
Peluang, ruang atau luang ?
Sudah 2 hari, aku menggaru kepala. Memang kepala aku gatal ! Rasanya kena tukar sabun atau syampu kepala. Tetapi, aku rasa, kegatalan kepala aku dek kerana ada perkara yang lebih penting, yang aku sedang fikirkan.
Ada sahabat yang mengajak aku untuk pergi ke Singapura. Memang aku teringin sangat, apatah lagi sudah hampir 10 tahun, aku tidak menjejakkan kaki ke tanah kelahiran aku itu.
Tetapi apakan daya. Aku rasa, aku tidak dapat memenuhi permintaan sahabat aku. Walau hati meronta - ronta. Kerana sahabat aku tidak mengetahui langsung keadaan aku yang sebenarnya.
Apatah lagi. Hanya beberapa hari sahaja lagi. Aku akan berangkat ke utara negara, atas pelbagai urusan.
InsyaAllah, jika diizinkan oleh Allah. Satu hari nanti, aku pasti akan menjejakkan kaki ke Pulau Singapura kembali.
xde rezeki lagi la tu...mudah-mudahan akn tiba gak masanya....sabar ye!!!
ReplyDeletetak pe, dahulukan parancangan yang lebih awal, nanti adalah tu peluang ke Singapura InsyaAllah.
ReplyDeleteyg tak sedap pegi sana .. bawa 100 sampai sana jadi 40 je.. macam rugi je kan hehe
ReplyDeletesemoga dipermudahkan segalanya abg long. mental mesti kuat. gambar semalam ada kat blog.
ReplyDeletecklah pergi sana hari tu....ronda ja. Tak sanggup nak berbelanja....nak parking pun kupon mahal!
ReplyDeleteSalam Abang long
ReplyDeleteTakpe,sekarang memang kena uatamakan dulu perkara yang utama.Kepahitan kini adalah kemanisan untuk masa mendatang.Hmmm..saya pun dah lama tak gi sana.
nza - InsyaAllah. Tolong doakan :)
ReplyDeletesilversarina - Kita merancang, dan Allah, adalah Perancang Terbaik.
ReplyDeletezino - Betul tu ! hehehe
ReplyDeleteakimsensei - Ya. MENTAL MESTI KUAT !
ReplyDeletexiinam - Nasib baik saya ada ramai saudara. Hehehe
ReplyDeleteum. masyitah - Kita hanya berusaha dan terus berdoa. :)
ReplyDelete