
DEMAM.
Dunia aku berputar. Dunia aku terasa gelap gelumat. Dunia aku bergoyang. Aku terasa seperti hendak meninggal dunia. Semuanya dek kerana aku demam selama 2 hari ... 3 hari.
Pukul 2 pagi. Aku kesejukan yang teramat sangat. Aku menggigil kesejukan, hingga bergoyang katil. Urat nadi aku terasa hampir putus.
Isteriku hanya berupaya membacakan doa syifa'. Dia menghubungi ibunya. Bimbang kerana keadaan aku yang kelihatan begitu kritikal.
Syukur Alhamdulillah. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMU kerana memberikan ujian sebegini. Ya, ujian demi ujian.
Kalau dahulu. Dari kecil, aku mengambil peperiksaan darjah 5, SRP, SPM, dan STPM. Aku tidak pernah menjejakkan kaki menuntut ilmu ke mana - mana universiti.
Kini, ujian dari Allah. Aku terasa seperti akan menghadiri konvokesyen untuk mengambil segulung Ijazah Kedoktoran. Alhamduilillah.
Alhamdulillah... banyak-banyakkan berehat la Abg Long.
ReplyDeleteSalam Abang Long
ReplyDeletesedihnya baca kisah abang long demam
sabar ya abang long teruskan berdoa
moga pencarian itu berakhir....
teruk betul bunyiknye. apepon moga cepat sembuh ye...
ReplyDeleteSemoga abg long cpt sembuh.....take care.
ReplyDeleteAllah bagi ujian mengikut kemampuan kita.. semoga abanglong tabah... banyakkan berdoa... semoga cepat sembuh..
ReplyDeleteoohhh....take care ya abang long , moga cepat sembuh
ReplyDeletemoga abanglong terus tabah dengan ujian Allah
ReplyDelete