Wednesday, December 19, 2012

PROMOSI PAKEJ JANUARI.

TAWARAN HEBAT dari  AR RAZI NETWORK.

PROMOSI PAKEJ JANUARI:



PROMOSI PAKEJ JANUARI:


Rebutlah peluang keemasan ini !  Tawaran harga yang menarik.

RAMLEE AWANG MURSHID  -  AKU BERCERITA.  RM25.00 + RM7.00 (POS - Semenanjung) / RM11.00 (Sabah, Sarawak & Labuan).
*** Berserta Tandatangan RAM ***

ALEEYA ANEESA  -  Dia Tak Tanya.  RM26.00 + RM7.00 (POS - Semenanjung) / RM11.00 (Sabah, Sarawak & Labuan).
*** Berserta Tandatangan ALEYA ANEESA ***

WEEDA AIRIZA  -  Cinta 2u dot my.  RM23.00 + RM7.00 (POS - Semenanjung) / RM11.00 (Sabah, Sarawak & Labuan).

EMY RAZIELA  -  Takkan Kulepaskan.  RM22.00 + RM7.00 (POS - Semenanjung) / RM11.00 (Sabah, Sarawak & Labuan).

PROMOSI PAKEJ Jumlah 4 buah novel:  RM96.00

DISKAUN TERSENYUM  15% + KOS POS LAJU:

Jumlah Keseluruhan:  RM106.60 SAHAJA.

Pembelian Anda Dipermudahkan.

Apa sahaja cara dan kaedah yang anda selesa gunakan,  kami terima. Samada anda membuat pesanan melalui -

1 - Dalam Talian /  On Line ~ http://www.arrazi.my
2 - Emel ~ mohamad.feroz@gmail.com  (Pesanan / Pertanyaan).
3 - PM ~  FB Abang Long
4 - SMS ~ 019 2254910
5 - Hubungi Terus ~ 019 2254910

Ya,  anda membeli melalui CARA & PILIHAN SENDIRI.  Yang penting,  berikan maklumat seperti yang dikehendaki dibawah:

1 - NAMA PENUH  (seperti dalam MyKad).
2 - ALAMAT LENGKAP dan POSKOD.
3 - Nombor HP.
4 - Tajuk Novel dan Kuantiti.
5 - Akaun Yang Digunakan.

Terima kasih kerana membuat pembelian melalui AR RAZI NETWORK.



Aku Bercerita
Ramlee Awang Murshid


Harga: RM 25.00
ISBN: 978-983-124-836-2
Halaman: ~624
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 20 Dis 2012
Kategori: Novel
Sinopsis
SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...





Dia Tak Tanya
Aleya Aneesa


Harga: RM 26.00
ISBN: 978-983-124-833-1
Halaman: ~672
Berat: 550 gram
Tarikh Terbit: 20 Dis 2012
Kategori: Novel
Sinopsis
ISTILAH sahabat merangkap jiran antara Najid dan Najihah akhirnya tersimpul sebagai suami isteri. Sayangnya, mereka berkahwin atas dasar eksperimen. Kononnya dunia perkahwinan mereka boleh bahagia tanpa cinta! Berjaya, okey. Tak berjaya pun okey.

Orang lain hidup bahagia, tapi rumah tangga mereka huru-hara. Ada saja yang tidak kena. Masalah kecil dibesar-besarkan. Rajuk, marah dan prasangka membakar diri. Sudahnya, mereka tidur asing- asing; seorang ke timur dan seorang lagi ke barat. Najid dan Najihah lupa... dalam sesebuah perkahwinan, tidak ada istilah try and error. Mereka saling ego, hipokrit dan suka menuding jari. Ada isteri, tapi lagak macam bujang. Ada suami, tapi langkah macam hidup seorang!

“Maaf, sayang. Najid betul-betul minta maaf. Tapi percayalah, Najid sayang sangat kat Jiha.”





Cinta 2U Dot My
Weeda Airiza


Harga: RM 23.00
ISBN: 978-983-124-831-7
Halaman: ~600
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 20 Dis 2012
Kategori: Novel
Sinopsis
Ditakdirkan Auni Hafya bertentang mata dengan Rayyan Ziqri. Ouch! Sekelip mata, rasa tenang mereka terus terbakar! Aura negatif kedua-duanya telah bertembung! Oh tidak! Perang perasaan ini telah menyebabkan masing-masing tercampak ke Kutub Utara dan Kutub Selatan!

Namun, tugasan akhir semester telah menarik mereka semula ke zon tengah. Berbaldi air mata Auni bila profesor mengesahkan bahawa dia perlu menjadi pengganti heroin program realiti yang dibintangi oleh Rayyan! Paling tragis, dialah penulis skripnya. Penulis skrip merangkap pelakon? Ah, terasa macam gila kuasa.

Tiba masanya, mereka ibarat pasangan bahagia yang sedang diulit cinta, namun… itu semua hanya lakonan di hadapan kamera! Bila arahan cut! kedengaran, masing-masing mula bercakaran. Oh TUHAN! Kalau begini caranya, bila masa tugasan drama cinta mereka akan berakhir?!





Takkan Kulepaskan
Emy Raziela


Harga: RM 22.00
ISBN: 978-983-124-832-4
Halaman: ~544
Berat: 500 gram
Tarikh Terbit: 15 Dis 2012
Kategori: Novel
Sinopsis
Maria dibesarkan di rumah anak yatim. Demi mencapai cita-citanya, dia nekad mengubah nasib diri dengan bekerja di rumah keluarga bangsawan. Malangnya, dia sentiasa dihina oleh majikannya. Air mata menjadi peneman setia. Namun, dalam diam ketabahannya telah menarik hati seseorang.

Tengku Ezairul, lelaki ego yang memandang darjat dan kedudukan. Dia bencikan Maria. Tiada sekelumit rasa belas kasihan tatkala mamanya mendera gadis itu. Namun, cinta tidak mengenal siapa. Dia tidak dapat membohongi hatinya bahawa dia sebenarnya menggilai gadis itu. Tembok keegoannya runtuh dalam sekelip mata. Mampukah dia mempertahankan rasa cinta itu? Kata Maria, cinta mudah untuk diucapkan.

Cinta mudah untuk diluahkan. Tapi cinta juga mampu menghancurkan. Dia tidak meminta untuk dicintai, apatah lagi disakiti. Dia wanita biasa yang lemah dalam cinta. Tapi perasaan itu tidak akan terkubur bila hatinya terukir nama lelaki itu.


SELAMAT MEMBACA !

TERIMA KASIH kerana membuat pembelian PROMOSI PAKEJ JANUARI melalui  AR RAZI NETWORK  -  Urusan Pembelian Anda Dipermudahkan !

# Pembelian 1 novel  setiap tajuk juga mendapat tawaran yang hebat ini.