Tuesday, August 19, 2014

DADIH AR RAZI. Senyuman Membahagiakan.

REAKSI  PEMINAT  DADIH AR RAZI


DADIH AR RAZI


Paling saya suka dalam sesebuah majlis itu ialah.  Saya akan duduk bersama orang yang tidak kenal antara satu sama lain.  Termasuklah bila orang lain tidak kenal siapa saya.  Sambil melihat mereka makan dan menikmati keenakan DADIH AR RAZI.  Saya tidak mahu berkata apa - apa.  Saya hanya mahu melihat gelagat mereka sahaja.


Seringkali hati saya berbunga,  apabila tetamu yang hadir memuji kesedapan dan keenakan dadih kami.  Namun,  mereka tidak tahu yang pengusaha dadih sebenarnya berada dihadapan mereka.


Segala puji hanyalah milik Allah.


Syukur alhamdulillah.  Selama lebih 5 tahun mengusahakan produk ini.  Saya mendapat maklumbalas yang amat memberangsangkan !


Komen atau kritikan hanyalah dari sudut pakejing.  Ya,  sejujurnya AR RAZI NETWORK masih belum mampu untuk memperluaskan pemasaran keluar dari kawasan edaran atas perkara teknikal.


Namun,  beberapa orang pembeli atau peminat dadih AR RAZI  telah bersedia untuk mengambil produk,  terus dari rumah kami.  Dengan kuantiti yang banyak,  untuk program mereka.


Dan setakat ini,  alhamdulillah.  Seorang penggemar DADIH AR RAZI telah berjaya membawa dadih ke satu program di Johor Bahru,  dan produk itu kekal segar dan tidak terjejas kualitinya.


Kepada para sahabat yang masih belum merasai keenakan dan kesedapan DADIH AR RAZI.  Boleh terus menghubungi saya,  dan mengambil terus dari premis kami.


Tetapi,  harus diingatkan,  hubungi kami terlebih dahulu.  Bimbang jika produk habis.  Dan kami perlu mengambil masa 3 - 4 jam untuk menghasilkan produk dadih ini.


Program Tajaan Berbuka Juada DADIH telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan memberangsangkan dari umat Islam.  Pelbagai pihak telah mendapat manfaatnya - Asnaf Fakir, Msikin,  Anak - Anak Yatim, OKU,  POLIS,  Bomba,  Hospital dan jabatan kerajaan.