Gambar Foto.
Andainya tersalah maklumat, terlebih dahulu aku memohon maaf. Ceritanya mudah, aku mengambil gambar dalam ruangan solat di Masjid Sultan Salahuddin atau lebih dikenali sebagai Masjid Negeri Selangor. Dan aku ditegur supaya tidak mengambil gambar dalam kawasan atau ruangan untuk bersolat.
Pihak keselamatan mengarahkan supaya aku tidak mengambil gambar didalam ruangan solat. Aku akur dengan arahan itu. Bila aku memerhatikan keadaan sekililing, barulah aku perasan, memang ada papan tanda amaran tidak dibenarkan untuk mengambil gambar.
Seingat aku, tiada larangan untuk mengambil gambar didalam kawasan solat di Masjid Negara, mahupun didalam kawasan Masjid Putrajaya.
Malahan, kelihatan ramai pelancong yang bergambar dan berposing di pelbagai sudut didalam kawasan masjid tanpa sebarang sekatan. Cumanya, bagi jemaah wanita, mereka diarahkan untuk berpakaian menutup aurat.
Aku tidak pasti kenapa ada arahan dan peraturan yang berbeza dalam hal ini. Sedangkan aku pernah bertanya kepada beberapa orang ulamak, dimana mereka menyatakan bahawa tiada arahan ataupun larangan dari segi agama untuk mengambil gambar didalam masjid.
Malahan, aku merasakan bahawa alangkah bagusnya jika kita boleh bergambar dan berposing didalam masjid.
# Blog Abang Long akan mengalami tsunami tidak berapa lama lagi. Mohon maaf atas segala kekurangan. Harap maklum. 30
# Blog Abang Long akan mengalami tsunami tidak berapa lama lagi. Mohon maaf atas segala kekurangan. Harap maklum. 30