Berkata dari usaha untuk menjalani ibadah puasa. Semuanya dimudahkan oleh Allah.


Tiba - tiba sahaja terkenangkan nasib fakir miskin dan dhaif yang terpaksa berpuasa dengan segelas air kosong sahaja.

Tuesday, August 25, 2009

TAZKIRAH - Pilih IZRAIL atau Syaitan ?


IZRAIL dihadapan ... SETAN dihadapan ...


"mana satu pilihanmu?"


Agaknya bagaimanakah perasaan kita sewaktu sedang bersolat, tiba - tiba Malaikat IZRAIL muncul dihadapan kita dan menyatakan bahawa "wahai saudara, usai bersolat dan memberi salam, aku akan mengambil nyawamu !"


Atau, apakah perasaan kita, sewaktu sedang bersolat, tiba - tiba kita 'ternampak' sekujur tubuh 'Sang Syaitan Laknatullah' sedang berdiri dihadapan kita ?


Apakah yang akan kita fikirkan diwaktu 'genting' sebegitu ?


Adakah kita akan terfikir tentang anak - anak kita ? Atau, kita terfikir tentang isteri kita ? Atau, kita masih lagi memikirkan tentang harta yang akan ditinggalkan ? Atau kita masih terfikir tentang AMALAN kita yang masih tidak cukup untuk dibawa ke alam akhirat sebagai BEKALAN ?


Adakah kita sudah begitu yakin dan pasti kita sudah mempunyai amalan yang cukup untuk kita 'persembahkan' di hadapan Allah - RAJA SEGALA RAJA ?


Sebagai satu peringatan. Seorang HAMBA ALLAH menangis menyesal sesesal sesal sesalnya, apabila beliau tidak dapat masuk kedalam syurga. Bukannya hamba Allah ini tidak masuk langsung kedalam syurga, cuma beliau masuk kedalam syurga yang paling bawah.


Tiba - tiba seorang pemuda menjerit kesakitan yang tidak tertahan akibat air kopi panas yang sedang dibancuhnya tertumpah ke atas kakinya.


Bayangkan, seksaan dan azab derita bagi mereka yang dihumbankan kedalam neraka, dan mereka 'mendiami' neraka selama RIBUAN TAHUN !


Itulah gambaran serba sedikit antara petikan tazkirah yang disampaikan oleh seorang ustaz.


# Harap maklum, gambar diatas bukannya gambar syaitan atau Malaikat Izrail.

Wednesday, August 19, 2009

Tindak BALAS. Sebagai PERINGATAN !


Kamu pandang aku.
Aku tenung kamu !


Anak aku mengadu @ komplen. "Abah, bila Mat pakai topeng, orang pandang pada Mat... Mat rasa malu."


Aku tersenyum mendengar rintihan dari anak aku, lantas aku memberikan kata - kata perangsang.


"Ingat, bila orang pandang Mat kerana pakai topeng, Mat pandang balik muka orang yang pandang Mat ... jangan pandang sekali sahaja, tetapi Mat tenung muka orang itu."


# Soalan mudah buat pengunjung blog ini. Apakah tindakan anda sekiranya anda berhadapan dengan situasi seperti diatas ?

Monday, August 17, 2009

Tazkirah Pra Ramadan (1)


Ibu ajar anak, anak tunjuk BAPA.


Satu perkara yang lumrah, bilamana pendidikan awal si anak berada ditangan seorang ibu. Si ibu adalah insan pertama yang paling banyak mengajar anak, khususnya mengenali huruf - huruf dalam Al Quran khususnya Muqaddam.


Apa tugas si ayah ?


Menjelang Ramadan ini, sebagai seorang Muslim yang tidak mahu tugas aku disoal dihadapan Al Khaliq di akhirat kelak. Maka, samada pengunjung blog ini gembira ataupun tidak. Aku berseru kepada semua, untuk melakukan amalan yang sewajarnya supaya amalan kita diterima oleh Allah dengan lancar.


1 - Berusaha sedaya upaya untuk 'mencantikkan' dan menyempurnakan amalan puasa.
2 - JANGAN tinggalkan solat !
3 - Jangan MENGUMPAT. Kerana hadtih Nabi menyatakan bahawa barangsiapa yang MENGUMPAT maka mereka seumpama 'memakan daging saudara mereka sendiri.' Jadi apa ertinya kita berpuasa kalau kita makan daging saudara kita disiang hari ?
4 - Perbanyakkan amalan sunat.
5 - Perbanyakkan beristighfar dan berzikir mengagungkan Allah.
6 - Berusaha untuk memberi makan untuk orang yang berpuasa, walaupun seteguk air.
7 - Usahakan, perbanyakkan, giatkan pembacaan ayat - ayat suci Al Quran. Inilah waktu terbaik untuk menambahkan PAHALA. Kerana bulan Ramadhan, setiap ayat yang dibaca mendapat ganjaran berpuluh - puluh kali ganda.


Aku mengambil nombor 7.


Ada seorang ayah telah bertemu dengan aku beberapa hari yang lalu. Si ayah mengadu, dia seorang yang JAHIL, banyak membuat maksiat, dan pelbagai lagi kemungkaran. Sekarang dia sudah insaf, namun yang paling sedih, dia tidak tahu membaca Al Quran.


Aku bertanya, adakah isteri beliau tahu membaca Al Quran ? Jawabnya "isteri saya pun sama, tak tahu membaca Al Quran".


"Bagaimana dengan anak ... ada sesiapa yang tahu membaca Al Quran?" Aku bertanya lanjut.


Si ayah mengangguk. Lalu aku berkata. Yang penting ialah AMALAN kita yang IKHLAS. Allah memandang amalan yang ikhlas. Walaupun dari orang yang jahil yang bertaubat dan insaf. Itulah insan yang mulia.


Maka, jangan merasa malu. Belajarlah Al Quran dari si anak.



Yang penting. Bacalah Al Quran secara beramai - ramai umpama bertadarus dalam lingkungan keluarga. InsyaAllah ... Allah akan turunkan limpah kurnia, rahmat, keredhaan dan kasih - sayang NYA.

Friday, August 14, 2009

Lokasi Panas.


Lokasi Panas.


Kalau hendak diikutkan, hampir seluruh negara sekarang kita merasa bahang panas. Tetapi tajuk diatas adalah lebih spesifik. Iaitu lokasi dimana terdapat jangkitan yang paling serius.


Memang sudah menjadi wabak. Memang sudah merata dan meluas menjalarnya wabak H1N1 atau selesema babi ini.


Tetapi aku musykil. MAAF, MAAF, dan MAAF. Aku musykil sangat. Masih ramai rakyat Malaysia seolah - olah tidak merasa sedikit perasaan cemas atau berjaga - jaga. Rakyat Malaysia masih seakan - akan terus 'bersantai.' Seolah - olah tidak ada apa yang perlu dibimbangkan.


Aku pergi ke pasaraya. Hanya aku dan keluarga sahaja yang memakai topeng. Aku pergi ke sekolah, hanya aku dan anak - anak sahaja yang memakai topeng penutup. Aku pergi ke pasar, hanya aku dan isteri sahaja yang memakai topeng. Malahan, hampir banyak kawasan aku pergi, cuma ada beberapa orang sahaja yang memakai topeng.


Aku rasa. Aku rasa. Mungkin kawasan tempat aku tinggal agak kebal dari sebarang jangkitan atau wabak. Hinggakan mereka langsung tidak peduli untuk menjaga keselamatan dan kesihatan diri.


Dan yang paling aku 'terasa' ialah. Seolah - olah, aku dan keluarga adalah seperti makhlauk asing atau 'alien'.

Wednesday, August 12, 2009

Manisnya Cik Adik. Ramahnya Cik Abang.


Adik, Abang, Haji.


Satu hari, aku telah membawa anak - anak aku ke warung menjual nasi lemak, untuk membeli kuih. 3 biji dengan harga RM1. Sewaktu singgah di warung itu, seorang perempuan telah bertanya kepada aku.


"Ya, dik ... hendak beli kuih apa dik?"


Aku menyeringai.


Sewaktu pulang dari menghantar anak ke sekolah. Aku singgah di kedai runcit untuk membeli sayur. Usai sahaja mengambil sayur, aku terus pergi ke kaunter untuk membuat pembayaran. Lalu seorang perempuan telah bertanya kepada aku.


"Ya bang ... ini sahaja?"


Aku hanya mengangguk.


Diwaktu petang, sewaktu balik dari surau, aku terpaksa menuntun motorsikal kerana tayar pancit. Dalam perjalanan ke kedai membaiki motor. Aku ditegur dengan ramah oleh seorang perempuan.


"Tayar pancit ke haji?"


Aku hanya tersenyum.


Bila direnung balik. Sebenarnya kita hidup dengan gelaran yang pelbagai.

Monday, August 10, 2009

SAMBA DE' FUTSAL


Perlawanan PERSAHABATAN, tapi ... lepas geram !


Sungguh, walaupun namanya perlawanan persahabatan dan ramah mesra. Tapi, aku seolah - olah 'lupa dunia'. Aku benar - benar melepaskan geram !


Dalam keadaan kesihatan yang belum pulih sepenuhnya. Aku tetap masuk gelanggang. Bayangkan sudah hampir 20 tahun aku tidak bermain bola. Tanpa acara 'memanaskan badan' aku terus bermain dengan seribu macam perasaan berkecamuk. Hampir putus nafas, terasa bagaikan hendak tercabut jantung !


Walaupun aku sering bersenam dan berjoging. Tapi untuk acara permainan atau sukan yang memerlukan aksi dan perlawanan. Bentuknya sudah pasti jauh berbeza. Aku terpaksa bertarung dengan lawan yang terlalu jauh lebih hebat.


Walaupun pasukan yang aku wakili tewas dengan majoriti tipis (macam pilihanraya pula), tapi semuanya senyum girang. Aku terasa seperti perlawanan antara Manchester United dengan kanak - kanak tadika.


Apapun, aku mengucapkan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid yang telah sudi menjemput aku mewakili Kelab Peminat Novel ALAF 21 - ALAF 21 FC, untuk turut serta memeriahkan program yang dijalankan.


# Yang aku tidak dapat lupakan bagaimana seorang penjaga gol 'dipermainkan' oleh 3 orang penyerang hebat dari pasukan TANPA NAMA.

Friday, August 07, 2009

Kkkhhhhppptttuuuiiihhh ...


Kembang, Geli, Loya ... hilang nikmat, hilang khusyu'.


Anda sedang menikmati makanan di sebuah gerai, tiba - tiba anda terdengar seseorang sedang BERKAHAK ...

Kkkhhhhppptttuuuiiihhh ...


Anda sedang menghirup minuman kegemaran anda di sebuah gerai, tiba - tiba anda terdengar seseorang sedang BERKAHAK ...

Kkkhhhhppptttuuuiiihhh ...


Anda sedang khusyuk bersolat dalam sebuah surau, tiba - tiba anda terdengar seseorang sedang BERKAHAK ...

Kkkhhhhppptttuuuiiihhh ...


Anda sedang khusyuk bersolat dalam masjid, tiba - tiba anda terdengar seseorang sedang BERKAHAK ...

Kkkhhhhppptttuuuiiihhh ...


Anda sedang menaiki tangga untuk menuju ke sebuah restoran, dan anda terpandang di atas tangga setompok KAHAK.


Anda sedang berwuduk, dan seseorang sedang BERKAHAK bertalu - talu di tepi anda.


Kkkhhhhppptttuuuiiihhh ...Kkkhhhhppptttuuuiiihhh ...Kkkhhhhppptttuuuiiihhh ...


# Adakah anda SELESA dengan situasi begitu ?
# Jika TIDAK, apakah tindakan anda ?


:( :( :(

Tuesday, August 04, 2009

Rebut bukan RAMPAS !


SERAH tapi bukan MENYERAH !


Setelah begitu lama memikirkan, dan tiada jalan penyelesaian yang terbaik. Sedangkan projek sudah didepan mata, apa lagi yang boleh dibuat. Yang ada hanyalah kaki, tangan, kepala dan otak. Itu sahaja.


Dengan air mata yang bergenang ditubir mata. Sebuah motorsikal 'diberikan' kepada Along. Peminjam wang berlesen. Aku mahukan surat hitam putih. Kalau wang pinjaman tidak dapat dilunaskan dalam tempoh 6 bulan, maka motorsikal itu akan menjadi hak milik Along. Dan yang penting, tiada sebarang tindakan yang akan dikenakan kepada peminjam andainya peminjam gagal melunaskan hutang.


Aku memegang erat tangan sahabat aku. "Kamu mesti ingat ... kita sudah berusaha sehabis baik ... yang pasti, tidak ada siapa yang sanggup memberikan pinjaman serendah itu ... kita hanya mahu berusaha untuk mencari sesuap nasi buat anak - anak dan isteri ... yang penting ... kita tidak MEROMPAK atau MERAGUT !"


Aku terus mengingatkan sahabat aku "Kita bukan hidup di zaman Rasulullah ... dimana para sahabat berebut untuk berbuat kebaikan dan kebajikan ... meraka sanggup untuk menggadaikan harta untuk jalan Allah ... mereka sanggup menyerahkan harta untuk kebajikan saudara seagama ... hingga tiada orang yang mahu menerima zakat ... semuanya berebut untuk mengeluarkan zakat."


Dan aku terus menyambung "Hinggakan Rasulullah bertanya kepada Saidina Abu Bakar ... Wahai Abu Bakar ... semua harta kamu telah diserahkan untuk jalan Allah ... apa lagi yang kamu tinggalkan untuk isteri dan anak - anak kamu ? lalu dijawab oleh Saidina Abu Bakar ... aku tinggalkan kepada mereka Allah dan Rasul."


Yang penting, jangan menoleh ke belakang ... kuatkan semangat, gandakan usaha, sentiasa abdikan diri kepada Allah, dan jangan lupa ... HUTANG WAJIB DIBAYAR !

Friday, July 31, 2009

Ayob Anak Tulakang. Perlukan bantuan.


Bi$ne$ ma$uk, Migrain ma$uk.


Kepada semua pengunjung blog ini. Tolong jawab satu soalan yang kedengaran mudah.


Soalannya berbunyi begini:


"ANDA tinggal di Klang, dan ANDA mendapat tawaran bi$ne$ di Shah Alam, dalam poket ANDA hanya ada wang syiling 50 $en SAHAJA, apa tindakan ANDA untuk mendapatkan bi$neS tersebut ?"


Jawapan ANDA berkemungkinan besar akan dapat membantu insan yang memerlukan.

Wednesday, July 29, 2009

Berinternet dengan Bertuala


Malu pakai ... tuala


Sewaktu aku sedang duduk disebuah kerusi panjang di bangunan PKNS. Menghadap Taman Tasek Shah Alam. Tiba - tiba sahaja seorang sahabat penulis blog bertanya kepada aku satu soalan yang menyebabkan aku tidak tertahan untuk ketawa. Aku rasa, selama ini tidak pernah orang memperkatakan tentang perkara ini, walaupun hakikatnya, aku 'rasa' memang ada berlaku.


Soalannya mudah "Abang long rasa, ada tak orang yang menggunakan PC atau komputer riba dengan hanya memakai tuala ?"


Aku dengan spontan menjawab "ada."


Dan soalan yang sama aku sengaja hendak tujukan kepada pengunjung blog ini. Tidak perlu merasa malu. Ini bukan perbuatan kurang sopan atau terlarang atau terlampau. Lagipun, berkemungkinan besar, PC atau komputer riba berada didalam bilik tidur.


Dan, anda juga tidak dipaksa rela untuk menjawab. Sekadar tersenyum sendirian pun dikira memadai.


Yalah, didalam bilik tidur. Terpulang kepada individu hendak pakai apa pun.

Monday, July 27, 2009

Aku mengharapkan AIR


Dahulu Al Arqam.
Sekarang Aku.


Aku pasti ramai yang masih ingat, satu ketika dahulu, ahli - ahli jemaah Al Arqam, khususnya kalangan remaja. Mereka membawa kitab - kitab dan majalah karangan dan terbitan kumpulan Al Arqam. Mereka mendekati orang ramai dengan senyuman dan penuh hikmah. Terlihat wajah - wajah suci mereka, yang berusaha tanpa mengenal penat lelah.


Walau dicaci, walau dibenci, walau dihina, walau diherdik. Namun mereka tetap ISTIQAMAH.


Kini, perkara yang sama aku lakukan. Demi untuk menyara keluarga. Aku menjual kitab Terjemahan Muqaddam JUZ AMMA. Pelbagai cara aku lakukan. Pelbagai teknik aku jalankan. Pelbagai gaya aku corakkan.


Satu ketika, sewaktu aku sedang menyantuni seorang lelaki. Didalam sebuah restoran. Lelaki itu buat tidak endah. Dengan senyuman lelaki itu menggelengkan kepala. Dan aku ucapkan terima kasih dan terus beredar dari situ. Tidak manis untuk mengganggu pelanggan yang sedang menjamu selera.


Aku langsung keluar dari restoran itu. Menuju kearah yang aku sendiri tidak tahu. Hanya berjalan mengikut 'kata kaki.' Tiba - tiba seorang menepuk bahuku dari belakang. Rupanya lelaki yang aku tegur tadi.


Terus sahaja ditanya oleh lelaki itu. "Saudara sudah makan?" Aku hanya menggelengkan kepala. Lalu diajak oleh lelaki itu untuk makan bersamanya. Tetapi aku mengucapkan terima kasih sahaja. Aku katakan bahawa aku perlu menjual kitab ini terlebih dahulu. Supaya aku dapat membeli makanan untuk keluarga aku dirumah.


Lelaki itu hanya menganggukkan kepala. Lalu dia bertanya lagi "Saudara sudah solat Dhuha?" Dengan senyuman aku berkata "Alhamdulillah".


"Saya hendak minta tolong boleh?" Soal lelaki itu. "InsyaAllah, saya akan membantu dengan izin dari NYA" Aku menjawab dengan nada yang begitu lemah.


Lantas si lelaki ini menghulurkan wang kertas sebanyak RM100. Dan meninggalkan pesan. "Saudara tinggalkan kitab itu didalam Masjid, dan bakinya saudara ambil.' Si lelaki itu terus sahaja berlalu pergi. Dan menghilangkan diri.


Aku tidak sempat untuk berkata apa - apa lagi. Bila aku melihat sekeliling. Tidak kelihatan kelibat lelaki itu.

Saturday, July 25, 2009

Bacalah, Bacalah, Bacalah dengan nama tuhanmu ...


BUTA AL QURAN.


Aku teringat antara dialog yang diucapkan oleh Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam filem AHMAD ALBAB. "Ana bukan tidak tahu bacalah, ana tidak kenal huruf."


Dialog yang sama diucapkan oleh seorang guru agama @ guru Al Quran. Sewaktu mengajar kelas dewasa. Bagaimana beliau berhadapan dengan satu keadaan yang amat berbeza. Dimana, terdapat ramai ibu bapa yang menghantar anak - anak ke pusat - pusat Tahfiz Al Quran. Yang menariknya, bagaiamana terdapat kisah seorang ayah yang mempunyai beberapa orang anak yang sedang belajar di Pusat Tahfiz. Dan si ayah pula 'buta Al Quran.'


Satu ketika, si ayah benar - benar insaf (sebenarnya si ayah telah lama insaf, cuma si ayah seorang yang tidak kuat daya ingatan, menyebabkannya tidak dapat menghafal segala hukum di dalam Al Quran bagi melancarkan pembacaan mengikut tajwid). Satu keadaan yang dimaafkan kata Ustaz tersebut. Yang penting si ayah telah berusaha sebaik mungkin.


Lalu satu ketika. Sewaktu si anak pulang dari pusat tahfiz. Si ayah dengan perasaan rendah diri telah 'menolak' anaknya yang masih kecil (dalam lingkungan usia 13 tahun) untuk menjadi imam dalam solat Maghrib. Si anak yang begitu terdidik mengikut syariat dan adab kesopanan telah 'menolak' pula ayahnya untuk menjadi imam, kerana menghormati ayahnya.


Lalu dengan segala perasaan berasalah, si ayah lalu menjadi imam dalam solat. Sewaktu surah Al Fatihah dibaca. Si anak yang menjadi makmum telah menegur pembacaan ayahnya. Dan bukan satu kali teguran, malahan terlalu banyak kesilapan dalam pembacaan surah Al Fatihah. Akhirnya, masuk rakaat kedua, akibat tidak tahan dengan teguran yang bertalu - talu, si ayah mengambil keputusan untuk membatalkan solat. Dan diwaktu itu, si ayah pun memalingkan tubuhnya lalu menghadap anaknya lalu berkata "ayah rasa kamu lebih layak menjadi imam."


Maka secara spontan, berderailah ketawa mereka sekeluarga. Manakan tidak ... suasana itu tiba - tiba menjadi lucu. Seluruh jemaah keluarga telah BATAL dalam solat.


Terlalu banyak pengajaran dalam kisah ini yang boleh dijadikan iktibar.


1 - Bagimana begitu ramai umat Islam yang tidak tahu tentang hukum hakam dan tajwid dalam Al Quran. Yang menyedihkan, mereka tidak mahu berusaha untuk belajar. Cuba bayangkan bagaimana kedudukan solat mereka akibat salah dalam pembacaan surah Al Fatihah. Ramai yang membaca surah Al Fatihah dalam kaedah yang salah. Al Fatihah yang mengandungi 7 ayat, tetapi dibaca dalam 5,6,8 ayat.


2 - Masih ramai orang lelaki yang tidak sudi malah keberatan untuk bersolat secara berjemaah di surau ataupun masjid. Mereka lebih selesa bersolat dirumah.


3 - Cuba anda hitung, dalam daerah atau kampung atau kawasan kediaman anda. Berapa ramai guru atau ustaz yang bersedia untuk mengajar Al Quran. Satu perkara yang mengejutkan, dimana, ramai ustaz yang tidak mempunyai waktu untuk mengajar Al Quran akibat kesibukan berceramah.


Bak kata seorang ustaz. Andai kesedaran telah tiba. Hidayah dari Allah telah meresap kedalam sanubari. Bacalah Al Quran. TOLONGLAH jangan tinggalkan dari membaca Al Quran setiap hari. Jika kita 'buta' Al Quran, maka carilah guru atau ustaz untuk membimbing kita.


Perlu diingat, antara soalan di dalam kubur ialah menyangkut tentang AL QURAN.


Rasa - rasanya kita terlalu sibuk dengan urusan dunia. Dan urusan itu akan berhenti bila roh sudah berpisah dari jasad.


Ya Allah, SAKITNYA SAKRATUL MAUT !!! Inilah yang diucapkan oleh Baginda Junjungan Besar kita. Nabi Muhammad Salallahu 'alaihi wasalam.

Friday, July 24, 2009

KISAH SEKS (6) Bantal peluk buat syarat.


Mencelah ... Tok Kadhi 'steady'.


Iklan Tongkat Ali telah tamat ... sambung balik


Seorang lagi tetamu mencelah "Tok, kalau bantal peluk tak ada?"


Suasana semakin hangat, dan seorang pemuda pula bertanya "Yelah Tok, bagaimana kalau bantal peluk tak ada?"


Dengan senyuman mantan tok kadhi menjawab "Zaman sudah berubah, dunia tanpa sempadan, maklumat dihujung jari ... bantal peluk tu buat syarat sahaja ... hari ini manusia sudah jadi malas ... kalau boleh semuanya hendak 'segera.' Kenapa hendak tergoppoh - gapah ? Cuba buat perlahan - lahan ... mana lebih seronok ... kamu tengok siaran langsung perlawanan bola ... ataupun kamu menonton rakaman ulangan ... 'debarannya' sudah tentu sewaktu menonton siaran langsung. Yang penting kena ikut syariat ... buat sepenuh hati ... jangan buat separuh jalan, 'masuklah kamu kedalam Islam sepenuhnya' ... jangan masuk 'separuh - separuh' ... tak ada 'nikmatnya.'


Ketawa berderai lagi. Kalau bab ini. Orang lelaki memang suka sangat. Tapi kalau ajak mengaji Al Quran, punyalah liat ... ada yang terhangguk - hangguk depan kitab.


Dalam keadaan tetamu yang ramai itu sedang tertawa. Lalu bangun seorang pemuda yang duduk agak jauh dari tok kadhi. Lalu dia memohon untuk bertanya.


"Tok, sekarang ini ada satu perkara yang agak mengaibkan ... bagi orang lelaki ..." Pemuda itu terdiam sebentar.


Lalu tok kadhi terus bertanya dalam kehairanan "Ha ... apa benda tu?"


Lalu dengan spontan pemuda itu terus bertanya dengan nada serius tapi lucu "Tok, bagaimana untuk .... mengawal pancutan .... " dan pemuda itu terkelu lidah, apabila tetamu sekali lagi tertawa sambil menahan sakit perut yang teramat sangat.


Tok kadhi pun kelihatan tidak dapat mengawal rasa hendak ketawa. Merah padam wajah tok kadhi.


Lalu si pemuda itu terpaksa membetulkan soalan "Tapi tok, saya hanya bertanya sahaja ... saya pun belum kahwin lagi".


Agak reda hilaian ketawa dari tetamu, barulah tok kadi membetulkan keadaan duduknya.


Tok kadhi dengan tenang menjawab dan memberikan tips - tips yang berguna "Sebenarnya, inilah masalah besar bagi kaum lelaki, khususnya para suami ... maaf ya".


Tok kadhi terpaksa memberhentikan percakapannya, untuk menjawab panggilan telefon bimbitnya.


Tetamu menunggu jawapan dengan sabar ...

Thursday, July 23, 2009

Halwa telinga dan tekak


Klasik dan Moden.


Memang aku begitu meminati irama klasik. Ataupun lagu era tahun 60'an, 70'an dan 90'an. Khususnya lagu di era tahun 60'an. Samada dirumah mahupun dalam kenderaan. Aku pasti akan membuka saluran Klasik Nasional.


Terasa begitu tenang, indah dan mengasyikkan bila mendengar irama sebegitu. Paling aku menyampah dan meluat dan ada ketikanya aku menggeleng kepala bila aku dengar lagu zaman sekarang. Ada ketikanya, penyanyi akan menyanyi sampai tegang leher dan bagai nak terkeluar anak tekak. Paling aku tidak dapat terima ialah, ada ketikanya bunyi muzik begitu bingit, tetapi suara dan lirik lagu tidak kedengaran dengan jelas.


Itu kisah aku. Bila aku lihat keliling. Rupanya anak - anak aku bukan setakat minat dengan lagu lama, malahan mereka begitu berminat dengan kuih - muih tradisional. Hatta, anak perempuan aku begitu minat dengan kuih ketayap. Malahan, hampir setiap minggu aku akan membeli kuih ketayap barang dua atau tiga biji (gulung). Dan aku akan tersenyum melihat telatah anak perempuan aku sewaktu makan kuih ketayap. Dimana dia akan makan dengan begitu bersemangat dan dengan gaya yang paling memikat. Seolah - olah kuih yang dimakan itu begitu nikmat dan menyelerakan sekali.


Anak sulung aku pula, boleh katakan sudah melihat dan menonton semua filem lakonan Allayarham Tan Sri P.Ramlee, entah sudah berapa puluh kali. Dilihat berulang kali tanpa sedikit pun rasa jemu.


Manakala anak kedua aku pula, hampir dapat menghafal setiap lagu nyanyian Jamal Abdillah. Dia boleh mendengar lagu nyanyian Jamal Abdillah hampir setiap hari tanpa jemu. Dan paling menarik, setiap kali lagu baru sahaja dikumandangkan ataupun intro baru sahaja bermula, dia sudah dapat meneka tajuk lagu dan lirik.


Yang pasti aku tidak mengajar langsung dalam bab ini. Cuma, aku setakat berminat sahaja. Dan tidak sampai ke tahap fanatik dengan membeli album terbaru ataupun menampal poster penyanyi pujaan.


Tapi satu hakikat yang tidak dapat dielakkan ialah. Anak - anak aku memang tidak berminat dengan Mawi. Kata mereka dengan jujur ... "suara Mawi tak best." Dengan sinis mereka memberikan komen jujur "boring bila dengar Mawi nyanyi lagu Seroja."


Bagi peminat Mawi, jangan marah. Setiap orang ada citarasa tersendiri.


Cuma satu perkara sahaja yang aku belum dapat tunaikan. Anak - anak aku begitu teringin hendak mendengar Jamal Abdillah berzanji. Kerana aku pernah mendengarnya dahulu. Aku tidak ingat dimana, tetapi suara Jamal Abdillah sewaktu berzanji memang 'power!'


Esok .... kisah Santai Bersama Mantan Tok Kadhi.

Monday, July 20, 2009

KISAH SEKS (5) buang bantal peluk ...


Santai Bersama Mantan TOK KADHI.


Bukan mudah untuk mendapatkan ilmu dalam keadaan bersantai. Apatah lagi berbual mesra, sambil minum - minum, dan tidak berhenti ketawa. Aku sendiri terasa sakit rahang akibat banyak ketawa, perut pun terasa senak. Ada yang ketawa hingga keluar air mata.


Semuanya dek kerana seorang mantan tok kadhi yang menceritakan tentang kisah rumahtangga, khususnya di MALAM PERTAMA.


Seorang tua yang begitu banyak pengalaman dalam menangani permasalahan rumahtangga. Bagitu banyak berhadapan dengan para isteri. Dan begitu banyak kisah dalam selimut yang wajib diketahui oleh lelaki dan perempuan yang telah dan sedang melayari kehidupan sebagai suami isteri.


Paling menarik. Beliau tidak langsung menceritakan kisah seks atau hubungan kelamin. Yang dikisahkan ialah bagaimana melayari kehidupan suami isteri berpandukan kepada hukum. Yang mana halal dan yang mana haram.


"Ingat, Rasulullah sewaktu kali pertama masuk kedalam kamar, pada malam pertama Baginda akan membawa segelas air susu. Sebagai muqaddimah kepada perbualan. Maklumlah isteri adalah seorang perempuan yang mempunyai sifat malu yang teramat sangat, apatah lagi waktu dahulu, ada bakal isteri yang langsung tidak pernah bertemu dengan bakal suami. Maka Baginda menjadikan segelas air susu sebagai 'perantara' untuk memulakan perbualan. Dan menghilangkan perasaan gemuruh kepada si isteri. Kita hari ini... yang tahu hanyalah 'hendak terkam' sahaja, biarlah kita ikut sunnah ... malam pertama kita berbual, malam kedua kita bergurau dan malam ketiga ... bila masing - masing sudah 'serasi' dan seperti sudah hilang sedikit rasa malau ... barulah kita boleh 'start gear pertama'.


Tiba - tiba seorang tetamu mencelah "Tok, kenapa malam ketiga baru hendak mula 'gear pertama?"


Dengan spontan mantan Tok Kadhi yang banyak pengalaman ini menjawab "Habis tu, macam mana kamu hendak mula gear pertama... kalau enjin kereta pun belum start lagi ..."


Berderai ketawa para tetamu yang hadir.


Sambung mantan tok kadhi lagi "Bila sudah serasi berbual ... barulah bantal peluk yang 'memisahkan kedudukan' kedua - dua mempelai itu dipegang dan diletakkan ketepi ... itu sebagai tanda isyarat ... yang suami sudah mula hendak 'melepasi kawasan sekatan jalan raya.' Dan sudah mula hendak 'masuk kawasan' isteri ... "


Seorang lagi tetamu mencelah "Tok, kalau bantal peluk tak ada?"


Kisah bersambung ...

Friday, July 17, 2009

Sedekah, Infak, Wakaf, hasilnya 'disana' ...


Tunaikan AMANAH.


Dalam tempoh seminggu ini, aku berlegar - legar di sekitar kawasan Klang dan Shah Alam atas pelbagai tujuan. Pertamanya untuk mencari peluang pekerjaan. Keduanya untuk mencari peluang perniagaan. Ketiganya untuk menjalankan amanah.


Dalam tempoh lebih dari satu tahun ini. Semakin terbuka mata dan fikiran aku. Bagaimana warga negara asing hampir memenuhi pelbagai sektor pekerjaan di negara kita. Dan yang lebih jauh lagi ialah, bagaimana rakyat Malaysia 'merelakan' pengaliran wang yang begitu besar jumlahnya 'pergi' ke negara lain.


Bila aku merayau dibanyak kawasan, aku dapati semakin banyak peluang perniagaan yang hidup dan tumbuh bagaikan cendawan. Bayangkan, dikawasan sekitar kampong aku sendiri terdapat sebanyak 9 buah gerai menjual burger. Ada yang telah stabil dan ada yang 'gulung tikar.'


Sekarang, Alhamdulillah. Berkat dari usaha seorang rakan. Beliau telah memberikan idea yang begitu menarik. Sejujurnya, aku tidak pernah terfikir akan idea sebegitu. Maklumlah, hampir 20 tahun aku bekerja dan menjawat jawatan sebagai seorang Eksekutif di beberapa buah syarikat perkapalan. Kisah ini akan dipaparkan pada satu ketika yang sesuai kelak.


Alhamdulillah, hasil usaha yang berterusan dan doa yang tidak putus. Juga doa dari para sahabat dan teman penulis blog. Aku menerima pesanan demi pesanan yang tidak putus untuk mendapatkan buku atau kitab Terjemahan Muqaddam JUZ AMMA.


Ada yang memesannya untuk kegunaan diri sendiri. Dan ramai juga yang membuat pesanan untuk tujuan WAKAF, INFAK dan SEDEKAH. Alhamdulillah, amanah yang diberikan telah dapat aku laksanakan dengan baik dan sempurna.


Dimana, buku tersebut telah aku serahkan samada kepada Pengerusi Masjid, Mudir Madrasah dan Maahad Tahfiz sekitar Klang dan Shah Alam. Semoga AMAL JARIAH oleh penyumbang buku Terjemahan Muqaddam JUZ AMMA itu akan terus berkekalan. Cuba bayangkan setiap pelajar Tahfiz menggunakan buku tersebut, dan berkat dari ilmu itu diamalkan sepanjang hayatnya.


Dikesempatan ini. Aku menyampaikan ucapan TERIMA KASIH, SYUKUR ALHAMDULILLAH, JAZAKALLAH HUKHAIRAN KATHIRA, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Ditujukan oleh para Pengerusi Masjid, Mudir Madrasah dan Pentadbir Maahad Tahfiz itu kepada para penderma.

Monday, July 13, 2009

Bila Ustazah Berendam ...


Bila Ustazah berendam ...


Hari Sabtu lepas. 11 hb Julai. Tepat jam 11.00 pagi. Konvoi tiba di tapak perkelahan Sungai Congkak. Sebanyak 8 buah kereta tiba serentak.


Perkelahan yang pasti akan meninggalkan kesan manis buat kami. Dimana, warga KAFA, Jalan Kastam berkelah dan meraikan Hari Keluarga yang paling ringkas. Tidak ada acara rasmi, tidak ada protokol. Yang ada ialah, berbual mesra, bersantai, makan - makan, minum - minum, makan buah durian di tepi sungai, dan acara paling aku tunggu - tunggu ialah - BERENDAM.


Malangnya, tempat yang kami aturkan itu, kawasan airnya agak cetek, hanya separas pinggang. Jadi, tidak ada siapa pun yang dapat menunjukkan kehebatan atau skil berenang.


Aku adalah orang dewasa yang pertama memecahkan rekod. Dimana, aku dengan bersahaja turun ke dalam air dan terus membasahkan diri, dan terus berendam dalam kesejukan air sungai.


Sewaktu berendam itu, tiba - tiba sahaja isteri aku memanggil, dalam gelak ketawa dan keriuhan, baru aku tersedar, rupa - rupanya, acara makan - makan baru dimulakan. Maka, aku dengan bersahaja dalam keadaan pakaian aku yang basah, terus sahaja mengambil makanan dan aku bawa ke tepi benteng dan makan sambil kaki mencecah air sungai, terasa enak sekali.


Selepas itu, aku telah 'diarah dan dikerah' untuk membuka buah durian. Maklumlah, 'pakar' membelah durian tidak ada. Jadilah aku 'bidan terjun' yang diiktiraf secara rasmi.


Longgokan buah durian, rambutan, pulasan dan manggis menyebabkan aku termangu. Bila dihitung, rasanya, peserta yang hadir tidak akan mampu untuk menghabiskannya. Aku pula hanya 'menyentuh' beberapa biji buah rambutan sahaja.


Dan acara yang aku tunggu - tunggu, akhirnya tiba juga. Aku sebenarnya hendak melihat bagaimana Ustazah - ustazah KAFA ini mandi dalam air sungai... hahahaha .. jangan fikir lain ya !


Seorang demi seorang ustazah - ustazah ini masuk kedalam sungai. Dan akhirnya semua ustazah - ustazah ini berendam dan ada yang 'terus tenggelam' didalam sungai. Memang riuh suasana disitu.


Aku dan para suami hanya melihat dari kejauhan, dan dengan senyuman melihat telatah isteri masing - masing yang bermain air dan berendam didalam sungai. Sungguh riang dan gembira seperti 'dunia ini mereka yang punya.'


Paling aku tidak tahan bilamana, seorang ustazah mengusung pinggan yang penuh berisi buah durian, dan sepinggan lagi penuh berisi buah rambutan yang telah dikupas. Dan ustazah ini membawa kedua - dua pinggan itu untuk diberikan kepada rakan - rakan yang sedang berendam didalam air. Tiba - tiba sahaja pinggan berisi buah rambutan terjatuh ke dalam air. Maka menjerit rakan - rakan yang lain, sambil cuba merebut dan mengambil kembali buah - buah rambutan yang bergolek dan terapung didalam sungai.


Alhamdulillah, pesta atau perkelahan setengah hari itu berlangsung dengan penuh ceria dan meriah sekali.


Perhatian: OldNewCollection. Saya memberikan kebenaran untuk mengambil entri seperti yang dikehendaki.


Thursday, July 09, 2009

Sebutir Mutiara Kecil.


TERJEMAHAN MUQADDAM DAPAT SAMBUTAN








BUKU terbaru Karya Bestari bertajuk Terjemahan Muqaddam Juz Amma merupakan buku terbaru di pasaran dan kini mendapat sambutan hebat di Pesta Buku Alaf 21. Buku berwarna hijau ini mendapat sentuhan yang begitu istimewa daripada Ustaz Naib Mohammed Khalid, Muhammad Nazir Mohammed Khalid, Mohd Azim Sardan dan Kamal Rul Ariffin Awang.


Editor yang bertanggungjawab sepenuhnya dalam pembikinan Muqaddam, iaitu Norhayati Mat Kassim dan Norliza Salih berasa syukur kerana melalui penerangan tentang buku ini, pengunjung rasa terpanggil untuk memilikinya.


Alhamdulillah, jualan yang memberangsangkan sepanjang dua hari berlangsung jualan buku Alaf 21 walaupun pada mulanya, ada pengunjung agak sukar menerima keistimewaan buku ini. Lama-kelamaan apabila diterangkan satu per satu kaedah mempelajari buku ini, mereka sudah boleh faham dan terima.

Kiri: Norliza dan Norhayati


Saya syorkan buku ini perlu dimiliki oleh semua orang kerana susunan isi kandungan iaitu surah-surah dalam Muqaddam sangat sistematik, mudah baca dan lebih istimewanya pembaca boleh belajar bahasa Inggeris, mengeja jawi, bahasa Arab selain bahasa Malaysia dalam setiap surah,” kata Norhayati.


Norliza pula menambah, “Tanggapan pengunjung tentang Muqaddam ini iaitu buku ini sama dengan Muqaddam yang ada di kedai-kedai buku. Sebagai editor yang bertanggungjawab, bagi saya tidak sama. Kerana apa? Kerana surah-surah yang terdapat dalam Muqaddam diterjemah satu per satu dan ini membezakan Muqaddam yang ada di pasaran.


Yang dikatakan istimewanya ialah kita memahami setiap patah perkataan itu satu per satu dan mudah menghafalnya. Malah, surah-surah yang terdapat dalam Muqaddam merupakan surah yang lazim dibaca dalam sembahyang.”


Selain keistimewaan yang diperkatakan oleh kedua-dua editor ini, Muqaddam diterjemah secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid. Buku ini juga merupakan panduan mudah untuk mempelajari membaca dan memahami al-Quran. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya.


Dan, anda tidak perlu waswas kerana buku Muqaddam ini telah mendapat perakuan kesahihan daripada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM).


# Artikel diatas dipetik dari Laman Web ALAF 21 DENGAN IZIN.


Diruangan ini ingin dimaklumkan bahawa. Abang long mengambil peluang untuk menyebarluaskan kelebihan yang ada pada buku ini untuk kegunaan, fadhilat dan kepentingan seluruh umat Islam.


Maka, jika ada sesiapa yang berhasrat untuk memiliki buku ini, silalah berhubung dengan Abang Long. Bagi mereka yang menetap dikawasan Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Pandamaran, Bukit Tinggi. Maka penghantaran adalah PERCUMA !


Bagi yang ingin memiliki lebih dari sebuah, maka diskaun akan diberikan. Mengikut budi bicara.


Dan bagi yang berhajat untuk bersedekah, infak atau ingin menyumbangkan buku ini kepada surau, masjid, pejabat atau hendak diwakafkan kepada mana - mana pusat Tahfiz Al Quran - sekitar - Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Pandamaran, Bukit Tinggi, Pelabuhan Utara. Maka, sila berhubung dengan Abang Long. Abang Long akan membuat penghantaran secara PERCUMA.


Bagi Abang Long. Buku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam. Begitu bernilai ilmu didalamnya. Malahan kualiti kertas buku ini begitu tinggi.


Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jadikan Al Quran sebagai TEMAN SEJATI YANG MESRA.


Sila berhubung dengan Abang Long dengan mengirimkan emel ke -


mohamad.feroz@gmail.com


Friday, July 03, 2009

Terjemahan Muqaddam JUZ AMMA

Terjemahan Muqaddam JUZ AMMA.


Sebuah buku atau kitab terkini yang diterbitkan oleh KARYA BESTARI SDN. BHD. Sebuah kitab terjemahan kepada surah didalam Al Quran.


Surah yang dicetak begitu jelas dan terang. Kemudian diikuti dengan terjemahan didalam:


1 - BAHASA MELAYU.
2 - BAHASA INGGERIS.
3 - JAWI.


Dan diikuti dengan perkataan atau ayat yang ditulis satu persatu dan diikuti dengan nombor dibahagian bawah ayat itu untuk memudahkan pembaca mengikuti hukum tajwid.


Buku terjemahan ini begitu sesuai untuk semua golongan. Samada baru hendak membaca hinggalah kepada peringkat memahirkan pembacaan.


Diruangan ini ingin dimaklumkan bahawa. Abang long mengambil peluang untuk menyebarluaskan kelebihan yang ada pada buku ini untuk kegunaan, fadhilat dan kepentingan seluruh umat Islam.


Maka, jika ada sesiapa yang berhasrat untuk memiliki buku ini, silalah berhubung dengan Abang Long. Bagi mereka yang menetap dikawasan Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Pandamaran, Bukit Tinggi, Pelabuhan Utara. Maka penghantaran adalah PERCUMA !


Bagi yang ingin memiliki lebih dari sebuah, maka diskaun akan diberikan. Mengikut budi bicara.


Dan bagi yang berhajat untuk bersedekah, infak atau ingin menyumbangkan buku ini kepada surau, masjid, pejabat atau hendak diwakafkan kepada mana - mana pusat Tahfiz Al Quran sekitar - Klang, Pelabuhan Klang, Shah Alam, Pandamaran, Bukit Tinggi, Pelabuhan Utara. Maka, sila berhubung dengan Abang Long. Abang Long akan membuat penghantaran secara PERCUMA.


Bagi Abang Long. Buku ini perlu dimiliki oleh setiap umat Islam. Begitu bernilai ilmu didalamnya. Malahan kualiti kertas buku ini begitu tinggi.


Dari kajian yang telah dibuat selama beberapa hari ini. Ramai pembeli menyatakan kekaguman dengan ISI KANDUNGAN, KUALITI PRODUK (dimana kualiti kertas dan kulitnya begitu baik dan mempunyai ciri - ciri sebuah kitab yang mewah) dan ramai yang telah tersalah dalam meneka harganya. Dimana, pembeli mengagak harganya sekitar RM50 dan keatas.


Sedangkan hakikatnya, harganya cuma RM30 SAHAJA. Mempunyai sebanyak 296 halaman. Yang pasti semua orang berupaya memilikinya.


Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Jadikan Al Quran sebagai TEMAN SEJATI YANG MESRA.


Sila berhubung dengan Abang Long dengan mengirimkan emel ke -


mohamad.feroz@gmail.com



Petikan dari sumber Laman Web ALAF 21.

# Gambar foto disebelah disiarkan dengan IZIN dari pihak ALAF 21.


TERJEMAHAN MUQADDAM (Juz Amma) Secara Lafziyah (Melayu-Inggeris-Jawi) berserta tajwid merupakan sebuah buku panduan mudah untuk mempelajari cara membaca dan memahami al-Quran. Terjemahan yang dibuat di dalam buku ini merangkumi dua bahasa iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan tulisan jawi. Hukum tajwid yang dibincangkan disusun secara sistematik dan disertakan penerangan ringkas mengenainya.



Para pembaca yang ingin mendalami makna dan hukum tajwid adalah dinasihatkan untuk berguru dengan guru yang bertauliah dan menjadikan buku ini sebagai bahan rujukan bagi memudahkan proses pembelajaran. Buku ini juga telah mendapat perakuan kesahihan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).