Friday, April 19, 2013

PRU 13 PESTA DEMOKRASI.


PRU 13 PESTA DEMOKRASI.


4 atau 5 tahun sekali.  Negara kita Malaysia,  sebagai sebuah negara yang mengamalkan DEMOKRASI BERPARLIMEN juga tidak ketinggalan dalam memenuhi satu lagi syarat kearah pembentukan sebuah negara demokrasi iaitu mengadakan PILIHANRAYA.

Tahun ini,  2013.  InsyaAllah,  pada 5hb Mei 2013.  Sekali lagi rakyat Malaysia yang layak mengundi akan berpeluang untuk menunaikan HAK mereka sebagai warganegara.  Bagi memilih - Calon / Parti yang mereka fikirkan layak untuk menjadi Wakil Rakyat samada didalam Dewan Undangan Negeri ataupun Parlimen bagi membentuk sebuah KERAJAAN.


Namun,  sebelum mereka menunaikan hak mereka untuk membuang undi.  Ada beberapa golongan yang akan menjadi pengundi:

1 - Golongan yang tidak kisah siapa pun yang menjadi calon,  yang penting parti.
2 - Golongan yang memilih calon,  tidak kisah dari parti mana sekalipun.
3 - Golongan yang peka dengan kedua - duanya sekali.
4 - Golongan yang sudah nekad untuk mengundi,  tidak mahu mendengar lagi kempen dari pihak lawan.
5 - Golongan yang masih tidak tahu mana satu yang hendak dipilih.


Pada PRU 13 ini didapati telah dimulakan dengan warna yang kurang cantik.  Blog dan FB dicemari dengan pelbagai kata nesta, caci maki, fitnah,  sebaran gambar lucah,  dan pelbagai lagi.  Maka,  tidak hairanlah timbul satu lagi golongan iaitu - Golongan yang berkemungkinan tidak akan mengundi.

Cadangan aku mudah sahaja.  Kepada seluruh pengundi.  Dapatkan segala macam maklumat dari semua saluran. TV, Radio, akhbar, internet, ceramah.

Usah dengar berita tentang BN dari penceramah Pas.  Begitu juga sebaliknya. 


Dengar tentang Calon / Parti / Manifesto BN dari  MULUT penceramah BN.
Dengar tentang Calon / Parti / Manifesto PAKATAN RAKYAT dari MULUT penceramah PR.


# Jangan percaya kepada ayat separuh - separuh dalam internet atau tv atau radio atau akhbar.  Dengarlah atau bacalah atau tontonlah -  UCAPAN PENUH.

Dengarlah ucapan Datuk Seri Najib - SEPENUHNYA.
Dengarlah ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahin - SEPENUHNYA.
Dengarlah ucapan Datuk Nik Aziz - SEPENUHNYA.


Dengarlah dengan minda terbuka,  berlapang dada,  tenang fikiran dan seolah - oleh anda tidak berparti.


TERBAIKNYA ialah,  Allah menjadikan telinga anda 2 belah.  Kiri dan kanan.  Maka, berlaku ADIL.  Dengarlah dari kedua - dua pihak yang bertentangan.


Mana - mana parti yang mendapat undi majoriti bagi membentuk kerajaan.  Maka mereka boleh memerintah. 

"Capailah kemenangan dengan REDHA Allah."