Fenomena SUNAN MUSAFIR.
Alhamdulillah, sepanjang tempoh tawaran yang bermula dari 7hb April. Pihak KELABRAM telah menerima hampir 1,000 tempahan awal untuk novel SUNAN MUSAFIR. Ini merupakan satu rekod bagi kelab.
Hampir setiap hari aku memproses permohonan untuk mendapatkan novel SUNAN MUSAFIR. Dan dari kemaskini data yang diperolehi, didapati peminat RAMLEE AWANG MURSHID yang berasal dari Sabah dan Sarawak mendominasi permintaan atau tempahan novel ini.
Kali ini aku ditugaskan untuk mengawal selia pengedaran novel SUNAN MUSAFIR. Satu tugasan atau amanah yang agak berat untuk dilaksanakan. Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.
Entri ini perlu dimasukkan demi untuk memberikan makluman kepada semua pembeli yang telah membuat tempahan awal dengan pihak KELABRAM.
Sejak dari awal lagi peminat RAM telah teruja dengan novel SUNAN MUSAFIR - Thriller Fiksyen. Antara soalan yang paling banyak kami terima ialah - 'Bilakah Sunan Musafir akan diterbitkan?'
Akibat dari fenomena yang melanda ini, maka ombak tsunami juga melanda FB milik KELABRAM dan laman web kelab. Begitu ramai yang teruja dan bersemangat tinggi untuk mendapatkan novel ini hingga ada yang mendapat berita dari cuma satu sumber sahaja.
Begitu juga ada yang mendapat berita dari mulut ke mulut sahaja tanpa merujuk kepada sumber yang sah. Agak malang bilamana ada pembeli yang seolah - oleh sudah hilang perasaan sabar hingga melontarkan ayat ayat yang tajam dan pedih kepada ADMIN.
Walaupun penerangan demi penerangan telah diberikan dan maklumat telah disampaikan dengan bahasa paling mudah, namun masih terdapat segelintir pembeli yang masih mempersoalkan kecekapan dan kemampuan ADMIN KELABRAM.
Antara soalan yang paling popular ialah. "Kawan saya sudah mendapat novel ini di PWTC, kenapa saya yang membuat TEMPAHAN AWAL masih lagi terpaksa menunggu ... sorry to say, I memang tak puas hati!"
Untuk makluman semua. Novel yang dijual didalam dewan sewaktu PBAKL 2012 yang lalu adalah Edisi Khas Kulit Keras dan CETAKAN TERHAD dan Eksklusif. Novel itu dicetak sebanyak 1,000 naskah sahaja. Sementara itu, sebaik sahaja novel itu habis bagai 'goreng pisang panas'. Maka pihak penerbit telah mencetak Edisi Biasa Kulit Lembut', juga dalam lingkungan 1,000 naskah sahaja. Dan penjualan itu adalah TERHAD. Dimana seorang pembeli HANYA boleh membeli 2 naskah setiap seorang.
Terbitan atau cetakan oleh penerbit adalah - 'DILUAR BIDANG & KAWALAN KELAB.'
# Pihak KELABRAM hanya mengawal selia dan memudahkan pembelian novel bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk datang ke PBAKL 2012. Dan pembelian novel melalui KELABRAM adalah Eksklusif kerana akan mendapat tandatangan RAMLEE AWANG MURSHID.
Ramai yang mengajukan soalan dan soalan yang paling banyak kami terima ialah:
"Bilakah kami akan mendapat novel SUNAN MUSAFIR?"
"Bilakah pihak tuan akan pos novel ?"
"Kenapa diambil terlalu lama untuk pos?"
Dan banyak lagi soalan yang hampir sama.
Maka disini saya maklumkan sekali lagi, walaupun berita yang sama telah tersiar didalam FB Kelabram.
[ Sumber dari pihak Kumpulan Karangkraf Sendirian Berhad sebagai pencetak dan penerbit novel SUNAN MUSAFIR. Novel ini akan secara rasmi masuk giliran untuk proses cetakan selepas 21hb Mei 2012. Novel SUNAN MUSAFIR adalah termasuk didalam promosi untuk bulan Jun 2012]. Harap maklum.
Maka adalah diharapkan kepada pembeli awal novel ini agar dapat bersabar menantikan 'kelahiran rasmi' novel ini.
Segala maklumat dan biodata rasmi pembeli telah dikemaskini. Hanya menunggu CETAKAN RASMI oleh penebit selepas 21hb Mei ini. Dan sebaik dicetak dan dikeluarkan dari kilang, pihak KELABRAM akan terus 'menyambar' novel ini untuk dibawa kepada RAMLEE AWANG MURSHID untuk tandatangan rasmi dan sejurus itu juga maka urusan penghantaran akan dilakukan.
Diharap dengan berita makluman ini, pembeli akan memahami situasi sebenar menjelang kelahiran SUNAN MUSAFIR.
TERIMA KASIH atas SOKONGAN ANDA - RAMians.