SETIA HUJUNG NYAWA. Sedang hangat dipasaran !
Hasil karya FATIN NABILA. Antara koleksi karya beliau ialah:
» Bahagia Kasihmu
» Dakapan Rindu
» Di Sisimu Aku
» Setia Hujung Nyawa (Divisualkan menjadi drama).
» Syurga Di Hati
Mudah untuk mendapatkannya. Kirimkan emel ke alamat: mohamad.feroz68@gmail.com.
Taipkan tajuk: ORDER NOVEL FATIN NABILA.
Dapatkan diskaun menarik -
Klik
FATIN NABILA.
NOVELIS » FATIN NABILA
-
Mengenai Penulis:
Fatin Nabila dilahirkan pada 27 Februari 1980. Anak pertama
daripada dua beradik ini merupakan anak jati Terengganu yang amat
meminati bidang penulisan. Sejak sekolah rendah lagi Fatin sudah
berjinak-jinak dalam bidang yang digemarinya ini. Begitupun, bekas
pelajar Sekolah Menengah Merchang ini tidak pernah menyimpan hasrat
untuk bergelar penulis kerana cita-citanya lebih menjurus pada bidang
kewartawanan. Namun, percubaan ‘suka-suka’nya membuahkan hasil apabila
cerpen pertamanya yang berjudul Meniti Titian Kasih disiarkan di dalam
akhbar Bacaria sewaktu beliau berusia 17 tahun. Bermula dari situlah,
Fatin mula aktif berkarya. Selain novel, Fatin juga aktif menghasilkan
sajak, cerpen dan pelbagai genre lagi. Beliau berazam mahu menjadi
seorang penulis yang disegani dan mampu mendekatkan dirinya dengan
golongan pembaca melalui tulisan-tulisannya. Novel DAKAPAN RINDU, karya
pertamanya bersama Alaf 21 diharapkan dapat memberi hiburan bermakna dan
buah fikiran seadanya kepada mereka yang gemar membaca kisah-kisah
percintaan.
Bahagia Kasihmu
SINOPSIS:
DIBURU masa silam, Tasnim sentiasa kegelisahan. Kepahitan semalam
mendera perasaan. Terus, dia tidak berani mencintai. Jauh sekali
membiarkan dirinya dicintai. Dia sentiasa sedar di mana dia berpijak. Di
penjuru mana dia berdiri.
Kemunculan Zarul, memang tidak
diduga. Tanpa sedar, lelaki itu menjadi watak penting dalam
hari-harinya. Dia seolah terikat dengan Zarul. Ingin menjauh, tetapi
makin dekat pula jadinya. Dalam diam, sedetik rasa mula bertunas dalam
jiwanya.
“Awak adalah perempuan yang berjaya membuka pintu hati
saya. Siapa pun awak sebelum ini, saya tak kisah.Izinkan saya
bahagiakan awak.”
Tasnim terkedu. Pertemuan mereka tidak pernah
dirancang. Perkenalan mereka tanpa salam. Lalu, semudah itukah dia
melafazkan kata cinta?
Kata pujangga, apabila hati disimbahi
cahaya cinta, sinarnya akan dapat dibaca pada seri wajah. Begitulah
hebatnya kuasa cinta. Jadi, wajarkah dia menolak hakikat sebuah
kehidupan?
Hakikatnya, cinta itu permulaan sebuah derita.
Dibayar de-ngan air mata sekalipun belum tentu mendatangkan bahagia
sekelip mata.
Pergilah cinta, andai itu mampu mengembalikan
kebahagiaan. Biarkan sahaja bahagia kasih itu berlalu, andainya itulah
harga sebuah kepahitan yang perlu dibayar. Biarlah rindu ini terus
tersimpan dalam lipatan memori cinta.
################################################################
Dakapan Rindu
SINOPSIS:
Cerita yang membuai perasaan anda ini mampu membawa anda menyelami
kisah seorang gadis bernama Suraya yang dihina dan dicaci oleh kakak
sendiri.
Dalam diam, dia bercinta dengan seorang pemuda bernama
Ezhar tanpa diketahui oleh ayahnya yang menentang keras anak-anak
bercinta ketika masih belajar. Namun, untuk mengejar cita-cita Suraya
merelakan pemergian Ezhar ke luar negara yang ingin melanjutkan
pelajaran.
Bulan berganti tahun, namun dia tidak mendengar
khabar berita dari lelaki itu. Dia akhirnya terpaksa menurut keputusan
ayahnya yang ingin menjodohkannya dengan Norman walaupun hatinya masih
menunggu kepulangan Ezhar.
Haruskah dia terus berlaku setia
andai diri seolah dipersiakan? Haruskah dia membutakan mata dan hati,
mengharap pada yang tidak pasti? Tergamakkah dia meleraikan janji yang
ditaburi sendiri? Di mana pendiriannya?
Dia perlu yakin pada kata hati! Yang pasti, dia tidak mahu tewas untuk kesekian kalinya!
####################################################################
Di Sisimu Aku
SINOPSIS:
SEJAK kecil Aman dan Qeena rapat ibarat kawan baik. Namun kemunculan
Zeyra menggugat kemesraan mereka. Aman bagai terlupakan Qeena dek pesona
kecantikan Zeyra. Hati Qeena hangus terbakar. Akhirnya, dia mengalah
dan pergi membawa diri. Dia rela dibenci, dia juga sanggup disalah erti.
Aman tercari-cari bayangan Qeena. Dulu ada di depan mata, gadis itu
sering disakiti. Kini bila hilang, dia nanar sendiri. Tapi Aman ego! Dia
tidak berusaha untuk mencari. Padanya, biar masa yang menentukan, Zeyra
atau Qeena yang jadi miliknya! Tapi, jauh di sudut hatinya ada ruang
kosong yang tertinggal.
Pertemuan kedua dengan Aman terjadi
tanpa dipinta. Ada rindu dan benci yang cuba Qeena rungkaikan. Namun,
dendam dan amarah Zeyra melukakan hatinya sekali lagi. Kalau benar Aman
milik Zeyra, biarlah dia terima lelaki lain sebagai pengganti biarpun
tanpa rasa cinta!
##################################################################
Syurga Di Hati
SINOPSIS:
AKIBAT mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri
perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda
menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing yang
masih terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya,
sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga
mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mereka. Krisis
demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya
membawa kepada perpisahan.
Berbulan lamanya Ariff menghilang
tanpa pesan. Tiada isteri yang menemani dan berkongsi suka dukanya. Dia
hanya pulang apabila mendapat tahu keadaan isterinya yang sarat
mengandung. Sekali lagi kesabarannya teruji apabila terpaksa berdepan
dengan cacimaki mertuanya bila dituduh suami yang tidak bertanggungjawab
dan mementingkan diri.
Sebagai lelaki, Ariff mempunyai dua
pilihan. Mengenepikan ma ruah dan egonya demi sebuah kehidupan rumah
tangga yang bahagia ataupun melupakan terus alam indah berkeluarga yang
terlalu banyak likunya.
#################################################################
Setia Hujung Nyawa
SINOPSIS:
Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu
menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut
mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani,
hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran
untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah
keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak
mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.
Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu
baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat
menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia
belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya.
Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum
biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang
dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa
pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.