Malu pakai ... tuala
Sewaktu aku sedang duduk disebuah kerusi panjang di bangunan PKNS. Menghadap Taman Tasek Shah Alam. Tiba - tiba sahaja seorang sahabat penulis blog bertanya kepada aku satu soalan yang menyebabkan aku tidak tertahan untuk ketawa. Aku rasa, selama ini tidak pernah orang memperkatakan tentang perkara ini, walaupun hakikatnya, aku 'rasa' memang ada berlaku.
Soalannya mudah "Abang long rasa, ada tak orang yang menggunakan PC atau komputer riba dengan hanya memakai tuala ?"
Aku dengan spontan menjawab "ada."
Dan soalan yang sama aku sengaja hendak tujukan kepada pengunjung blog ini. Tidak perlu merasa malu. Ini bukan perbuatan kurang sopan atau terlarang atau terlampau. Lagipun, berkemungkinan besar, PC atau komputer riba berada didalam bilik tidur.
Dan, anda juga tidak dipaksa rela untuk menjawab. Sekadar tersenyum sendirian pun dikira memadai.
Yalah, didalam bilik tidur. Terpulang kepada individu hendak pakai apa pun.
15 comments:
Salam... saya setuju dgn pandangan tersebut. Namun kita juga harus sedar yg ada "mata ghaib" yg melihat kita setiap masa.
biarlah kita tak malu pada diri sendiri, namun malulah pada mata yg setia memerhati kita setiap masa. sama ada siang atau pun malam.
biar lah perasaan malu itu menjadikan kita berdisplin dalam apa pun tindakan dan perlakuan kita.
pelan pelan
angkat tangan
hi hi hi
tak penah..sbb menggunakan dekstop, di ruang tamu pula! :D
stakat ni belum lg sbb berinternet kat opis. hehe
tak pernah kot sebab sejuk tu.. bilik ni aircond.. kalau bertowel, mau beku duduk sini hehehh..
Teropong byk...
CCTV merata-rata..
mcm kt zulsa tuu, mata ghaib pun ada.
....hahaha kan dh ada yg ngaku guna com pej.tak baik tau
Mengadap komputer ketika lengkap berpakaian. Kalau dah bertuala tu, tak kuasa nak sentuh komputer lagi. Kena agihkan masa tertentu untuk mengadap komputer ini.
Uii.. pokcik salu menaip pakai kain pelikat.. kadang2 berkemban je.. hik hik.
skrang HP pun leh jd PC so leh bawak kemana saja..
alahai...kalu kt umah biasa le brsantai gaya bebas..asal kita selesa...
Biasalah jugak camtu tu , nak-nak masa duk rumah sorang ..hehehe.
Adinda Long... mengadap Laptop dengan hanya memakai tuala tu... biasa ler... dah laptop boleh di bawa ke mana-mana kan?...Nak pulak laptop yang bersaiz kecil sahaja!... asal jangan tersimbah air pulak, sudahlah!... hehehe....
....dah tegar sangat lah tu abang Long....
Baik-baik...pasti keringkan badan dulu...
takut kena renjatan elektrik pulak naniiii
Abang Long...jawapannya ADA...
tapi bukan akak tau...anak akak si Fareez tu...hehehe
*ihks*.. malulah** hehehe...
Post a Comment