Monday, April 23, 2007

Santai

sewaktu aku sedang berhadapan dengan kerja yang menimbun dan terasa seperti tidak berkesudahan ... tiba - tiba aku terdengar sebuah lagu ... maaf aku tidak tahu tajuknya .. tetapi mempunyai irama jawa ... dimana liriknya membuatkan diriku terasa santai dan aku tersenyum sendirian.

Sayang sayang aduhai sayang.
Adik bingung bertambah rungsing,
Hendak ku buang terasa sayang,
Udah menjadi darah dan daging.

6 comments:

  1. macam familiar lirik lagu ni..

    ReplyDelete
  2. lagu lama rasanya tu, pernah dengar tapi tak tahu juga tajuknya hehehe

    ReplyDelete
  3. Pantun 4 kerat, sedap bait2 nya,nostalgia menggamit kembali ke abg Long? hehhehe..

    ReplyDelete
  4. cikscarlet, lirik itu sahaja yang senang didengar ...

    am, hmmmm sampai hari ini tak tahu tajuknya ... kita serupa nampaknya..

    noushy syah, tepat tekaan itu wahai noushy syah.

    ReplyDelete
  5. salam

    abang long, tu lagu Altimet ft Mawar Berduri - Sayang Sayang

    ohooho

    ni lirik penuhnya

    sayang sayang aduhai sayang
    adik bingung bertambah runsing
    hendakku buang terasa sayang
    sudah menjadi darah dan daging (2x)

    aku bertemu dia sewaktu usiaku enam
    pabila suria hidupku mula terbenam
    dan kemana ku pergi dia ada disisi
    seperti guru dia mengajarku berdikari
    berkembang tiga saudaranya irama abangnya nada
    semuanya datang darinya
    memperluaskan cara ku memandang dunia
    dari pekara yang jijik ke paling mulia
    bersorak lantang atau bersopan santun
    sesuai dengan imej nya semasa berpantun
    kupinta janjinya jangan kita berakhir
    dia tersenyum bila menjawab sambil bersyair

    sayang sayang aduhai sayang
    adik bingung bertambah runsing
    hendakku buang terasa sayang
    sudah menjadi darah dan daging (2x)

    terus ke waktuku belia
    persahabatan kita teguh terlihatlah air dan mulia
    temannya bernama M.C ku diperkenalkan
    yang berteman dengan mike yang ingin berkenalan
    mereka berperang mengaju kata
    bukan senjata,bukan senketa
    hanya pendeta dan pendekar pena
    bertukar kata susun rapi
    seakan batu bata membina arca
    untuk telinga bukanya mata
    ku punya pilihan untuk menjadi mereka
    mata melihat masa depan kini dan sejarah
    dan sambil aku bersantai di pangkuannya
    baruku sedar sifat dirinya yang sebenar

    sayang sayang aduhai sayang
    adik bingung bertambah runsing
    hendakku buang terasa sayang
    udah menjadi darah dan daging (2x)

    sebabkan keluarga,kawan-kawan tak bersefahaman
    tidak bersetuju bila cintaku berarah ke situ
    kenal mereka tak mahu memerhati
    yang istimewa pada dia yang menarik hati
    jadiah orang sendiri
    jangan terperangkap begini
    tapi biarlah aku mengambil haluan ini
    hanya dia namakan aku M.C
    kami bertiga anggota yang akan kekal buat selamanya

    kalau tuan memancing pintu
    daun dedap di dalam perigi
    kalau tuan kata ai begitu
    alangkah sedap didalam hati

    jadi kami terus bersama tanpa menghiraukan
    pandangan meraka,peduli apa dirisaukan
    dan hanya kerananya ku berjalan berani
    namanya musik sehingga kini kami serasi

    sayang sayang aduhai sayang
    adik bingung bertambah runsing
    hendakku bunag terasa sayang
    sudah menjadi darah dan daging (2x)

    p/s-> suka paert pantun 4 kerat je

    p(^_^)q

    ReplyDelete
  6. puteh seroja - TERIMA KASIH banyak - banyak.

    ReplyDelete