Tuesday, August 29, 2006

PERASMIAN BLOG

Ucapan Perasmian Blog oleh Yang Dihormati, Puan Norzailina Binti Nordin:

"diiringi lafaz 'Al Fatihah', maka rasmilah Blog Abang Long sebagai "peneman" kita Bloggers di kala sepi atau tika mencari teman berbicara, adanya !".


Terima kasih saya ucapkan kepada Yang Dihormati Puan Norzailina, yang lebih dikenali sebagai Chef Lina, atau juga dikenali dengan panggilan mesra, Kak Lina, atas kesudian beliau untuk merasmikan Blog ini.

Monday, August 28, 2006

RUKUN NEGARA

Masih ku ingat ditahun 70'an, sewaktu masih dibangku sekolah rendah, aku adalah diantara Pengawas (mengikut giliran), yang akan mengetuai pembacaan IKRAR RUKUN NEGARA.

Pembacaan IKRAR akan dijalankan selepas bacaan do'a oleh ustaz disekolah. Kini, adakah kita masih ingat, memahami dan menghayati lafaz IKRAR kita itu lagi ?

Dibawah diperturunkan IKRAR yang akan dibaca oleh pelajar - pelajar sekolah khususnya:

"Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita cita tersebut, berdasarkan atas prinsip - prinsip berikut:

1 - Kepercayaan kepada Tuhan,
2 - Kesetiaan kepada Raja dan Negara,
3 - Keluhuran Perlembagaan,
4 - Kedaulatan undang - undang,
5 - Kesopanan dan Kesusilaan.

Abang Long

SALAM UKHUWWAH

Assalamu'alaikum warahmatullah hi wabarokatuh dan salam hormat buat anda semua.

Setelah beberapa lama menyepikan diri dari dunia penulisan dan Blog, juga setelah mendapat sokongan, galakan dan rangsangan dari teman - teman seperjuangan yang selama ini memeriahkan dunia Blog.

Akhirnya, setelah meneliti dan merenung, dari pelbagai sudut, dan juga bersempena dengan BULAN KEMERDEKAAN yang ke 49, maka aku dengan penuh keinsafan, membuka kembali Blog yang baru, disamping untuk memeriahkan lagi dunia Bloggers.

Disamping sebagai medan untuk meluahkan rasa hati dan juga pengalaman, juga sebagai flatform untuk berinteraksi dengan teman - teman dalam pelbagai bidang dan jurusan ilmu, Blog ini juga adalah sebagai "JARING" kepada Blog peminat novel ALAF21 FC - http://alaf21fc.blogspot.com
Dikesempatan ini aku merakamkan ucapan TERIMA KASIH yang tidak terhingga kepada Saudara Roslan @ mersik http://www.mersik.blogspot.com/ yang banyak membantu selama ini.
Sekian, Salam dihulur, Salam bersambut, sudilah kiranya menyambut "kelahiran semula", atau "penjenamaan semula", atau "rebranding" Blog ini, dengan penuh kemesraan.

Terima Kasih
Abang Long

Friday, August 25, 2006

testing 1 2 3

Percubaan untuk postings