Tuesday, December 28, 2010

3 dalam 1.


Madrasah Tahfiz.


Alhamdulillah. Kini, anak aku yang ketiga - Muhammad Habibullah, juga telah diterima masuk kedalam Madrasah Tahfiz. Ujian kelayakan agak perit. Tempat begitu terhad. Permintaan pula terlalu banyak. Pihak pengurusan tahfiz terpaksa menolak dengan berhemah.


Kini. Ketiga - tiga anak aku berada didalam pusat tahfiz yang sama. Muhammad Fakhrurrazi, Muhammad Amir Uzair dan Muhammad Habibullah.


Marilah kita bersama - sama berdoa semoga mereka menjadi HAFIZ AL QURAN.


Kerana sesungguhnya, seperti yang disabdakan oleh jujungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Seorang yang hafaz Al Quran akan diberikan keistimewaan untuk syafaat di hari akhirat kelak.


Kini, dunia sudah terlalu uzur. Kita sekarang berada dipenghujung usia dunia. Sudah terlalu ramai manusia yang lupa membawa bekalan ke alam akhirat. Sedangkan waktu untuk kita beramal dan beribadah sudah semakin suntuk.


Aku sentiasa ingat pesan seorang ulamak. Kita mesti berusaha untuk menjadi KAYA supaya kita dapat membantu umat Islam yang MISKIN. Dan jadikan harta kekayaan kita sebagai modal untuk kita melangkah penuh bergaya kedalam syurga.


Kisah dan gambar anak - anak aku akan disiarkan dari semasa ke semasa. Dan aku dengan rendah hati menyeru kepada umat Islam sekalian. Marilah kita bersama - sama 'melahirkan' seberapa ramai HAFIZ AL QURAN.


Buat pengetahuan kaum muslimin. Ketiga - tiga anak aku kini menuntut di - Madrasah Tahfiz Al Quran Ar Rasyid, Sungai Udang, Klang. Jika ada sesiapa yang berhajat untuk bertemu mereka, dipersilakan.


Yang pasti, kita tidak akan rugi. Dunia dan membawalah ke akhirat.


Sunday, December 19, 2010

Panggilan Ustaz.


Ustaz Abang Long


Terus - terang aku katakan bahawa aku tidak mampu untuk bercakap lagi. Memang menggelikan hati. Dimana - mana sahaja, aku dipanggil Ustaz. Satu gelaran yang memang tidak layak untukku.


Aku jenis sentimental. Kadang rock. Selalunya pop. Ada ketikanya aku suka dangdut.


Aku memandu kereta bersama Ustaz. Tetapi aku buka saluran Klasik Nasional.


Aku memang peminat fanatik - Jamal Abdillah.
Aku suka irama tahun 60'an.
Aku minat Alleycats - Trima kaseeeeehhhhh.


Aku pemandu Ustaz. Aku jaga kedai jual kitab. Aku jual minuman bijirin HADI'S.


"Saya bukan Ustaz, saya hanyalah pembantu Ustaz."


Tetapi, masih ramai yang tetap memanggil aku Ustaz. Sekarang aku hanya mampu tersenyum. Kalaulah mereka tahu, aku tidak ada pendidikan agama.


Cuma sekali sahaja aku hampir terlepas cawan yang aku pegang bila seorang gadis yang sungguh cantik memanggil aku dengan panggilan ABANG.



MAKLUMAN PENTING:


Bagi sesiapa yang menetap didalam kawasan - KLANG, Pandamaran, Pelabuhan Utara, Bandar Sultan Suleiman, Shah Alam (dari Seksyen 1 - 25 sahaja). Jika anda berhasrat untuk mendapatkan novel terbitan ALAF 21. Maka, dengan pesanan 2 (DUA) novel. Penghantaran akan dibuat secara PERCUMA ! Sila hubungi - 019 2254910.


Monday, December 13, 2010

AL QURAN sumber ILMU dan REZEKI.


Belajar Mengajar Al Quran.


Ramai yang tertanya - tanya. Abang long kerja apa ? dimana ?


Ok. Untuk makluman semua. Abang Long sekarang bekerja disebuah kedai buku. Alamat penuh:


AL BAGHDADI TRAINING CENTRE.
No. 67, Jalan Lawan Pedang, Tadisma Business Park,
Seksyen 13, Shah Alam.


Lokasi kedai berhampiran dengan Giant dan Stadium Shah Alam.


Operasi utama kedai ini ialah membuka kelas pengajian Al Quran menggunakan teknik Al Baghdadi. Kedai ini baru sahaja dibuka pada bulan September yang lalu.


Didalam kedai ini, Abang Long diberikan kesempatan untuk menjual produk HADI'S (pendapatan sampingan). Sekarang ini sedang pulun mencari kewangan, apatah lagi sekolah sudah hendak dibuka.


Tugas Abang long ialah: Jaga kedai, jawab panggilan telefon, pemandu kereta Ustaz, penjual, promosi, mencipta pemidang, mencari guru agama, mencari tuan imam, menabur maklumat tentang teknik ini, tukang sapu, cleaner, dan sebagainya. Hahahaha .... ini maklumat betul ya.


Disamping itu. Diwaktu makan tengahari. Abang long akan menghantar novel kerumah - rumah sekitar Shah Alam. Penghantaran secara PERCUMA. Dengan syarat kena beli 2 buah novel ALAF. Tetapi kalau ada yang hendak beri upah lebih atau sedekah sebab kasihan. Alhamdulillah, Abang long tak akan tolak. :) Maklumlah, kena pakai banyak duit sebab nak buka sekolah. Ini yang tengah pening ... hehehe.


Yang penting. Kalau ada sesiapa yang hendak belajar mengaji Al Quran. Silalah datang ke kedai kami. Ada kelas kanak - kanak, ada kelas remaja, ada kelas untuk dewasa.


Marilah belajar mengaji dengan rasa CERIA, SERONOK, GEMBIRA.



MAKLUMAN PENTING:


Bagi sesiapa yang menetap didalam kawasan - KLANG, Pandamaran, Pelabuhan Utara, Bandar Sultan Suleiman, Shah Alam (dari Seksyen 1 - 25 sahaja). Jika anda berhasrat untuk mendapatkan novel terbitan ALAF 21. Maka, dengan pesanan 2 (DUA) novel. Penghantaran akan dibuat secara PERCUMA ! Sila hubungi - 019 2254910.

Sunday, December 05, 2010

NOVEL RAM - RAYYAN FANTASI


NOVEL KE 20. RAYYAN FANTASI.


RAMLEE AWANG MURSHID. Novelis Thriller No. 1 Malaysia. Telah menghasilkan karyanya yang ke 20. Bertajuk RAYYAN FANTASI. Novel diterbitkan oleh syarikat pengeluar novel terunggul di Malaysia, iaitu ALAF 21 Sendirian Berhad.


MAAF YA. Tidak ada kupasan atau ulasan novel. Kerana, aku baru sahaja mendapatkannya semalam.


Dilancarkan di MPH Bookstore, Alamanda. Dengan kerjasama penuh bermakna bersama Ramlee Awang Murshid FC.


Aku telah berada seawal jam 8.54 pagi dipejabat ALAF 21. Menunggu kehadiran sahabatku saudara Zonan @ Papa Ibad. Selesai mengambil beberapa keperluan dipejabat ALAF 21. Kami terus mengambil seorang lagi rakan distesen komuter Shah Alam. Dan singgah sebentar disebuah restoran. Untuk mengalas (menambah) isi perut.


Kemudian, si Zonan terus sahaja memecut ke Alamanda. Setiba sahaja kami di Alamanda, kami memerhatikan orang ramai telah beratur panjang untuk membeli dan mendapatkan tandatangan dari novelis RAMLEE AWANG MURSHID.


Diruangan ini. Aku dengan rendah hati. Memohon ampun dan maaf. Hanya saudara Attokz Dikulgai dan Zonan serta Tuan Web Sutera sahaja yang mengetahui. Tugasan yang diberikan kepada aku telah tidak dapat disempurnakan.


Hanya dengan satu perkara sahaja, aku telah terlepas peluang besar. Aku sebenarnya telah terlelap dikerusi panjang. Dan upacara perasmian telah berlangsung dengan meriah.


Kepada peminat novelis RAMLEE AWANG MURSHID. Sila dapatkan novel terbaru RAM, yang bertajuk - RAYYAN FANTASI dipasaran.


MAKLUMAN PENTING:


Bagi sesiapa yang menetap didalam kawasan - KLANG, Pandamaran, Pelabuhan Utara, Bandar Sultan Suleiman, Shah Alam (dari Seksyen 1 - 25 sahaja). Jika anda berhasrat untuk mendapatkan novel terbitan ALAF 21. Maka, dengan pesanan 2 (DUA) novel. Penghantaran akan dibuat secara PERCUMA ! Sila hubungi - 019 2254910.