Sunday, September 28, 2008

Universiti Ramadan (9)


Kisah 1 - Rapat bahu & berlaga bahu.


"Rapatkan saff", inilah yang sering diingatkan oleh imam, sebelum memulakan solat. Sunnah Rasulullah, dimana Baginda mengarahkan supaya makmum hendaklah merapatkan kedudukan dalam barisan dan sebaiknya adalah sehingga rapat antara bahu diantara jamaah.


Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk menyambut hari lebaran. Jemaah yang telahpun jauh berkurangan, tetap cuba merapatkan saf dan mendekatkan bahu antara satu sama lain.


Di sebuah pasaraya, orang ramai yang bersesak - sesak, disaat - saat akhir, untuk membeli belah, terpaksa berlaga bahu dan bergesel punggung.



Kisah 2 - Kad Raya.


Walaupun di zaman serba canggih ini, ucapan hari raya boleh dihantar melalui pelbagai cara, namun, aku tetap merasakan keseronokan, keindahan, kemeriahan apabila mengirimkan dan menerima KAD LEBARAN dari mereka yang mengenali aku.


Cuba bayangkan betapa NOSTALGIA. Apabila posmen menghulurkan sampul kad lebaran. Kita ambil dengan hati yang riang dan berbunga. Apabila sampul dibuka, kita mengetahui siapa 'si penghantarnya'. Kita baca bait - bait ucapan yang ditulis. Walaupun ayat yang ringkas, tetapi cukup memberi seribu makna.


Dan kita melekatkan atau menggantung KAD LEBARAN itu, samada di dinding atau digantung di pokok - pokok kering. Bila tetamu hadir. Mereka pasti tidak akan terlepas soalan yang begitu penting. "Banyak dapat kad raya tahun ini?"


# Masih aku ingat, hampir 20 tahun yang lalu. Apabila menerima KAD LEBARAN dari mantan Perdana Menteri - Tun Dr. Mahathir Mohamad. Seluruh ahli keluarga merasa gembira yang tidak terkata. Dan seluruh penduduk kampong mengetahuinya.



Kisah 3 - MAAF ZAHIR BATIN.


Dikesempatan ini. Menjelang Hari Raya. Aku dengan setulus ikhlas. Menyusun sepuluh jari. Memohon ampun dan maaf. Kepada sesiapa sahaja. Seandainya selama setahun ini, dalam beberapa penulisan di blog ini. Aku telah melakukan apa - apa kesilapan atau kesalahan yang secara tidak sengaja telah dilakukan.


TERIMA KASIH kepada semua pengunjung blog ini.
TERIMA KASIH kepada mereka yang telah mengirimkan KAD LEBARAN.
TERIMA KASIH kepada insan berhati mulia yang telah membantu aku selama ini.


Hari raya kali ini akan disambut dengan cara yang paling sederhana. Mengikut kemampuan aku sekeluarga. Aku dengan ini secara rasmi, menjemput sahabat dan bloggers untuk datang kerumah. Untuk saling mengenali dengan lebih dekat siapakah aku - Abang Long.

4 comments:

cikMilah said...

Selamat hari Raya Abanglong., Saya sususn jari memohon ampaun dan maaf anadai ada terkasar bahasa, samada secara sedar atau tidak. Bukan mewah yang pengukur tanda bahagia, semuga kita mendapat berkat dariNya. Itu yang lebih mulia. Salam Lebaran

Juezura said...

Selamat hari Raya , maaf zahir batin dari kak long. Andai ada tingkahlaku dan perbuatan mahupun bahasa yang digunakan tak sesuai pada pandangan abang long, maaf juga yang saya pohonkan. Semoga abang long dan keluarga ceria di hari raya nanti.

Abang Long said...

cikmilah - sama - samalah kita bermaaf - maafan.

kak zue - terima kasih atas ingatan setulus ingatan.

fusarium solani said...

Salam,
Abang Long,

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin.