Friday, October 19, 2012

AURA AS - SYIFA'

Assalamu'alaikum dan salam hormat buat semua sahabatku yang dirahmati Allah. Didoakan semoga para sahabat dan famili sentiasa mendapat kasih sayang, rahmat dan perlindungan serta limpahan rezeki yang barakah dari Allah. AMIN.

Kini, Abang Long menjadi PENGEDAR buku agama, motivasi, dan novel bagi terbitan KUMPULAN KARANGKRAF Sdn Bhd.

Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan buku dan novel terbitan KKSB,  sila hubungi Abang Long.

Melalui AR RAZI NETWORK -  Urusan Pembelian Anda Dipermudahkan.

Dibawah ini adalah produk terbaru yang sedang hangat dipasaran. Para sahabat dan pelanggan boleh mendapatkannya dengan menghubungi Abang Long samada melalui FB Abang Long, Emel:  mohamad.feroz@gmail.com  atau hubungi terus -  019 2254910.

Boleh rujuk buku, novel atau lain - lain produk di AR RAZI NETWORK

TERIMA KASIH.

HANIFF AS-SYIFA'

Search results|AURA AS-SYIFA'


Price:RM12.00
Mandian Penyembuh Aura diri ~HANIFF As-Syifa'.
Penawar Penyembuhan dan terapi AURA As-Syifa dengan kaedah rawatan islam.




Kelebihan Terapi Terlengkap Aura As-Syifa' ~HANIFF antaranya
InsyaAllah, ikhtiar ini dengan izin Allah SWT , membantu anda:
Mencantikkan aura diri walaupun dengan mandian kali  pertama. Pengamalan berterusan akan mengeluarkan pelbagai racun tubuh dan merangsang proses detox (buang toksin) yang akan menyihatkan kembali badan anda.



Rasa ceria akan kembali. Banyak perkara positif akan muncul nanti setelah aura anda dibersihkan. Badan anda akan bertambah sihat. Minda anda akan semakin bagus.
  • Mandian ini turut dikuatkan dengan doa-doa pembangkit gelombang tubuh untuk penyembuhan, kecantikan aura (nur) diri agar pulih semangat diri,kerezkian, 7 gelombang hizib terpilih yang kekuatan perlindungan diri selepas rawatan, pencegahan dari terkena pelbagai perkara negatif dan jahat, penghancuran unsur negatif yang menyerang, kebesaran dan kemuliaan diri dengan izin Allah. Membangkit rasa ketenangan selepas rawatan. InsyaAllah semoga bermanfaat.
  • Fungsinya juga Menghilangkan Stress,  Mengaktifkan aliran tenaga badan anda, Membantu proses penyembuhan badan. Amat digalakkan bagi sesiapa yang ada penyakit mahupun mengalami lemah badan,silakan buat mandian aura ini.
  • Mempertahankan keremajaan kulit, ia malah mencantikkan kulit pula dengan kadar serapan mineralnya yang tinggi memberi keseimbangan Ph dan zat zat pada kulit anda.
  • Merawat masalah kulit.
  • Meningkatkan kualiti tidur (terbukti walau mandian kali pertama!).
  • Meningkatkan oksigen dalam badan,sekaligus mempunyai fungsi membuang toksin merbahaya dalam badan anda. Bukan sahaja toksin malah pelbagai tenaga (energy/ion/sel) jahat yang bersarang di dalam badan anda. Itulah yang menyebabkan hidup anda selalu tidak sihat.
  • Meningkatkan sistem kekebalan tubuh melawan virus,sel merbahaya dan penyakit. Bagus untuk mereka yang ingin cepatkan kesembuhan badan.
  • Meningkatkan sistem metabolisma badan. Melancarkan perjalanan darah (amal rendaman kaki),membantu mempercepatkan pengeluaran toksin dan cas bahaya badan. Selepas pengeluaran toksin, badan akan terasa segar setiap kali mandian.
  • Menyah keluar unsur-unsur negatif dari tubuh, menghindar dari kejahatan makhluk halus ,sihir, Meluntur santau dan pelbagai masalah fizikal dan spiritual.
  •  Di barat ia dipanggil Sole Bath,berbeza dengan mandian biasa yang mengeringkan kulit,mandian aura Haniff sebenarnya mengekalkan kelembapan (natural moisturizer),(mengikat molekul air secara halus/mikro) selepas mandi di atas lapisan kulit. Mandian ini akan menggalakkan kuasa pemulihan dan penyembuhan semulajadi badan. Cubalah hari ini!
    Rasakan kesan penyembuhan diri anda. Aura anda akan semakin cantik, anda semakin positif, hidup anda semakin gembira. Banyak perkara positif akan berlaku dalam hidup anda. InsyaAllah.

    Tindakan anda hari ini adalah penentu sinar hidup pada esok hari.

    WARNA AURA MANUSIA. Orang yang bersemangat,ceria itu auranya terang dan kuat.




    Manfaat Mandian Aura untuk kulit bermasalah 
    Gambar contoh kulit bermasalah. Atasinya dengan HANIFF Assyifa'.InsyaAllah.
  •  Bahan utama mandian aura HANIFF iaitu garam himalaya adalah salah satu rawatan yang paling berkesan dan murah untuk apa-apa jangkitan kulit. Ia berfungsi pada kulit dengan mengeluarkan toksin. Juga, mineral yg banyak terdapat dalam garam kristal Himalaya juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan kulit yang sihat. Antara mineral yang terdapat dalam garam Himalaya yang menggalakkan kesihatan kulit adalah seperti berikut: 
  • Kromium - Melawan jerawat dan mengurangkan jangkitan kulit.
  • Zink - membantu dalam penyembuhan tisu-tisu dan membantu mencegah parut. Ia membantu mencegah jerawat dengan mengawal selia aktiviti kelenjar minyak . Zink juga menggalakkan sistem imun yang sihat dan penyembuhan luka.
  • Iodin - membantu dalam penyembuhan jangkitan kulit oleh penggunaan oksigen yang semakin meningkat dan kadar metabolisme kulit. 
  • Sulfur - mengekalkan kulit yang jelas dan lancar . Scalps kering, ruam, ekzema dan jerawat sering disebabkan oleh kekurangan mineral ini. Jadi,jika anda ada masalah kulit,cuba kaedah terapi garam HANIFF ini. Buatlah mandian, sapu sikit pada kulit yang bermasalah dan biarkan ia kering. Akhiri dengan minum campuran 7 biji garam HANIFF ke segelas air. InsyaAllah,semoga anda sembuh.


*Cara kegunaan produk HANIFF ada dibawah. Scroll ke bawah....
*Cara kegunaan produk HANIFF ada dibawah. Scroll ke bawah....

~Mandian Aura Pemulihan diri~
HANIFF As-Syifa'~
Satu ikhtiar Kesembuhan Rohani dan Jasmani melalui Terapi Mandian Aura 



*HANIFF juga boleh dijadikan air penawar keracunan, Menghilangkan bakteria mulut (kumuran) dan membuang toksin (detox) pada badan.
Renungkan firman ALLAH SWT di dalam Al-Quran...
يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
‎"Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman"(Surah Yunus : 57 ). 

Lagi firman ALLAH SWT di dalam Al-Quran...
سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الْآفَاقِ وَفِي أَنفُسِهِمْ حَتَّىٰ يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ ۗ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ


‎"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?" (Surah Fussilat : 53)
  


FATWA ULAMA'
Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin menegaskan dalam Majmu’ Fatwa-nya hal.67-68, bahawa sebab yang Allah ciptakan untuk penyembuhan suatu penyakit ada dua bentuk.


[1] Sebab-sebab yang syar’i, aitu dengan membacakan ruqyah (pengubatan dengan bacaan Al-Qur’an) seperti yang dicontohkan Nabi SAW, dengan berdoa kepada Allah dll.
[2] Sebab-sebab ‘hissiah’ (kongkrit), seperti ubat-ubatan yang dikenal dalam syari’at (madu dll). Atau ubat-ubatan yang diolah berdasarkan pengalaman dan penyelidikan ilmiah yang dapat memberikan pengaruh nyata, bukan sekadar cadangan atau khayalan.

~Mandian Aura Pemulihan diri~
HANIFF As-Syifa'
Satu ikhtiar Kesembuhan Rohani dan Jasmani melalui Terapi Mandian Aura 

*HANIFF juga boleh dijadikan air penawar keracunan, Menghilangkan bakteria mulut (kumuran) dan membuang toksin (detox) pada badan.

Kelebihan Terapi Terlengkap Aura As-Syifa' ~HANIFF antaranya
InsyaAllah, ikhtiar ini dengan izin Allah SWT , membantu anda:
Mencantikkan aura diri walaupun dengan mandian kali  pertama. Pengamalan berterusan akan mengeluarkan pelbagai racun tubuh dan merangsang proses detox (buang toksin) yang akan menyihatkan kembali badan anda.
Dikuatkan dengan doa-doa pembangkit gelombang tubuh untuk penyembuhan, kecantikan aura (nur) diri agar pulih semangat diri,kerezkian, 7 gelombang hizib terpilih yang kekuatan perlindungan diri selepas rawatan, pencegahan dari terkena pelbagai perkara negatif dan jahat, penghancuran unsur negatif yang menyerang, kebesaran dan kemuliaan diri dengan izin Allah. Membangkit rasa ketenangan selepas rawatan. InsyaAllah semoga bermanfaat.

Rasakan kesan penyembuhan diri anda. Aura anda akan semakin cantik, anda semakin positif, hidup anda semakin gembira. Banyak perkara positif akan berlaku dalam hidup anda. InsyaAllah.

Tindakan anda hari ini adalah penentu sinar hidup pada esok hari.




  • Cubalah hari ini! Rasakan kesan penyembuhan diri anda. Aura anda akan semakin cantik, anda semakin positif, hidup anda semakin gembira. Banyak perkara positif akan berlaku dalam hidup anda. InsyaAllah.
KAJIAN SAINS di EROPAH
Penulis buku Water & Salt: The Essence of Life, Dr Barbara Hendel , yang belajar perubatan di Universiti Ludwig-Maximilian di Munich, Jerman, menjadi terpesona dengan kualiti yang ada pada ramuan garam pergunungan Himalaya ( kami gunakan dalam pembuatan produk HANIFF) , dan memulakan kajian terperinci ke dalamnya untuk kegunaan dalam amalan kesihatan holistik.

Apabila garam kristal gunung ini dilihat di bawah mikroskop, corak tenaga dan daya hidup di dalamnya jelas kelihatan . Kajian menunjukkan dalam harmoni dengan undang-undang fizik, tenaga hidup ini apabila dipindahkan kepada pengguna garam pergunungan Himalaya ( kami gunakan dalam pembuatan produk HANIFF), telah meningkatkan daya hidup mereka dan memberi manfaat kepada setiap sistem badan dengan membolehkan mereka menjalankan beribu-ribu bio-proses yang memerlukan tenaga seperti itu.  Himalayan Crystal Salt digunakan adalah garam kristal gred yang paling tulen dan paling tinggi. Kristal garam Himalaya terbentuk lebih daripada 250 juta tahun di bawah tekanan yang besar, matang tanpa pendedahan kepada bahan pencemar dari persekitaran. Dari masa ke masa, tenaga garam Himalaya membina, membentuk struktur kristal dengan kepekatan yang tinggi berkuat kuasa tenaga hayat.

Garam Kristal Himalaya yang digunakan oleh kami dengan teliti dituai dengan tangan (tanpa bahan letupan & jentera berat atau buruh kanak-kanak) untuk memelihara daya hidup dalam garam ini.

SAINS GARAM KRISTAL HIMALAYA
Apabila Garam Kristal Himalaya dicairkan dalam air perkara yang paling luar biasa berlaku. Ion positif garam Himalaya mengelilingi ion negatif molekul air dan ion negatif garam Himalaya mengelilingi ion positif molekul air. Air dan ion Garam Himalaya Crystal menjadi dihidrolisis. Dalam proses ini struktur geometri garam Himalaya dan air berubah dan struktur yang sama sekali baru dibentuk. Air tidak lagi air dan garam Himalaya tidak garam lagi. Ia menjadi tonik mustajab yg bertenaga dan sedia untuk diminum untuk penyembuhan badan. InsyaAllah.


MANFAAT BUANG TOKSIN
MELALUI  RENDAMAN KAKI

Rendaman kaki dengan satu sudu Haniff Assyifa'
Tubuh kita mempunyai sistem detoksifikasi secara semulajadi, pengeluaran racun melalui peluh, pembuangan air besar dan pernafasan. Namun faktor luaran seperti pencemaran alam sekitar, stres, diet yang tidak sihat, pemakanan, gaya hidup yang tidak aktif, terlalu sering menggunakan ubat-ubatan mampu meracuni sel tubuh badan kita. Racun ini bakal terus-menerus melumpuhkan sistem kekebalan tubuh kita. Sementara itu, akumulasi toksin didalam sistem organ kita kian bertambah.
Semakin lama, toksin menjadi beban kepada tubuh sehingga boleh memudaratkan sistem organ. Inilah punca pelbagai penyakit. Oleh kerana itu proses detoksifikasi adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita. Salah satu cara yang dapat membantu proses detoksifikasi dengan mudah dan berkesan adalah dengan menggunakan kaedah rendaman kaki garam Haniff Assyifa'. 




               
*CARA PENGGUNAAN DIBERIKAN SEKALI DALAM PEK PRODUK.

Terapi AURA Kaedah Mandian HANIFF

Mandian
- Masukkan 1 sudu makan Garam Kristal Haniff ke dalam 1 Baldi air atau Tab Mandi.
- Bismillah (dalam hati) dan niatkan hajat diri pada Allah.  Boleh saja apa apa hajat, minta pada Allah: 
"Ya Allah jadikanlah ikhtiarku ini sebagai asbab kecantikan aura diriku, penyembuhan rohani dan jasmaniku. Amin."
- Gunakan sebagai bilasan terakhir ketika mandi. Biarkan seketika sebelum dilap dengen tuala. Seeloknya selepas mandian , minum air penawar yang telah disediakan.

Kaedah Rendaman Kaki HANIFF
Rendaman kaki
Bismillah, selawat dan niatkan hajat diri pada Allah.
Masukkan satu sudu makan Garam Kristal Haniff ke dalam satu bekas, Gunakan air suam dan rendam kaki anda selama 20 -30 minit sehingga air sejuk. Seeloknya selepas mandian ,minum air penawar yang telah disediakan.
~Kaedah ini bagus untuk menghilangkan stress, menenangkan minda, melancarkan darah, membuang toksin dalam badan. Bagus untuk pesakit yang mengalami masalah kaki,masalah kebas, masalah kulit juga.

Menyediakan AIR Penawar HANIFF As-Syifa'
Minuman 
Selepas mandian atau rendaman kaki, eloklah minum air penawar untuk menyegarkan badan. Kaedahnya ialah:
Bismillah, Selawat dan niatkan hajat diri untuk kesembuhan zahir dan batin pada Allah.
Pilih dan masukkan 7 biji garam Haniff kedalam segelas air atau sebotol 500ml air. Kacau hingga agak larut dan minum.

PETUA Extra kegunaan HANIFF
Tips Extra!
-Diwaktu pagi setelah bangun tidur, Ambil 7 biji, rendam dalam sedikit air.
dan gunakan air tersebut untuk berkumur kumur bagi mematikan kuman didalam mulut.
Bagus juga untuk mereka yang ada masalah mulut berbau. Amalkan secara kerap.
PETUA Extra kegunaan HANIFF
Tips Extra!
-Bagi mengatasi masalah sukar tidur, amalkan kaedah rendaman kaki dengan HANIFF. Amalkan secara kerap.


TESTIMONI PENGGUNA MANDIAN HANIFF




TESTIMONI FACEBOOK
 
 





 
~insyaAllah, hantarkan testimoni anda juga!




Wednesday, August 01, 2012

AIR SUNGAI KLANG mengalir lesu dan keruh...


Umat Islam telah memasuki fasa kedua bulan puasa Ramadhan Al Mubarak. Alhamdulillah.


Ini adalah entri yang amat genting.  Setelah 5 tahun Abang Long bersabar.  Ramai yang berkata jangan mengeluh dan merintih kepada manusia,  mengadulah terus kepada Allah Yang Maha Mencipta – YA, Abang Long amat bersetuju.  Dan itulah yang dilakukan selama ini.


Sejak 5 tahun hilang pekerjaan dan hilang sumber pendapatan. Ya,  kami sekeluarga memang bersabar dengan penuh kepayahan. Walaupun getir kehidupan ini,  namun kami terus bertahan.


Sejak 5 tahun menghadapi kesakitan yang tidak dikenalpasti oleh pakar perubatan moden.  Ya,  kami terus bersabar menahan derita.  Walaupun sukar namun diharungi juga,  dan kami terus bertahan.


Sejak 5 tahun ini,  anak Abang Long yang paling kecil tidak pernah melihat ayahnya pergi kerja tetap.  Sering berada dirumah. 


Sejak 5 tahun menganggur.  Setiap kali anak – anak memerlukan sesuatu,  ayat yang paling popular ialah  “Kalau abah ada duit,  tolong belikan roti,  tiap malam abang lapar …”  itulah ayat yang sering diluahkan oleh anak sulung yang sedang belajar di madrasah tahfiz.


Dan sejak 5 tahun inilah.  Abang Long tidak pernah terlepas dari bangun malam untuk merayu, mengadu,  merintih dan memohon, meminta dan penuh mengharap kepada Allah Yang Maha Esa.


Abang Long berusaha. Berdoa. Bertawakal. Berikhtiar. Berselawat. Dan aku lakukan apa sahaja amalan ‘pembuka pintu rezeki’  dan ‘doa elak bala’.


Tetapi … yang paling Abang long tidak mampu menghadapi ialah.  Setiap kali pergi berubat.  Dari puluhan insan yang berupaya merawat.  Jawapan yang diperolehi adalah sama.  “Ada HALANGAN pada diri saudara … perbanyakkan amalan dan bersabarlah.”


Buat para sahabat yang mengenali diri Abang Long. Sesungguhnya inilah kali pertama dalam sejarah,  Abang long terpaksa membuka pekung diri sendiri.  Ya,  Abang long mencatatkan kisah dengan linangan air mata yang mengalir tanpa henti. Ya,  sengaja Abang Long biarkan air mata itu mengalir deras.  Biarkan ….


Setelah 5 tahun memikirkan semasak – masaknya. Kini, Abang Long nekad bercerita.  Sudah hilang rasa malu.  Jika Abang Long tidak bercerita dan merayu.  Maka,  orang tidak akan tahu kisah sebenar.  Sedangkan Abang Long sudah tidak mampu menghadapinya lagi.


Bagaimana sahabat yang budiman hendak membantu,  jika mereka tidak tahu kisah sebenar ?


Ramadhan kali ini.  Sama seperti Ramadhan 5 tahun ini.  Abang Long berusaha lebih gigih.  Mempromosikan produk sendiri – DADIH AR RAZI. 

Sehingga hari ke 12.  Hanya ada 2 tempahan yang tiba. 

Begitu juga dengan lain lain produk.  Langsung tiada permintaan.

Abang Long mendapat tempat untuk berniaga ehsan seorang sahabat.  Hanya 10 bekas dadih yang terjual.


Dari sudut bisnes.  Langsung tiada keuntungan.  Malahan rugi.  Ya,  HALANGAN itu terlalu kuat !

Kini,  Abang Long sedang terkial – kial untuk mencari sedikit wang bagi membayar zakat fitrah untuk seramai 7 orang tanggungan. 

Ya Allah,  berikanlah aku kekuatan untuk menghabiskan ayat ini,  sedangkan air mata lelaki terus mengalir ….


Temuduga ?  Usah dikira dan usah ditanya.  Memang Abang Long tidak akan menghadiri sebarang temuduga lagi.  Sudah beratus tempat ditemuduga.  Yang pasti,  Abang Long sudah tidak mampu untuk membayar duit gambar foto. Dan setiap kali,  jawapannya hanyalah satu – GAGAL !


Kini,  terpulang kepada para sahabat.  Tidak perlu melihat jauh penderitaan ke Palestin. Somalia. Afghanistan. Abang Long hanya tinggal di -  Klang, Selangor, Malaysia.


Disaat umat Islam sedang hebat beramal.  Dan insyaAllah,  sedang menghitung hari untuk menyambut HARI LEBARAN.  Yang pasti,  Abang Long sekeluarga hanya mampu berdoa semoga wang kami cukup untuk menghadapi -  Hari Pertama Persekolahan 2013 anak – anak.


# Ada kawan yang berkata sinis – “Eh,  bini abang long kan kerja guru KAFA … takkan dia tak boleh bantu?”




 abang long

Tuesday, June 26, 2012

Urusan Anda Dipermudahkan.

Kesukaran untuk mendapatkan buku Agama ? Motivasi ? Atau Novel ?
 

DOA anak - anak Madrasah.

Alhamdulillah. Seorang penderma telah bermurah hati menyumbangkan juadah DADIH untuk pelajar - pelajar tahfiz.  Ini adalah sebahagian dari usaha yang dijalankan oleh - Ar Razi Network. Kami berusaha untuk mempermudahkan urusan umat Islam untuk beramal dan bersedekah.

Dengan kaedah ini umat Islam akan lebih mudah untuk menentukan arah kebajikan supaya lebih ramai saudara mara kita dapat limpahan rezeki dari program yang kami jalankan.

Caranya sungguh mudah. Umat Islam yang berhajat untuk menghulurkan sedekah kepada - Madrasah Tahfiz hanya perlu memaklumkan jumlah sumbangan dan produk. Urusan seterusnya akan kami proses sehingga selesai.

Disiarkan gambar foto yang sempat dirakamkan disebuah madrasah. Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid mengandungi jumlah pelajar seramai 60 orang.

Bagi umat Islam dan penderma yang berhasrat untuk menderma,  sila klik - Ar Razi Network.

Thursday, June 14, 2012

MUDAHKAN URUSAN UMAT.


Memang rasa bahagia apabila kita berupaya membahagiakan insan lain. Memang rasa satu kepuasan apabila kita dapat menghulurkan bantuan kepada yang berhajat. Beberapa hari lepas,  seorang ayah kepada 5 orang anak telah menghubungi aku.  Katanya,  kerja sebagai pengawal keselamatan memang selalunya tidak ada masa dirumah. Isterinya pula bekerja sebagai pembantu rumah. Yang pasti,  mereka tidak ada masa untuk pergi ke mana – mana majlis atau pesta buku.  Tetapi, suami isteri itu amat mementingkan ilmu dan mahukan anak anak mereka sukakan buku.

Lalu aku mengesyorkan beberapa buku motivasi dan agama. Apabila persetujuan dicapai,  aku terus mendapatkan buku motivasi dan beberapa buku agama.  Aku serahkan buku dalam tempoh yang singkat. Mereka amat gembira.  “Kalau akak tahu mudahnya cara hendak membeli buku dari kamu,  sudah lama akak terus order sahaja.” 


Bukan setakat buku sahaja,  malahan ramai yang telah menempah novel kesukaan mereka.

InsyaAllah,  sesiapa sahaja akan merasa mudah membuat pesanan buku dengan cara ini.  Tidak perlu buka internet lama – lama. Tidak perlu isi borang. Tidak perlu ke kedai buku. Tidak perlu berpenat lelah memandu ke luar. Tidak perlu bayar tol. Dan banyak lagi perkara yang TIDAK PERLU anda lakukan.

Cuma hubungi nombor tertera. Atau sms. Atau emel.

Itu sahaja. Mudah bukan ?

Bagaimana caranya ?  Sila ikut panduan dibawah …



abang long

Wednesday, June 13, 2012

Sentuhan Peribadi / Pencarian Buku / Pemudah Cara.












Assalamu'alaikum dan salam hormat serta salam sayang buat semua pengunjung yang amat dihormati sekalian.


Kenapa ada 3 ayat ? Sebenarnya hanya ada satu sahaja TAG LINE yang kami gunakan iaitu - SENTUHAN PERIBADI.


Konsep ini sungguh mudah. Kami usahakan untuk mencari dan mendapatkan buku atau novel atau apa sahaja bahan bacaan yang dikehendaki oleh pembeli. Dan kami akan uruskan penghantarannya.


Ada terlalu banyak sebab atau faktor dimana pembeli tidak menggunakan sistem dalam talian atau 'on line.' Maka dengan konsep yang kami tawarkan ini, pembeli hanya mengirimkan 1 sms atau emel menyatakan hajat atau hasrat untuk memiliki buku. Dan urusan seterusnya akan kami usahakan hinggalah pembeli mendapat buku yang diingini.


Contohnya begini, mudah sahaja. Katakan pembeli berkeinginan untuk mendapatkan sebuah buku terbitan KKSB. Maka caranya sungguh mudah untuk diikuti :


1 - Kirimkan sms atau emel seperti berikut:

Nama Penuh, Alamat Lengkap beserta Poskod, Tajuk Buku atau Novel dan Kuantiti.

Contoh: Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini. No. 16, Lot 552, Lorong Sungai Udang, Teluk Gadung Kecil, 41250 Klang, Selangor. Shamsiah Fakeh - 1.


Apabila anda telah mendapat pengesahan dari kami. Samada melalui sms atau emel -



'Maklumat diterima. RM26. Maybank - 112045101747 - Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini'.


1 - Maklumat diterima (segala maklumat telah kami terima dengan LENGKAP).
2 - RM26 (Harga buku + caj dan kos penghantaran.)
3 - Maybank (Amaun dimasukkan kedalam nombor akaun yang tertera).


Bukti pembayaran ?


Kirimkan sms atau emel. TARIKH, WAKTU & AMAUN yang dimasukkan dengan tepat. Jika ada yang dapat menyertakan sekali resit 'transfer bank' (melalui emel) adalah lebih bagus.


Itu sahaja ! Sungguh mudah !


Setelah kami mendapat jawapan tentang TARIKH, WAKTU & AMAUN. Maka kami akan melakukan semakan melalui sistem 'on line'. Dan setelah mendapat kepastian. Bermulalah usaha kami untuk mendapatkan buku dan membuat penghantaran kepada pembeli.

Untuk makluman anda. Kami hanya mengusahakan pencarian dan penghantaran buku untuk terbitan KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD sahaja :


1 - Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Grup Buku Karangkraf -
(ALAF 21, Buku Prima, Karya Bestari & Oasis).



Namun, dalam keadaan tertentu, jika ada permintaan untuk mendapatkan buku selain dari terbitan syarikat yang disenaraikan diatas, maka kami akan usahakan.


Dua cara yang mudah. Pilihan ditangan ANDA !



SMS - 019 2254 910.
EMEL - mohamad.feroz@gmail.com.


Bukan sms sahaja akan dilayan, malahan SENTUHAN PERIBADI kami juga meliputi panggilan telefon.

Kemudian melakukan pembayaran terlebih dahulu ke akaun bank berikut:

           Maybank               112045101747 
           CIMB  BANK       1214-0103882-528  
           BSN                       10104-41-00002047-2    
           BANK ISLAM      12-038-02-555836-7 

 
Semua akaun bank di atas nama MOHAMAD FEROZ BIN MOHAMMAD ZAINI & No telefon 0192254910 .






# Kami mempunyai pengalaman dimana beberapa orang warga emas hendak mendapatkan buku agama. Mereka menghubungi nombor yang diberikan. Dan permintaan mereka kami usahakan hinggalah buku selamat tiba ketangan mereka. Selamat dan Cepat. Alhamdulillah !


TERIMA KASIH atas segala sokongan yang ANDA berikan.


abang long

Monday, May 14, 2012

Fenomena SUNAN MUSAFIR.

Alhamdulillah,  sepanjang tempoh tawaran yang bermula dari 7hb April.  Pihak KELABRAM telah menerima hampir 1,000  tempahan awal untuk novel SUNAN MUSAFIR.  Ini merupakan satu rekod bagi kelab.


Hampir setiap hari aku memproses permohonan untuk mendapatkan novel SUNAN MUSAFIR. Dan dari kemaskini data yang diperolehi,  didapati peminat RAMLEE AWANG MURSHID yang berasal dari Sabah dan Sarawak mendominasi permintaan atau tempahan novel ini.

Kali ini aku ditugaskan untuk mengawal selia pengedaran novel SUNAN MUSAFIR.  Satu tugasan atau amanah yang agak berat untuk dilaksanakan.  Bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak. 


Entri ini perlu dimasukkan demi untuk memberikan makluman kepada semua pembeli yang telah membuat tempahan awal dengan pihak KELABRAM.

Sejak dari awal lagi peminat RAM telah teruja dengan novel SUNAN MUSAFIR - Thriller Fiksyen.  Antara soalan yang paling banyak kami terima ialah - 'Bilakah Sunan Musafir akan diterbitkan?'

Akibat dari fenomena yang melanda ini,  maka ombak tsunami juga melanda FB milik KELABRAM dan laman web kelab.  Begitu ramai yang teruja dan bersemangat tinggi untuk mendapatkan novel ini hingga ada yang mendapat berita dari cuma satu sumber sahaja.

Begitu juga ada yang mendapat berita dari mulut ke mulut sahaja tanpa merujuk kepada sumber yang sah.  Agak malang bilamana ada pembeli yang seolah - oleh  sudah hilang perasaan sabar hingga melontarkan ayat ayat yang tajam dan pedih kepada ADMIN.


Walaupun penerangan demi penerangan telah diberikan dan maklumat telah disampaikan dengan bahasa paling mudah,  namun masih terdapat segelintir pembeli yang masih mempersoalkan kecekapan dan kemampuan ADMIN KELABRAM.


Antara soalan yang paling popular ialah.  "Kawan saya sudah mendapat novel ini di PWTC, kenapa saya yang membuat TEMPAHAN AWAL masih lagi terpaksa menunggu ... sorry to say,  I memang tak puas hati!"

Untuk makluman semua.  Novel yang dijual didalam dewan sewaktu PBAKL 2012 yang lalu adalah Edisi Khas Kulit Keras dan CETAKAN TERHAD dan Eksklusif.  Novel itu dicetak sebanyak 1,000 naskah sahaja. Sementara itu,  sebaik sahaja novel itu habis bagai 'goreng pisang panas'.  Maka pihak penerbit telah mencetak Edisi Biasa Kulit Lembut',  juga dalam lingkungan 1,000 naskah sahaja.  Dan penjualan itu adalah TERHAD.  Dimana seorang pembeli HANYA boleh membeli 2 naskah setiap seorang.

Terbitan atau cetakan oleh penerbit adalah - 'DILUAR BIDANG & KAWALAN KELAB.'

# Pihak KELABRAM hanya mengawal selia dan memudahkan pembelian novel bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk datang ke PBAKL 2012.  Dan pembelian novel melalui KELABRAM adalah Eksklusif kerana akan mendapat tandatangan RAMLEE AWANG MURSHID.

Ramai yang mengajukan soalan dan soalan yang paling banyak kami terima ialah:

"Bilakah kami akan mendapat novel SUNAN MUSAFIR?"
"Bilakah pihak tuan akan pos novel ?"
"Kenapa diambil terlalu lama untuk pos?"

Dan banyak lagi soalan yang hampir sama.


Maka disini saya maklumkan sekali lagi,  walaupun berita yang sama telah tersiar didalam FB Kelabram.

[ Sumber dari pihak Kumpulan Karangkraf Sendirian Berhad sebagai pencetak dan penerbit novel SUNAN MUSAFIR.  Novel ini akan secara rasmi masuk giliran untuk proses cetakan selepas 21hb Mei 2012.  Novel SUNAN MUSAFIR adalah termasuk didalam promosi untuk bulan Jun 2012].  Harap maklum.

Maka adalah diharapkan kepada pembeli awal novel ini agar dapat bersabar menantikan 'kelahiran rasmi'  novel ini.

Segala maklumat dan biodata rasmi pembeli telah dikemaskini.  Hanya menunggu CETAKAN RASMI oleh penebit selepas 21hb Mei ini.  Dan sebaik dicetak dan dikeluarkan dari kilang,  pihak KELABRAM akan terus 'menyambar'  novel ini untuk dibawa kepada RAMLEE AWANG MURSHID untuk tandatangan rasmi dan sejurus itu juga maka urusan penghantaran akan dilakukan.


Diharap dengan berita makluman ini,  pembeli akan memahami situasi sebenar menjelang kelahiran SUNAN MUSAFIR.

TERIMA KASIH atas SOKONGAN ANDA - RAMians.


Wednesday, April 04, 2012

Masih adakah TALIAN HAYAT ?


Al Ma'thurat.


Mesej yang aku titipkan didalam FB Abang Long:

[Usai solat Asar disebuah surau petang tadi. Aku terlentang diatas permaidani akibat terlalu letih. Tiba - tiba aku disapa oleh seorang lelaki tua. "Saudara, setiap kali bangun malam untuk solat, tolong jangan lupa untuk mendoakan kejayaan sahabat kamu ...mereka amat mengharapkan bantuan saudara." Aku terus terlelap. Bantuan ? Aku sendiri tidak punya apa apa ...]


Hujung bulan ini, maka berakhirlah kontrak kerja aku disebuah syarikat perkapalan. Maka adakah aku akan kembali menjadi penganggur ? Wallahu'aklam.


Diketika ramai yang sedang menikmati kehidupan yang semakin sukses. Sedang memikirkan perancangan untuk membesarkan rumah atau membeli kereta baru. Aku pula masih terus menulis 'resume' untuk mencari kerja.

Apa yang aku fikirkan ialah bagaimana hendak mencari sumber pendapatan bagi menyekolahkan anak anak aku. Bagaimana hendak mencari wang bagi pembayaran yuran tahfiz anak anak.


Kepada pembaca blog ini. Ini bukan tempat untuk anda mencari keseronokan. Aku bukannya terlalu lemah. Blog ini adalah salah satu tempat untuk aku 'bercerita.' Jika ada sahabat yang ingin membantu ... maka aku dahului dengan ucapan TERIMA KASIH. Semoga Allah sahaja yang membalas budi baik anda.


Bak kata seorang ustaz yang menjadi pembaca setia Blog Abang long. "Ini adalah detik sukar kehidupan saudara, dan ini juga adalah waktu untuk seluruh umat Islam mendapatkan pahala kerana membantu sesama saudara dalam agama ... yang pasti, kita tidak tahu bilakah kita akan mati ... penuhkan dada kita dengan keinsafan dan terus beramal."

Hayati kisah Saidina Ali yang bersedekah sewaktu sedang rukuk dalam solat.


Untuk makluman para pembaca yang dihormati. Kini, aku sedang gigih menjadi penjual buku. Walaupun hasilnya tidak setara mana, tetapi aku terus bergerak. Jika ada sahabat atau pembaca yang sudi membantu, aku ucapkan TERIMA KASIH.



{{{ Abang long menjual buku. Amat berharap ada sahabat yang sudi membantu. Jual dan hantar buku secara 'dalam talian'. Inilah 'talian hayat' kami sekeluarga.}}}


Sunday, February 26, 2012

Sentuhan Peribadi / Pencarian Buku / Pemudah Ca

Sentuhan Peribadi / Pencarian Buku / Pemudah Cara.


Assalamu'alaikum dan salam hormat serta salam sayang buat semua pengunjung yang amat dihormati sekalian.


Setelah dua bulan menjalankan projek ini barulah kini didedahkan secara lebih terperinci. Aku dan seorang sahabat menjalankan projek seperti kata - kata yang diucapkan sebagai tajuk diatas.


Kenapa ada 3 ayat ? Sebenarnya hanya ada satu sahaja TAG LINE yang kami gunakan iaitu - SENTUHAN PERIBADI.


Konsep ini sungguh mudah. Kami usahakan untuk mencari dan mendapatkan buku atau novel atau apa sahaja bahan bacaan yang dikehendaki oleh pembeli. Dan kami akan uruskan penghantarannya.


Ada terlalu banyak sebab atau faktor dimana pembeli tidak menggunakan sistem dalam talian atau 'on line.' Maka dengan konsep yang kami tawarkan ini, pembeli hanya mengirimkan 1 sms atau emel menyatakan hajat atau hasrat untuk memiliki buku. Dan urusan seterusnya akan kami usahakan hinggalah pembeli mendapat buku yang diingini.


Contohnya begini, mudah sahaja. Katakan pembeli berkeinginan untuk mendapatkan sebuah buku terbitan KKSB. Maka caranya sungguh mudah untuk diikuti :


1 - Kirimkan sms atau emel seperti berikut:

Nama Penuh, Alamat Lengkap beserta Poskod, Tajuk Buku atau Novel dan Kuantiti.

Contoh: Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini. No. 16, Lot 552, Lorong Sungai Udang, Teluk Gadung Kecil, 41250 Klang, Selangor. Shamsiah Fakeh - 1.


Apabila anda telah mendapat pengesahan dari kami. Samada melalui sms atau emel -



'Maklumat diterima. RM26. Maybank - 112045101747 - Mohamad Feroz Bin Mohammad Zaini'.


1 - Maklumat diterima (segala maklumat telah kami terima dengan LENGKAP).
2 - RM26 (Harga buku + caj dan kos penghantaran.)
3 - Maybank (Amaun dimasukkan kedalam nombor akaun yang tertera).


Bukti pembayaran ?


Kirimkan sms atau emel. TARIKH, WAKTU & AMAUN yang dimasukkan dengan tepat. Jika ada yang dapat menyertakan sekali resit 'transfer bank' (melalui emel) adalah lebih bagus.


Itu sahaja ! Sungguh mudah !


Setelah kami mendapat jawapan tentang TARIKH, WAKTU & AMAUN. Maka kami akan melakukan semakan melalui sistem 'on line'. Dan setelah mendapat kepastian. Bermulalah usaha kami untuk mendapatkan buku dan membuat penghantaran kepada pembeli.

Untuk makluman anda. Kami hanya mengusahakan pencarian dan penghantaran buku untuk terbitan KUMPULAN KARANGKRAF SDN BHD sahaja :


1 - Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd. Grup Buku Karangkraf -
(ALAF 21, Buku Prima, Karya Bestari & Oasis).



Namun, dalam keadaan tertentu, jika ada permintaan untuk mendapatkan buku selain dari terbitan syarikat yang disenaraikan diatas, maka kami akan usahakan.


Dua cara yang mudah. Pilihan ditangan ANDA !



SMS - 019 2254 910.
EMEL - mohamad.feroz@gmail.com.


Bukan sms sahaja akan dilayan, malahan SENTUHAN PERIBADI kami juga meliputi panggilan telefon.


Kami mempunyai pengalaman dimana beberapa orang warga emas hendak mendapatkan buku agama. Mereka menghubungi nombor yang diberikan. Dan permintaan mereka kami usahakan hinggalah buku selamat tiba ketangan mereka. Selamat dan Cepat. Alhamdulillah !


TERIMA KASIH atas segala sokongan yang ANDA berikan.


abang long