Friday, October 16, 2009

BLOG & FB. Mempertemukan Dunia.

Utara, Selatan, Timur, Barat, Barat Daya, Timur Laut, Tenggara, Asia Tengah, Asia Barat, Eropah, Amerika Utara.
Kalau dahulu, apabila kita bertemu dengan sanak - saudara, sahabat dan rakan taulan. Antara soalan yang paling popular ialah:


1 - "Berapa hari bercuti ?"
2 - "Tak kerja hari ini ?"
3 - "Berapa orang anak kamu ?"


Masuk tahun 80'an. Soalannya telah bertambah:

1 - "Apa nombor telefon bimbit kamu ?"


Selepas masuk alaf baru. Soalan bertambah lagi:


1 - "Apa alamat emel kamu ?"



Kini, soalan bertambah lagi:


1 - "Apa nama blog kamu, tolong bagi alamat URL nya ?"
2 - "Kamu ada FB ?"



Bila anak ada FB, bila mak dan ayah ada FB, Bila adik - beradik ada FB, bila sanak - saudara ada FB, bila ibu dan ayah saudara ada FB. Terasa meriahnya dunia IT.


Abang menetap di Adelaide, menulis dalam FB "hari ini tidak kemana, salji terlalu lebat." Lalu disampuk oleh adiknya yang belajar di Universtiti Jordan "Hari ini saya demam". Lalu dinasihatkan oleh ibunya yang tinggal di Taiping, Perak "Azman, berehatlah dirumah". "Ain, minum air suam banyak - banyak". Lalu ditegur oleh Tok Wan yang tinggal di Gelang Patah, Johor "Atuk sentiasa mendoakan kesihatan kamu semua ... bila nak datang rumah Tok?"


Itulah senario hari ini. Terasa Adelaide dan Jordan itu seperti di 'sebelah rumah' sahaja ...


Begitulah aku. Kini, sedang dalam rangka menjalankan projek untuk mempertemukan seluruh ahli keluarga yang berasal dari KETURUNAN BANJAR. Rasanya dengan adanya teknologi - BLOG & FB, tugasan ini tidaklah terlalu sukar.

23 comments:

  1. office saya block facebook
    jadi tak dapat la nk online selalu

    ReplyDelete
  2. Semalam ada seminar cikgu-cikgu di peringkat neger. Jumpa kawan-kawan lama. Soalan yang ditanya;

    "Kau DG berapa sekarang?"
    "Ka dah naik Guru Kanan ke?"


    Apakah?


    Akuu? DG-Mon.

    ReplyDelete
  3. xiinam - DG-Mon. Hehehe ... Jangan Doremon sudahlah ... hihihi

    ReplyDelete
  4. bagus projek tu.. boleh la zino war warkan utk keluarga sebalang pulak hehe

    Datuk sebalang - adalah satu gelaran orang besar di negeri sembilan ..

    ReplyDelete
  5. betol3
    facebook & blog banyak membantu

    =)

    ReplyDelete
  6. Long,

    betul tu FB dan Blog dah ganti hotmail dan yahoo mail.

    bila berangkat ke Taiping?

    ReplyDelete
  7. betul tu abg long....cntohnya sy la..kami adik bradi dok jauh2 ttp cpt je dpt berita n brgosip bagai...hebatkn dunia tnpa sempadan nih!!!!!

    ReplyDelete
  8. Salam....

    Soalan untuk org bisness cam chekdee ...selalunyer

    "bisness cam mana sekarang?"
    "berapa cikgu ada?"
    "Bangunan ni sewa ke beli?"

    ukhusssss....... kekadang soalan ketiga tu boring nak jawab

    ReplyDelete
  9. saya bukan banjar , tapi member kenalan blog dan fb :)

    ReplyDelete
  10. harap berjaya banjar itteww.. salamm abang long

    ReplyDelete
  11. sy baru nk belajar berblog...

    ReplyDelete
  12. alamak abang long. kekanda juga sudah kehilangan nombor telefon adinda. mungkin sewaktu penukaran telefon lama kpd baru... rupa2nya banyak nombor kengkawan yg tak di simpan ke dlm sim kad....

    ReplyDelete
  13. dunia dah maju, zaman dah modennn , hehe

    ReplyDelete
  14. tu la budak sekolah skrg pon dah ada fb...
    saya da fb sbb kwn paksa hehe..
    tu yg tak online sgt fb

    ReplyDelete
  15. DL dah tak hingat da paswordd FB...huhuhu....

    ReplyDelete
  16. setuju..
    teknologi pengerat hubungan
    medium mudah lagi cepat nak mencari/berhubung dgn teman/sanak saudara yg lama terpisah/ jauh di perantauan..
    hebat bukan otak manusia..
    lebih hebat yang menciptanya..

    ReplyDelete
  17. saya ada fb tapi tak aktif..ihiks

    ReplyDelete
  18. btol. teknologi kdg2 mengeratkan kita.
    memperkenalkan pada yg asing.
    mengutuhkan pada yg sudah terjalin...
    mendekatkan pada yg jauh.
    memesrakan pada yang sudah dekat.

    cume jgn disalahguna dah la...

    ReplyDelete
  19. walaupun internet di malaysia ni lembab tapi masih tidak dapat menghalang orang kita mengejar teknologi.

    agaknya apa selepas ini ya? revolusi teknologi.

    ReplyDelete